Walaupun Kaki Lawak, Bab Didik Anak Johan Garang Tapi Tegas. Hasilnya Anak-Anak Berdisiplin

Share

Seronok tengok cara Johan dan isterinya, Ozlyn mendidik dan membesarkan empat anaknya, Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq. Bak kata orang, kesibukan bekerja bukan penghalang untuk mereka berdua menjadi ibu bapa sempurna kepada anak-anak.

Melalui instagram Jozlynnhanania, mereka berdua banyak berkongsi aktiviti bersama anak. Malah dalam mendidik anak, jelas Johan seorang ayah yang garang tetapi tegas.

Kalau diikutkan perwatakan Johan jauh sekali berbeza di kaca televisyen kan? Namun apa yang boleh dibanggakan dengan Johan ni, walaupun dia tegas, anak-anak tetap rapat dengannya dan boleh bergurau lagi.

Menarik tentang Johan juga, dia seorang ayah yang menitikberatkan bab solat dalam diri anak-anaknya dan cukup bangga apabila mereka sekeluarga sering mengamalkan solat jemaah bersama.

Paling terkesan, selalu juga ada kata-kata motivasi darinya seperti kita perlu menjadi contoh pada anak supaya mereka ikut yang baik-baik sahaja.

Isteri Turut Membantu

Selain Johan, Ozlyn juga boleh dipuji kerana dia dianggap seorang ibu yang hebat dalam bab memasak untuk keluarga.

Bila tengok segala macam menu yang dipost dalam instagram, semuanya nampak sedap.

Part paling membuatkan kita sebagai ibu rasa terharu adalah Ozyln akan cuba sedaya upaya menyediakan makanan untuk ahli keluarganya walaupun sibuk dengan tuntutan kerja.

Jadi siapa kata kita sibuk anak-anak terabai? Jika bijak membahagikan masa, tiada masalah sebenarnya. Semuanya bermula dalam diri kita sendiri.

Apa yang dipraktikkan Johan dan isteri memang cara terbaik untuk anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang.

Sumber: Instagram Jozlynnhanania

 


 

 

IKLAN