Wany Hasrita sama seperti ibu-ibu yang lain selepas bersalin suka makan makanan yang manis. Dek kerana kerap makan makanan dan minuman yang manis, berat badannya naik mendadak.
Demi menjaga kesihatan, Wany mula mengawal pengambilan gula dalam diet hariannya. Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita ini mengakui bahawa antara punca berat badannya meningkat secara mendadak kerana pengambilan gula berlebihan.
Wany Hasrita ‘Craving Sugar’ Selepas Pantang
“Masih lagi naik, dalam fasa ‘sugar craving’. Selepas beberapa minggu (habis berpantang), saya memang nak makanan manis.
“Akibat daripada itu, berat saya naik mendadak,” katanya.
Jelas Wany lagi meskipun ‘mengidam’ namun beliau perlu melawan keinginan tersebut demi menjaga kesihatan. Tindakan paling utama yang perlu diambil adalah mengawal pengambilan gula.
Mula Jaga Diet Bila Berat Naik Mendadak
“Sekarang ini saya sedang berusaha hendak ‘cut sugar.’
“Inisiatif lain pula, saya perlu menjaga kalori dan melakukan senaman,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan baru mengeluarkan lagu baharu bertajuk ‘Cinta Hatiku’.
Ads
Menurutnya, lagu tersebut dibuat khas untuk cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman.
“Lagu ini berkisar tentang cinta seorang ibu kepada anak,” katanya.
Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022. Pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aishah pada 8 Julai 2023.
Ramai wanita terkesan dari segi fizikal dan emosi dalam tempoh setahun yang lalu, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
Itu antara dapatan Siri Keempat Kajian Keluarga di Pinggiran oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).
Laporan itu turut menyebut secara keseluruhannya responden merasakan beban rumah tangga meningkat semasa PKP kerana lebih banyak orang tinggal di rumah untuk tempoh yang lebih lama.
“Ini mengakibatkan wanita rasa tertekan dan penat. Beban ini terus dirasai semasa PKP 2.0 apabila banyak ahli keluarga belum dapat memulakan kegiatan ekonomi atau pendidikan di luar rumah.
“Kesan yang dialami oleh golongan wanita lazimnya tidak sama seperti kumpulan lelaki,” memetik laporan itu.
Ia turut menyebut, keluarga yang diketuai wanita misalnya lebih teruk terkesan berbanding sampel keseluruhan.
Mereka pada masa sama menanggung sebahagian besar beban tanggungjawab menjaga keluarga.
Ia lazimnya memberi kesan besar kepada kesejahteraan fizikal dan mental mereka yang mungkin mempunyai kesan jangka panjang kepada mereka dan anak-anak mereka.
Projek kajian Keluarga di Pinggiran ditaja oleh UNICEF dan UNFPA itu adalah bagi membantu penggubalan dasar dan menggalakkan wacana umum mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas wanita dan kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah di bandar di Malaysia.
Projek ini melibatkan kajian ke atas 500 keluarga berpendapatan rendah yang mendiami 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana-mana wanita yang pertama kali bersalin, perlu tahu bahawa urutan adalah rutin yang sangat penting dalam amalan berpantang.
Sejak daripada dahulu hingga kini, urutan selepas bersalin masih diamalkan kerana banyak manfaatnya kepada anda apabila ia menunjukkan kesan positif.
Berikut adalah antara kebaikan dan kepentingan urutan selepas bersalin yang patut anda tahu.
Melegakan sakit badan
Proses kehamilan dan kelahiran adalah sesuatu yang memenatkan. Tanpa anda sedar, ia memberi tekanan kepada bahagian tubuh tertentu terutamanya bawah abdomen, belakang, dan pinggang.
Selepas bersalin, bahagian berkesan masih tertekan kerana ia digunakan sepanjang anda menjaga dan menyusukan bayi. Sesetengah posisi penyusuan jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan ketidakselesaan badan.
Urutan akan membantu anda untuk lebih relaks selain melegakan kesakitan yang dialami.
Melancarkan perjalanan darah
Urutan lembut di seluruh badan mampu melancarkan perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.
Dengan teknik yang betul, ia berupaya mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim.
