Baru-baru ini tular seorang wanita yang memukul kanak-kanak yang berusia 4 tahun di rumahnya menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju kerana tidak mahu menelan makanan.
Video tersebut tersebar dan mendapat perhatian ramai malah laporan polis telah dibuat sehari sebelum video tersebut tular. Malah beberapa video penderaan kanak-kanak tersebut juga turut tular.
Menurut laporan Sinar Harian, pasangan suami isteri yang tular telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Rabu, atas pertuduhan menganiaya mangsa, dalam kejadian beberapa bulan lalu.
Ads
Isteri, Amira Hamzah, 28, warga tempatan manakala suaminya, Mohd Fitri Jasman, 30, dari Singapura, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang memelihara seorang kanak-kanak perempuan, telah menganiayanya hingga mengalami kecederaan fikikal.
Ads
Prosiding ditangguhkan sementara bagi jatuh hukum dan fakta kes.
Nama Intan Salleh, 33, tiba-tiba menjadi popular dan meniti di bibir para netizen. Semuanya gara-gara kontroversi rumah tangganya dengan bekas suami Ude Wahid yang juga seorang pemuzik bebas.
Ramai yang bersimpati dengan nasib ibu tunggal ini yang kecundang dalam perkahwinan akibat orang ketiga.
Namun selepas peristiwa tersebut populariti Intan meningkat naik dan dia dikurniakan rezeki mencurah-curah.
Dalam posting terbarunya di Instagram sempena sambutan hari Bapa, Intan meluahkan rasa terima kasih kepada abahnya yang kini menjadi sumber kekuatan baginya menempuh hari-hari mendatang penuh ketabahan.
Myhero?… Abah cakap biar orang buat kita jangan kita buat orang.. Abah jenis pendiam.. Kami adik beradik pun xpenah tahu ape isi hati abah.. Abah xbanyak cakap.. Tapi kami tahu ape abah rasa… Jahat buruk abah kami..nak cakap ape cakap la.. Abah tetap pelindung kami walau tak tunjuk.. Memang kami adik beradik penah cakap.. Kami adik beradik semua perempuan.. Klau ape terjadi kami pulang ketempat asal kami.. Kami anak felda.. Orang kampung.. Abah cakap selagi ade daya abh jaga kami..?..terima kasih abah.. (adik rindu mak) #sedardiri#hartakamiabahkami#anaksaleh SELAMAT HARI BAPA… SALEH B ABU
Ternyata kasih seorang bapa itu sepanjang masa. Tetap menjadi pelindung kepada anak perempuannya walau apa pun terjadi.
Kini abahlah menjadi tempatnya berlindung dan mengadu. Hanya abah lah satu-satunya lelaki di dunia yang tidak pernah menyakiti hati seorang wanita dan akan pertahankan anak perempuannya selagi dia masih hidup.
Tak mudah menggalas gelaran dan tanggungjawab tersebut. Tapi demi anak-anak, Intan terus melangkah dengan kuat dan tabah. Apa pun tentu jauh di sudut hatinya terasa sebak kerana pertama kali menyambut raya tanpa bersalam memohon maaf dengan lelaki bernama suami.
Ginila gayanye payah beno anak2 nk bergambo.. Tak ade yg sempurna.. ? 1st time beraya sebagai ibu tunggal… Moga terus kuat tabah dan penuh kesabaran layan aish n dekmok..hahaha..aish cakap kat bonda.. “bonda tak happykan aish..” bonda terus krik2.. Adoii anak… Mane dapat ayat tu..
Hanya yang melaluinya sahaja faham dengan perasaan Intan serta dua anaknya Aish dan Dekmok.
Tetapi Intan sangat kuat untuk terus bangun dan berlari menghadapi segala rintangan demi membesarkan dua anaknya. Semangat yang ditunjukkan oleh Intan untuk ‘move on’ dari fasa sedih patut dijadikan contoh.
Bagaimanapun satu video pendek gelagat anak sulungnya Aish yang dimuat naik oleh Intan pada hari raya pertama telah menyentuh hati netizen.
Selepas bersalaman dengan saudaranya, Aish Muqri kembali ke pangkuan ibunya dan tertunduk sayu memeluk Intan seolah-olah merasakan kelainan sambutan raya tahun ini tanpa kehadiran si ayah.
Ramai yang rasa simpati melihat nasib yang dilalui oleh si kecil, namun terus memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada bonda Intan untuk terus menempuh hari-hari mendatang dengan kuat demi membesarkan anak-anaknya.
Bahkan ada juga yang mendoakan satu hari nanti Intan akan dapat pengganti yang lebih baik dan menyayanginya sepenuh hati.
Semoga Intan terus kuat untuk mencari rezeki dan membesarkan dua anak-anaknya menjadi anak yang soleh.
Ramai ibu bapa ambil risiko dengan tinggalkan sekejap anak-anak dalam kereta atau motosikal dengan niat tak mahu rasa susah kerana nak membeli barang. Bukan itu sahaja ada juga yang membiarkan anak ketika di stesen minyak dengan enjin masih hidup.
