Walau Sudah Berpisah, Farah Lee Pastikan Hubungan Maream Dan Daddynya Rapat. Bersyukur Anak Dapat Daddy Bertanggungjawab!

Share

Blogger dan instafamous Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli adalah bekas
isteri kepada pengacara TV terkenal Ally Iskandar yang sering berkongsi mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak.

Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak, Maream Esabel, 3 tahun 10 bulan.

Bagaimanapun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada Ogos 2016 dan Farah mendapat hak penjagaan anaknya Maream.

Namun hubungan antara ayah dan anak ini tetap terjalin baik dan Farah sendiri sering berkongsi mengenai hubungan rapat Maream dan daddy nya Ally Iskandar.

Siapa yang mengikut Instagram Farah tentu biasa melihat perkongsiannya mengenai
hal tersebut.

Sempena hari bapa baru-baru ini, Farah memuat naik satu video voice call antara Maream dengan daddy nya.

Happy Father’s Day to all daddies ??
.
Alhamdulillah Maream is blessed with a very responsible daddy. Namun, as a mother I know she’s struggling to live in her broken family too.
.
Regardless, masing2 ada struggle mereka tersendiri. Ada daddy ke takde daddy ke tak pernah jumpa daddy ke, berkat usaha ibu untuk bagi yang terbaik untuk anak, untuk tidak menyekat peluang anak mengenali daddy mereka, berkat anak untuk redha dengan keunikan keluarganya, inshaAllah kasih sayang mereka Allah akan sempurnakan walau pada mata manusia, sentiasa akan ada kurang.
.
So I rephrase — Happy Father’s Day to all daddies and supermommies

Farah Faham Perasaan Anak Kecilnya

Walaupun bersyukur kerana Maream dikurniakan ayah yang bertanggungjawab, namun sebagai ibu dia faham perasaan anak kecilnya yang berjuang untuk hidup dalam keluarga yang berpecah-belah.

Bagaimanapun wanita ini tidak pernah patah semangat serta sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya.

Bagus cara dilakukan oleh Farah yang tak pernah menyekat hubungan antara ayah dan anak biarpun hubungan perkahwinan mereka sudah terputus.

Baginya penting untuk Maream tahu yang omma dan daddy tetap menyayangi dirinya dan faham tentang keunikan hubungan keluarga mereka.

Selebihnya Farah berserah kepada Allah supaya mengurniakan kebahagiaan dan kasih sayang pada anaknya walaupun di mata manusia mereka nampak tidak sempurna.

Melihat pada perkembangan Maream yang sama seperti kanak-kanak normal lain, ternyata si comel ini membesar sebagai anak yang sihat, ceria dan bijak.

Apa pun tahniah untuk omma dan daddy Maream yang sentiasa positif dan bersikap profesional demi anak.

Sumber: Instagram farahlee

 

 

 

IKLAN