Ads

Hebatnya Anak Malaysia! Murid Darjah 4 Bakal Ke Itali Selepas Cipta Nama Di Qatar

Hebatnya anak Malaysia! murid darjah 4 bakal ke Itali selepas cipta nama di Qatar. Wan Harriz mencipta satu lagi kejayaan membanggakan buat Malaysia apabila muncul juara Play-Off Qualifier Hippo English Without Borders yang berlangsung di Qatar.

Bukan calang-calang pencapaian anak kecil ini. Walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk masalah kewangan dan kesihatan, semuanya tidak mematahkan semangat Wan Harriz Wan Abdul Qayyum untuk membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul juara pertandingan berkenaan di Qatar.

Kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi satu pencapaian besar buat Wan Harriz, malah melayakkannya untuk meneruskan perjuangan ke World Final Hippo English Without Borders yang bakal berlangsung di Itali.

Ibunya, Nur Saliha, 34, berkongsi berita gembira itu menerusi Threads.

Hebatnya Anak Malaysia! Murid Darjah 4 Bakal Ke Itali Selepas Cipta Nama Di Qatar

“Ingat tak Wan Harriz yang korang support haritu? MashaAllah Harriz menang 1st Place Qualifier di Qatar. InshaAllah next: World Final in Italy,” katanya.

Pelbagai Dugaan Wan Harriz Sebelum Bertanding

Di sebalik kejayaan manis itu, perjalanan Wan Harriz ke Doha bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut Nur Saliha, anaknya sempat mengalami influenza sehingga mereka terpaksa menjadualkan semula penerbangan. Setibanya di Doha pula, Wan Harriz perlu berdepan dengan jet lag dan kepenatan yang cukup mencabar buat seorang kanak-kanak seusianya.

Malah, keadaan tersebut membuatkan Wan Harriz pernah menangis kerana terlalu penat.

“Macam-macam dugaan. Harriz influenza sampai kena reschedule flight, jet lag & exhaustion got so real sampai nangis dekat Doha. Mama saksi but you still push through.

“Sebagai ibu, setiap pencapaian anak sesuatu yang sangat bermakna. Thank you for the tremendous support everyone! This win is for everyone who believed in his dream,” ujarnya.

Namun, segala kepayahan itu akhirnya terbayar apabila Wan Harriz berjaya memberikan yang terbaik dan membawa pulang kemenangan.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Ads

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Selepas Qatar, Wan Harriz Bakal Ke Itali

Hebatnya Anak Malaysia! Murid Darjah 4 Bakal Ke Itali Selepas Cipta Nama Di Qatar

Kejayaan di Qatar kini membuka satu lagi peluang besar buat kanak-kanak berusia 10 tahun itu apabila dia bakal berentap di peringkat dunia di Itali.

Nur Saliha turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sejak awal memberikan sokongan kepada anaknya, sama ada dalam bentuk sumbangan kewangan, kata-kata semangat ataupun doa.

“Saya sebagai ibu Harriz & seluruh ahli keluarga nak ucap ribuan terima kasih dekat semua for the doa, kind words, contributions dan support.

“Jalur Gemilang dapat berkibar megah di bumi Qatar. Thank you for being part of Harriz’s journey and for believing in his dream. Kami hargai sangat-sangat, tak terbalas jasa semua,” katanya.

Pernah Tular Kerana Fasih Berbahasa Inggeris

Hebatnya Anak Malaysia! Murid Darjah 4 Bakal Ke Itali Selepas Cipta Nama Di Qatar

Ads

Sebelum mencipta kejayaan di Qatar, nama murid berkenaan pernah menjadi perhatian warga maya selepas video yang memperlihatkan kebolehannya berbahasa Inggeris dengan fasih tular di Threads menerusi perkongsian ibunya.

Menerusi hantaran tersebut, dia turut memohon bantuan orang ramai bagi merealisasikan impiannya untuk menyertai pertandingan Hippo English Without Borders di Doha, Qatar yang berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos.

Tidak disangka-sangka, permintaan itu menerima sambutan luar biasa daripada masyarakat.

Hasil sumbangan orang ramai, keluarga tersebut berjaya mengumpulkan lebih 80 peratus daripada dana RM26,000 yang diperlukan bagi menampung kos penyertaannya ke Qatar.

“Terima kasih semua penyumbang kerana bantu anak saya terbang ke Qatar dan capai impiannya,” kata Nur Saliha Ali Shastry.

Satu-Satunya Wakil SK Tasek Utara

Hebatnya Anak Malaysia! Murid Darjah 4 Bakal Ke Itali Selepas Cipta Nama Di Qatar

Lebih membanggakan, murid pintar itu merupakan satu-satunya wakil Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Utara, Johor Bahru yang berjaya melayakkan diri ke pertandingan bahasa Inggeris tersebut di Qatar.

Ads

Dia memperoleh peluang berkenaan selepas berjaya melepasi dua pusingan kelayakan yang melibatkan kira-kira 93,000 murid dari seluruh dunia.

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Namun, perjalanan untuk sampai ke tahap itu hampir tidak menjadi kenyataan.

Pada awalnya, Nur Saliha bersama suaminya, Wan Abdul Qayyum Wan Mahadi, 34, yang bekerja sebagai pemandu bas hampir membatalkan hasrat untuk menghantar anak sulung daripada tiga beradik itu ke Qatar kerana kekangan kewangan.

Bagaimanapun, pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tampil membantu dengan mengambil inisiatif mengumpulkan dana bagi menampung kos dan perbelanjaan ke Qatar.

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada semua penyumbang yang membantu merealisasikan impian Wan Harriz untuk bertanding di peringkat antarabangsa.”

Daripada hampir terpaksa melupakan impian kerana kekangan kewangan, kanak-kanak ini kini bukan sahaja berjaya menjejakkan kaki ke Qatar, malah muncul juara dan bakal meneruskan perjalanan ke Itali.

Semoga kejayaan Wan Harriz menjadi inspirasi kepada kanak-kanak lain untuk terus berusaha mengejar impian walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Sumber:  Harian Metro, Threads salihashastry

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Cara Tukar Nama Anak Dalam Sijil Kelahiran, Ini Panduan Untuk Mak Ayah!

Cara Tukar Nama Anak Dalam Sijil Kelahiran, Ini Panduan Untuk Mak...

Tukar nama anak dalam sijil kelahiran boleh dibuat secara sah di Malaysia. Ketahui syarat, dokumen, kos dan prosedur penting yang ibu bapa wajib tahu.