Mencecah hampir 13 Ribu tontonan secara langsung di TikTok, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Faz meraih perhatian ramai kerana makan dengan sangat berselera dan dalam masa yang sama Faz ini sarat hamil anak kedua.
Kecomelan Fazeera Nazri yang makan pelbagai menu bermula dengan buah oren kemudian nasi, sambal, sayur masak lemak siput dan pemanis mulut bubur durian sekaligus membuatkan Fizo risau akan kesihatan dirinya yang tak lama lagi bakal bersalin.
Tambah Fizo lagi, sehari sebelum, Faz mengalami kontraksi beberapa kali dan ia agak menakutkan kerana risau akan bersalin awal.
Ads
Fizo turut menasihati Faz agar tidak makan manisan bubur durian terlalu banyak namun tidak dipedulikan oleh mak buyung itu.
Warga maya turut berkongsi pengalaman yang sama seperti Faz. Yelah dekat nak bersalin mestilah nak makan macam-macam sebelum mula berpantang.
Ads
Norafida Baharun Saya ni malam nak masuk wad pun sempat singgah kedai tomyam pekena tomyam, siakap 3 rasa dgn apa ntah dh lupa. Siap tgh makan layan contraction. Diam jap..sambung lagi. Kakak kedai tomyam tu dh risau tgk 😆..tgh suap nasi..dtg lagi sakit tu. Diam lagi. Hahaha selagi x bersalin selagi tu makan je.
Ads
Wan Juna Mkn la Faz puas2 nnt nk brpantang pula.semoga d permudhkn urusan brsalin.
Fizzah Nafisya Damia hahaha sian faz curi2 mkn..mmg da hujung2 tu selera makn diaaa…tuhan je tau..dulu saya singang laksa singang laksa….laki saya pon tak blh nak ckp apa..gelak ja..skli ank jelyar saya kelaparan sbb kne puasa..op kan..sy cium kepala anak saya..bau laksaaa gagagaga
Ryna Rin Mana2 mak buyung pn sama dkt2 nk brnk time tu lh cari apa2 je yg teringin nk mkn sb dh brnk kena pantang kn.. Terutama jenis sejuk n minuman berais2 ni.. 😄
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup. Namun tak semua yang bernasib baik untuk terus dikurniakan zuriat.
Tapi, jangan berputus asa kerana rezeki mungkin ada cuma masanya belum tiba seperti perkongsian daripada Super Daddy ini yang telah menanti 10 tahun lamanya untuk mendapatkan zuriat.
Ramai tak tahu yang aku menunggu 10 tahun untuk dapat anak pertama. Yer 10 tahun wehh.
Waktu ni aku dengan wife dah pasrah. Yelah, dah 10 tahun mencuba, segala jenis rawatan dah buat tapi tak berjaya. Padahal kami dua ok jer. Doktor dah kata takde masalah untuk dapat anak, kalau tak dapat tu maknanya tuhan tak nak bagi.
Lalu pasrahlah kami. Siap berbincang macamana kami nak mati berdua tanpa anak-anak. Syahdu betul.
Tapi, macam manapun kami tetap terus mencuba. Usaha tetap kami usaha, doa tetap kami doa walaupun dah tak letak harapan. Tapi kan, Allah dah kata, dia akan bagi pada hamba dia yang berusaha bila dah sampai masa dan ketika yang sesuai.
Pada suatu malam di bumi asing ditemani salji dengan suhu dibawah paras beku, maka lahirlah Khaleef.Gembira bukan kepalang.
So, bagi yang sedang mencuba, dah masuk 5-6 tahun, 7- 8 tahun tu jangalah berputus asa yer. Kawan aku sorang tu lagilah, dekat 20 tahun tunggu, tup-tup dapat anak. Orang ingat dia dok bawak cucu.
Aku perasan lah, antara benda yang buatkan kami berjaya dapat anak adalah dengan mengubah cara hidup.
Yelah, berubat dah, jumpa semua pakar dah, buat ujian kesuburan dah, buat prosedur suntik sperm tu pun dah, segala mak nenek dah tapi gagal, jadi ikhtiar terakhir adalah ubah gaya hidup.
Betul weh, ubah gaya hidup yang lebih sihat buatkan sistem badan kau termasuk segala benda dalam badan tu jadi lebih sihat dan kuat. Ehh bunyi macam iklan Milo pulak.
Aku ni kebetulan berhijrah dan tinggal di luar negara. Jadinya, gaya hidup dan cara hidup bertukar terus.
