Urutan menjadi kelaziman selepas bersalin untuk memberikan kelegaan dan kesan emosi yang menenangkan. Setelah berjam-jam di dewan bersalin, tentunya urutan berupaya menghilangkan kelelahan. Tapi perlu diingat, jangan pilih sembarangan tukang urut kerana bimbang memudaratkan. Pastikan ia seperti yang dicadangkan ini.
Dr Rusyaine Ramli berkongsi 10 tip mengenai pemilihan tukang urut supaya ia tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
Kali ni saya nak bagi tips macam mana nak pilih tukang urut untuk bantu mak-mak dalam tempoh pantang.
#1 Nama dia tak boleh mula dengan Bidan sekian sekian. TAK BOLEH. Bidan adalah jururawat terlatih yang dah lulus kursus posbasik Perbidanan selama 1 tahun ATAU jururawat masyarakat. Mereka ni berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia. Bidan kampung dah tak ada ya. Generasi mereka sama ada dah terlalu tua atau dah meninggal.
Bila tukang urut kata dia bidan, tu tandanya dia memang tak tahu pun apa maksud bidan, sebab dia tak pernah terlibat dalam menjaga mak mengandung dan apatah lagi membantu dalam proses kelahiran. Maka, dia bukan bidan.
#2 Asas sains biologi bab anatomi dan fisiologi manusia dia tak bertentangan dengan doktor. Dia tak boleh menggunakan frasa yang mengelirukan. Contoh, meroyan, bentan, angin, urat yang dia punya definisi sendiri dan ia sangat berlawanan dengan istilah perubatan.
Ads
#3 Dia tak buat urutan yang pelik, contoh sengkak rahim. Ia adalah prosedur yang tidak perlu langsung pun. Dia kena sedar, urutan dan bertungku tu hanya untuk rileks kan otot. Dan untuk mak manjakan diri. Tak lebih dari tu. Ia tak wajib pun.
#4 Dia tak takutkan atau momokkan kalian dengan ayat, kalau tak buat ni, nanti tombong la bagai. Untuk elakkan tombong, dia sepatutnya tunjuk ajar pada kalian macam mana nak buat senaman Kegel.
Dia tahu bengkung tu hanya untuk menyokong abdomen yang menggelebeh dan bukannya untuk bagi tak buncit.
#5 Dia tak suruh kalian makan jamu, minum air rebusan, pakai pilis semua. Dia tahu yang semua tu tak terbukti pun efektif. Malah ada jamu yang boleh jadi mudarat. Sebab jamu yang berdaftar dengan KKM pun tak pernah dibuat kajian tentang keberkesanannya atau kesan sampingannya. Jadi nak buat apa ambil jamu.
#6 Dia tak merapu bab makan minum dalam pantang. Dia ikut saranan KKM, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah dalam 1 pinggan hidangan. Dia tak kata buah atau sayur jenis ni angin la, jenis tu sejuk la. Dia nak kalian pelbagaikan jenis makanan untuk dapatkan khasiat sepatutnya.
Ads
Dia tak catu air yang kalian minum. Dia suruh minum air dalam 2 ke 3 liter sehari. Nak minum air sejuk pun tak adalah jadi macam dosa besar dibuatnya.
Ada tukang urut tak bagi kalian mandi. Aik? Negara kita kan panas dan lembap. Takkan nak biar berkuap busuk tak basuh rambut. Atau kena dok dalam panas berpeluh, pakai stoking masa cuaca panas, tak boleh buka kipas atau pendingin hawa.
#7 Dia bantu dengan bagi sokongan emosi dalam kalian melalui proses adaptasi dengan bayi yang baru lahir dan segala perubahan fizikal yang dilalui. Memang ramai mak dalam pantang senang rasa stres, jadi dengan adanya dia, tu kan dapat meringankan tekanan
Ads
#8 Dia tak pandai-pandai sendiri dengan buat diagnosis entah apa-apa sedangkan dia bukan doktor atau misi. Dia tahu, kalau mak tu demam, terus kena pergi jumpa doktor. Kalau dia tahu, darah nifas tu banyak dari biasa, cepat-cepat ke klinik atau hospital. Dia tak pandai-pandai sendiri. Dia tak payah pun tunjuk dia hebat sebab dia ada fungsi dia sendiri dan dia tak nak pun jadikan doktor atau misi sebagai saingan pun. Dia tak tergedik buat video yang niatnya nak burukkan doktor dan misi semata-mata nak jual diri dia.