Mungkin niat ibu bapa sekejap sahaja tetapi dalam tempoh itu juga apa sahaja boleh berlaku pada anak.
Perkongsian di Facebook Intan Huzaifah Haniff mengenai seorang bapa yang meninggalkan anaknya berseorangan di atas motosikal mengundang bahaya walaupun hanya beberapa minit.
Aku keluar kedai aku nampak budak ni beberapa meter dari kereta aku. Aku dengan Hannah terus pergi kat budak ni.
“Ayah mana dik?,” soalan aku sambil dukung dia turun motosikal.
“Tu haa…,” dia tunjuk dalam KK Mart.
Aku pun berdiri kat tepi motor sampailah ayah dia keluar kedai. Aku tengok jam dari mula aku tunggu sampai ayah dia keluar ialah 4 minit 17 saat.
Ayah dia pelik sebab ada organ berdiri tengok dia sambil pimpin anak dia.
” Salam bang.. Saya nampak dia seorang. Motor ni tepi jalan sangat. Pastu stand pun pakai tongkat yang sebelah jer. Saya turunkanlah dia,” ujar aku menghulur tangan bersalam. Lelaki ni agak berusia daripada aku. Sekitar akhir 30 an.
” Alaaa… Kejap jer pun. Bukan lama. Aku beli topup jer. Tahu la aku jaga anak. Ko baru anak seorang kan? Jaga jer anak kau tu.. Tak payah sibuk hal orang…,” aku dah agak. Sama ada positif atau negatif. Tapi hati aku tadi kuat rasa aku akan kena sound.
” Ok, tak apalah bang. Maaf sebab saya tolong tengokkan anak abang ni. Cuma nak beritahu saya tunggu abang tadi 4 minit juga. Sebab ramai orang beratur. Tak tahulah berapa lama masa sebelum saya nampak dia seorang. Saya rasa zaman sekarang ni 4 minit ni cukup masa untuk orang cekup anak abang bawa lari. Atau macam-macam boleh jadi. Assalamualaikum.. Dah jom Hannah,” aku hulurkan tangan anak dia dan beredar.
Aku harap kalau nampak kes macam ni, tolong jer jaga kejap. Orang tu nak marah lantaklah. Jangan ada sikap tu bukan anak aku. Sebab budak ni tak salah. Dia ada hak untuk dipertahankan keselamatan dia.
Orang culik satu hal. Kereta langgar satu hal. Jatuh motor satu hal. Aku tak tahulah, mungkin aku jenis paranoid kot sebab tu aku rasa semua kebarangkalian tu boleh berlaku.
Sebab malang tak berbau. Kalau jadi apa-apa jangan masa tu baru kita nak menangis tak berlagu.
Nampak kes macam ni, tolong alert. Tunggu kejap. Ada ramai jer yang boleh terima teguran. Abaikanlah kalau dia orang merentan. Bukan hari-hari jumpa pun. Fikir macam tu jer.. Yang penting budak-budak selamat.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pastinya kita sendiri mengalami situasi dimana anak-anak berkelakuan pelik atau buat sesuatu yang pelik. Memang comel tapi kadang kala kita sendiri buntu lebih-lebih lagi anak mula tantrum dan marah apabila berada dalam situasi tersebut.
Percayalah, bukan anda sahaja yang melaluinya. Selagi mana ibu bapa tersebut mempunyai anak kecil,pasti mereka akan mengalami perkara yang sama.
Seperti perkongsian daripada The Little Sensory Co Ltd yang berkongsi beberapa keping gambar kelakuan si kecil yang pelik tapi comel.
Kami Tak Benarkan Dia Mandi Laut, Dia Tak Boleh Berenang & Suhu 6 degrees
Saya tak dapat ‘tutup’ cahaya matahari jadi labu dia tak dapat bercahaya
Dia nak naik bas, bas dalam TV
Saya tak benarkan dia makan bateri untuk sarapan pagi
Muka bila mama tak bagi dia pegang najisnya sendiri
Saya tak benarkan dia makan makanan kucing
Larang anak campak buku dekat muka mama
Saya bagitahu dia tak boleh masuk dalam mesin basuh pinggan
Dia nak ravioli (pasta) untuk makan malam. Saya masak ravioli untuk makan malam. Dia tak nak ravioli untuk makan malam.
Hidup sangat sukar bila anda tak dapat ambil buku yang anda nak sebab anda duduk diatasnya.
Dia nak yellow cup, jadi saya bagi dia yellow cup. Sekarang hidupnya hancur
Saya tak benarkan dia makan sampah
Bila tengok situasi seperti ini kadang-kadang nak tergelak pun ada kan memikirkan perangai si kecil?
Bagi mereka, ini sesuatu yang baru dan perlu dicuba kerana sifat mereka sendiri yang suka meneroka. Lagi pelik, lagi dia nak tahu.
Jika perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya, jangan biarkan dan jelaskan kepada mereka sebaik mungkin.