Dari jenis keluar subuh balik malam jadi keluar pagi balik petang. Jenis tak pernah bersenam terus jadi bersenam selalu, jenis yang makan segala benda kepada jenis makan banyak sayur dan buahan, dari yang jenis makan lewat malam kepada jenis makan sebelum maghrib.
Lepas 6 bulan, berat turun 5 kilo, pergi jumpa doktor buat full medical checkup, doktor senyum sebab semua bacaan cantik. Tubuh rasa lebih sihat dan segar, hidup pun rasa bahagia tanpa stress.
Kau tahulah kan, bila laki bini bahagia ni, happy ending jer lah. Cukup setahun lebih sikit terus mengandung.
Jadi aku nak sarankan pada yang masih mencuba untuk dapatkan anak tu, jangan mudah give up. Cubalah segala rawatan yang ada dan paling penting cuba tukar gaya hidup korang laki bini.
Sentiasa bangun awal, sentiasa tidur awal, sentiasa bersenam, jaga makan minum dan paling penting kena bahagia. Tak boleh stress sangat. Isteri jangan stress, suami jangan stress.Kena sentiasa bantu membantu dalam rumahtangga.
Suami selalu tolong isteri dan vice versa. Bagi yang duduk KL ni, stress tak pernah habis. Gaji cukup makan, kerja macam tak cukup siang. Keluar subuh balik isyak. Makan lewat malam, lepas tu letih, tidur. Dan bangun esok ulang rutin tu sampai mati. Kalau ada peluang berhijrah maka hijrahlah.
Cuba balik duduk kampung. Atau hijrah ke bandar atau pekan kecil yang lebih tenang. Hidup rileks, takde serabut keluar subuh hadap jem, balik isyak pun hadap jem lagi.
Mungkin dengan asbab hidup yang lebih tenang dan sihat, dapat banyak berbuat amal ibadat sebab banyak masa terluang, dapat banyak bersedekah sebab ada lebihan since duduk kampung kos sara hidup rendah, disamping terus berusaha dan berdoa maka Allah akan hadiahkan cahayamata seperti yang diingini.
Mudah-mudahan.
Semoga semua yang masih mencuba, akan terus mencuba tanpa jemu. Kalau tak dapat juga maka bersyukurlah dengan penuh tawaduk. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jalan & tidur semakin mencabar tatkala hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, Tya Ariffin akui perlu kawal makan supaya bayi dalam kandungan tak terlalu besar.
Melewati minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, isteri kepada Asyraf Dato’ Seri Khalid ini mengakui godaan terhadap makanan semakin besar.
Cabaran buat ibu yang bakal melahirkan ini ialah perlu mengawal makan supaya berat tidak naik keterlaluan dan bayi besar. Tya juga mengakui pergerakannya untuk berjalan serta untuk tidur juga semakin sukar.
tyaarifinnw Semakin kesini godaan lebih besar,
Kena jaga berat badan biar baby tak besar sgt, tapi nafsu makan semakin besar, jalan dan tidur semakin tak sedap?
Hahaha
Adik baby boleh tak ibu nak makan banyak tapi tak nak naik berat badan? ??
#memangtakla?
Lama tidak mendengar kisah mengenai pelakon yang satu ini. Kini selepas lama menyepikan diri, pelakon, Miera Leyana tampil mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun berusia tujuh bulan.
Selepas mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu, Miera meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah ini.
Malah kata Miera lagi menerusi BH Online, dia juga amat bersyukur bila mana tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya semakin bertambah selera makan.
“Saya tiada alahan seperti muntah pada waktu pagi seperti kawan-kawan yang lain. Cuma yang ketara, selera makan saya makin bertambah.
” Saya juga tidak mengidam juadah pelik-pelik,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang sering membawakan watak antagonis ini juga mengakui ketika sarat hamil ini, dia begitu teringin untuk travel ke luar negara seperti ke London dan Paris serta tidak ketinggalan untuk menunaikan ibadah umrah.
Bagaimanapun pelakon cantik manis ini terpaksa akur dengan keadaan pandemik yang melanda dunia, lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya yang sedang sarat hamil.
Menariknya, baik Leyana mahupun suaminya, Rosland Othman, masing-masing sepakat untuk tidak mendedahkan mengenai jantina bayi yang dikandungnya. Katanya biarlah ianya menjadi satu kejutan.
“Tunggulah sehingga bayi lahir baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina ini menjadi kejutan,” kongsinya lagi.
Bukan hanya teruja untuk menjadi ibu, bahkan suaminya adalah orang yang paling teruja untuk menyambut kelahiran bayi mereka.
” Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama kami ini akan menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya lagi.
Terdahulu, Miera Leyana mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Rosland Othman pada Julai tahun lalu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.