Mempercepatkan proses pemulihan
Urutan yang dilakukan di bahagian tertentu tubuh dapat membantunya sembuh segera. Dapatkan tukang urut bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko.
Melancarkan pengeluaran susu ibu
Urutan diyakini berkesan dalam mengatasi masalah berkaitan pengeluaran susu ibu.
Ada benarnya kerana apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.
Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.
Mencegah tekanan
Urutan dapat membantu anda berasa relaks. Selain sentuhan dan tekanan urutan lembut, aroma daripada minyak herba juga membantu anda berasa lebih tenang.
Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin menguruskan bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan yang demikian, risiko meroyan dapat dikurangkan.
Membentuk tubuh
Urutan juga dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul semasa kehamilan. Malah dengan pemakaian bengkung, ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan dan membentuk tubuh agar kelihatan langsing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak dilahirkan hingga usia 3 bulan, Muhammad Syahmi belum merasai pelukan mamanya seperti bayi lain. Ini berikutan mamanya Nor Fadilla Che Par, 28, terus koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi dan jantungnya terhenti secara tiba-tiba ketika berjuang melahirkan Syahmi secara pembedahan.
Sejak itu Syahmi dijaga oleh ahli keluarga dan bergantung pada susu formula. Hingga saat ini, Fadilla tak boleh lagi memberi tindak balas.
Menurut kakak Nor Fadilla, Nur Hasirah Che Par, sejak ditempatkan di ICU November lalu, Fadilla masih belum bagi respon walaupun keadaannya dah nampak ada perkembangan positif. Jika dahulu terpaksa bergantung dengan oksigen, kini mesin bantuan oksigen itu dah mula di buka dan boleh bernafas sendiri.
“Sekarang doktor fokuskan pada rawatan fisioterapi untuk menggerakkan anggota badannya kerana terlalu lama terlantar.
“Cuma apa yang sedih, Fadilla masih belum dapat mengenali orang. Apabila bercakap dengannya dia hanya mampu merenung dan air matanya pasti mengalir bila beritahu yang dia ada anak,” katanya.
Bercerita mengenai komplikasi yang berlaku pada adiknya, Hasirah menyatakan sebelum doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan, dah 3 kali induce tapi bukaan hanya 2cm sahaja.
“Mungkin dah ketentuan Allah, kami reda. Kalau nak diikutkan semasa mengandung Fadilla tiada apa-apa masalah.
“Sekarang kami sekeluarga mengharapkan ingatannya kembali pulih dan sihat seperti biasa dan boleh membesarkan anak dengan baik,” jelasnya.
Berikut coretan keadaan adiknya sebelum berjuang melahirkan anak hinggalah terlantar di katil hospital tanpa sebarang tindak balas.
CORETAN KEADAAN FADILLA..
22.10.2018 genap setahun perkahwinan mokla…
08.11.2018 tarikh due moklaaa… namun tiada tanda baby nak keluar menyebabkan moklaa over due.
14.11.2018 mokla dengan rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama. Suami sentiasa di sisi waktu ini.
15.11.2018mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE. Sakit yang teramat namun rela kerana anak yang dikandung.
16.11.2018INDUCE kali kedua ke atas moklaa namun result tetap sama 2cm.
17.11.2018INDUCE kali ketiga ke atas moklaa. Result tetap sama 2cm
18.11.2018mokla ditolak ke bilik OT untuk ceaser dan lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg.
Namun suami mendapat dua berita dari doktor. Satu baik dan satu buruk. Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma dan akan dipindah kan ke unit rawatan rapi (ICU)
Ketika itu Hanya Allah yang tahu perasaan seorang suami…
18.11.2018juga tarikh keramat buat keluarga dan suami mokla. Doktor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu pembedahan bersalin.
Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara dan kaum keluarga. Namun sebaliknya hanya DOA minta kesembuhan yang diterima. ALLAHU…
Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya ujian yang amat berat diterima. Sekarang umur baby dah hampir dua bulan dan keadaan Moklaa masih tiada tindak balas dan di tempatkan di wad ICU. Suami setia menunggu di sisi isteri tercinta.
Besarnya pengorbanan seorang isteri untuk lahirkan zuriat dan pengorbanan seorang ibu untuk keselamatan anaknya. Allahuakbar.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.