Mengambil berkat tujuh hari kelahiran, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu kepada orang ramai. Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami, dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” kongsi pasangan ini.
Dalam perkongsian tersebut, Mira dan suami turut berkongsi foto Wan Khair Amir daripada pandangan sisi dan menyertakan akaun Instagram bayi berkenaan.
Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi pada 10 Mei lalu bersamaan 9 Syawal.
Ads
Dalam pada itu, pasangan suami isteri ini juga turut melakukan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka itu.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
Ads
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.
Mira dan anaknya berkongsi tarikh lahir sama mengikut kalender Islam. Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.
Betullah orang kata, pengorbanan ibu tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Perjuangan ibu bermula dari mengandungkan anak sehingga seorang anak itu dapat dilahirkan dengan selamat.
Mungkin bagi setiap wanita, pengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak tak sama. Tapi semuanya nak yang terbaik demi zuriat mereka. Begitu juga dengan perjuangan isteri Adam Corrie Lee, Fazema Mohd Fuad yang akhirnya diberi kegembiraan oleh Allah walaupun melalui pelbagai ujian sebelum ini.
Selepas seminggu melahirkan buah hati, Adam Fateh Lee, baru-baru ini Fazema ada berkongsikan perjuangannya untuk melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selepas 10 tahun menunggu. Rasa sebak baca perkongsiannya.
Terima kasih Mak @puan_fazi_fuad kerana lahirkan saya
Ini gambar saya di hospital pada hari 2 selepas bersalin. Saya bersalin czer kerana BP saya tinggi. Sekarang pun BP saya masih tinggi walaupun sudah bersalin.
@adamfatehlee lahir 2.4kg . Jadi lepas selamat dilahirkan kami tidak tidur sekali. #adamfatehlee tidur dijaga oleh nurse dengan baik. Hari ke 2 baru dapat peluk erat-erat .. anak yang dinanti-nantikan.. syukur alhamdulillah.
Saya minta maaf tak dapat melayan DM, komen di ig saya. Umur dah 40 tahun ini memang lambat la sikit nk bertindakbalas. Kena jaga BP sendiri, dan dah baby kena jaga baby sekali.
Ada yang tanya setiap hari bagaimana nak dapatkan zuriat bagi yang ttc dan doktor yang terbaik. Ini soalan wajib setiap hari saya terima.
Terus terang saya katakan setiap orang hormon dan daya tahan badan tak sama. Ada org makan pil hormon 3 bulan dah boleh hamil.
Ada org ikut kan, tak ada apa masalah pun, tapi tak hamil, sebab bersama ketika waktu tidak subur. Bila jaga pemakanan, bersama ketika waktu subur, cek suhu subur .. tak stres .. Alhamdulillah lepas tu hamil.
Ada orang buat IVF, berjaya walaupun hanya dengan sekali percubaan sahaja.. Alhamdulillah..
Ada orang buat IVF tak berjaya, mungkin sebab embrio gred D , potensi untuk embrio tersebut membesar itu tipis.
Ada orang dah tak kisah untuk mencuba, berserah pada Allah .. tiba-tiba pulak hamil.. itulah namanya rezeki.
Allah tahu bila masa yang sesuai untuk hambaNya diberikan “Hibah” tersebut.
Doktor hanya perantaraan sahaja.. Usah, Doa dan Tawakal .. InsyaAllah.
P/s: doktor melarang ambil sebarang suppliment tanpa kebenaran dia.
Sumber: adamfatehlee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biru, ini adalah petanda dia sedang tersedak susu.
Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Keadaan ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum.
BERISIKO JANGKITAN PARU-PARU
Antara risiko yang berlaku ialah jangkitan pada paru-paru atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap bayi.
Kemahiran menghisap bayi satu kemahiran yang wujud sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun. Perkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.
Sentiasa pantau bayi semasa menyusu untuk mengelakkan tersedak.
KEMAHIRAN MENGHISAP BELUM CEKAP
Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.
Bayi akan menunjukkan refleks gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak.
JANGAN BERIKAN SUSU YANG DICAMPUR BIJIRIN!
Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan susu selepas mencapai usia 6 bulan. Oleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.
Tambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal/ pelengkap.
BAYI BERISIKO TERSEDAK
Bagi mama dan papa yag mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati-hati. Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak yang mengalami keabnormalan pada struktur oral, saluran penelanan dan pernafasan seperti;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa persediaan mak ayah untuk menyambut kelahiran si comel? Jangan dilupakan ada amanah yang perlu dilaksana dan ini merupakan sunnah dilakukan oleh bakal ibu bapa ketika menyambut kelahiran anak.
Ikuti panduan ini:
Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
1. AZANKAN BAYI
Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.
Adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.
2. TAHNIK
Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak ada kurma untuk mentahnik, boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
3. BERI NAMA PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.
4. MENCUKUR RAMBUT
Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.
Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang dipanggil ‘cukur jambul’.
Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya.
Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu.
5. AQIQAH
Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)
Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.
6. BERSUNAT
Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.
7. SUJUD SYUKUR
Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dan berkat doa semua kita dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati dan sayang pada agama insyaAllah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...