Hujungnya, matlamat dia, dia nak kalian dapat penjagaan post partum yang baik dari semua pihak yang terlibat.
#9 Dia bukan penjual produk yang tak berdaftar atau pun produk yang ada tuntutan melampau. Setakat minyak panas yang ada notifikasi dengan KKM tu ok la. Ni segala mak bapak jus la, jamu la, dan apa-apa lagi yang merapu.
#10 Yang paling penting, caj yang dikenakan berpatutan dengan servis yang diberikan pada kalian. Dan kalian berpuas hati dengan perkhidmatan tukang urut pilihan kalian.
Rezeki anak semuanya ketentuan ilahi. Sama ada kita bersedia atau tak, jika sampai masanya, terimalah dengan hati terbuka. Cuma perancangan juga penting untuk pastikan tidak timbul masalah lain di kemudian hari.
Zaman sekarang, kebanyakan pasangan lebih utamakan kualiti kerana cabarannya lebih besar. Namun andai kata takdir Allah mengatasi segalanya, percayalah itu adalah yang terbaik.
Seperti perkongsian ibu ini, Ana Haziqah melalui KIMM kehadiran anak keduanya itu tak disangka kerana waktu itu sedang berkira-kira untuk mengambil perancang.
Waktu awal tahu diri mengandung, seolah rasa tak bersedia, tetapi janji Allah anak ini juga yang memudahkan ibunya sehingga tak sempat bersalin di hospital. Walaupun bersalin di rumah, semuanya selamat dan cukup mudah sekali.
Bismillah. Assalamualaikum semua..saya la yang tak sabar nak keluar kat rumah tu.
(Terbersalin kat rumah). Alhamdullilah dah dua bulan. Kejap je masa berlalu.
Rasa down mengandung rapat-rapat
Mula-mula macam down sangat bila dapat tahu mengandung rapat. Sorok-sorok je dari orang. Masa baru nak pasang IUD, dah naik dua line.
Kepala dah kosong, sibuk cari gaduh dengan husband. Sibuk fikir tak mampu (minta dijauh kan ya rakan-rakan semua).
Saya meniaga online sepenuh masa. Suami pula berkebun. Dengan PKP lagi. Sampai satu tahap tu ada fikir bukan-bukan. Nauzubillah.
Lama-lama bila fikir balik, saya yang tak yakin dengan Allah ke? Call mak nangis-nangis sebab tak rasa ready. Mak cakap tak apa kak, awak dengan adik laki awak pun rapat. Lepas ni terus pakai perancang. Tak apa. Nanti ada kawan. Anak tak sunyi. Susah awal-awal je.
Sangat mudah mengandung kali ni
Alhamdullilah, Allah Maha Baik, Dia permudahkan semuanya. Cukup semuanya. Masa pregnant si adik ni, tak mabuk langsung. Tq sayang.
Lahir pula dekat rumah, suami yang sambut (terbersalin ya), lepas tu terus pergi hospital.
Dan Alhamdullilah semua cukup. Dan sekarang saya terus inject depo. Minta kawan-kawan doakan depo/implan ni sesuai untuk saya ya.
Bagi yang tak yakin nak rancang sendiri, just follow doctor’s recommendations. Anak-anak happy kalau ibu happy.
Ni girl tau. Alhamdullilah saya ada dua girl. By the way, anak semua sama sahaja.. Dua-dua girl ke, dua-dua boy ke, semua bawa rezeki, semua tu amanah. Jangan down kalau tak dapat sepasang lelaki perempuan. Jangan bandingkan. Syukuri apa yang ada dan InsyaAllah happiness will be with us.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat anak tersayang cedera sampai kepala lencun berdarah akibat terjatuh dan kepala terkena bucu besi kerusi kereta membuatkan seorang ibu ini panik dan tidak keruan.
Ibu mana yang tak terkejut dan tidak menyangka kejadian anak terhantuk dan terjatuh dalam kereta mengakibatkan kecederaan sehingga berdarah-darah.
Puan Nadila Mohamad berkongsi pengalamannya sebagai peringatan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
TRAGEDI MALAM 23/3/18
Dulu farrel yang kena besi seat ni tapi syukur Alhamdulillah farrel takdelah sampai jadi macam ni just benjol dan luka biasa je maybe kepala dia lebih kebal dari deqna tapi sekarang deqna pulak yang kena cuma tuhla tak sangka ingatkan tiada apa-apa lepas angkat dan peluk dia dan masa tu tak tahu pulak dia jatuh sebab terkena besi ni.
Tangan penuh darah deqna
Lepas peluk dia tiba-tiba tangan rase lencun, ingatkan air mata dia. Dalam samar-samar lampu jalan ternampak warna merah. Jantung ni macam seolah-olah kena renjatan.
Cepat-cepat buka lampu kereta, apa lagi Allah je tahu paniknya aku time tu. Ye la tak pernah jadi macam ni kat anak-anak. Ni pertama kali darah lencun macam ni aku tengok dan aku pegang sendiri.
Tudung penuh darah
Habis tudung dan baju serta kedua belah tapak tangan aku dengan darah deqna. Bila buka je lampu seat belakang terkejut tengok darah yang terpercik dan besi seat belakang yang deqna kena tu.
MasyaAllah tajam ya Allah. Time ni memang tak henti aku menangis sebab aku sendiri tak boleh nak bayangkan sebesar dan sedalam mana luka yang deqna lalui. Maklumla dalam gelap memang nak belek tak nampak sangat plus darah penuh satu kepala deqna. Time ni memang tak sempat nak fikir apa-apa memang terus fikir hospital je.
Terkilan Biarkan Anak Main Dalam Kereta
Deqna dah stop nangis pun aku still nangis sebab terkilan sangat dalam hati ni kenapalah aku biar je anak-anak bergurau dan bermain atas kereta. Biasala manusia kan memang tak lepas dari buat silap. Bila dah kena baru tengadah orang kata. Yela siapa sangkakan akan jadi macam ni Allahuuuuu…
Syukur time ni kami dekat sangat dengan HSNZ so terus ke unit kecemasan. Alhamdulillah memang pantas orang hospital HSNZ buat kerja. Lebih kurang sejam lebih semua setel.
Alhamdulillah syukur sangat lepas X-tray semua sujud syukur aku bila doktor kata tidak ada kecederaan yang serius dan anak aku tak perlu warded. Masa ni Allah sahaja yang tahu perasaan seorang ibu seperti aku. Seolah nyawa dapat semula.
Lepas ni aku kena beringat dah. Bahaya betul besi seat ni. Lebih-lebih lagi aku yang ada anak-anak kecik ni. Ye la bukan aku salahkan besi ni tapi kena more carefull lah sebab anak-anak aku ni memang jenis spesis hyper tak hengat dunia.
Memang tak la dia orang nak duduk dalam carseat bagai. Siapa kenal rapat dengan aku tahulah anak-anak aku macam mana and seriously talk benda ni memang nampak simple.
Luka dah tertutup elok lepas kena gam
Hanya sekadar besi seat dalam kereta tetapi sebenarnya bahaya dalam tidak sedar. Sape yang ada kereta alza tu careful la terutama yang ada anak-anak kecik yang superb duperb hyperactive macam anak-anak aku ni.
Kalau tarik seat belakang sampai habis tu make sure lindung la dengan apa-apa bucu besi kat kaki seat tu. Ye la malang tak berbau kan.
Bucu besi seat kereta
Terima kasih semua yang dah mendoakan deqna…syukur Alhamdulillah deqna dah active macam biasa. Tak rupa macam orang sakit pun sampai doktor sediri cakap deqna ni memang hyper tak reti apa itu erti sakit. Kalau kita orang dewasa mahu dah pengsan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Langkah pencegahan
Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak. Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai...