Disebalik rupanya yang tidak menarik, buah avokado menyimpan 1001 khasiat untuk kesihatan manusia. Buah avokado berasal daripada pokok avokado yang secara saintifiknya dikenali sebagai Persia americana.
Berbeza dengan buah-buahan yang lain, buah avokado kaya dengan lemak sihat.
Buah yang turut dikenali sebagai buah mentega atau alligator pear berpotensi sebagai pencegah kanser, membantu dalam penghadaman, penyakit jantung dan mengurangkan risiko obesiti.
Dr Mazliana turut berkongsi khasiat avokado dalam pemakanan anak-anak yang patut ibu bapa ambil tahu. Ikuti perkongsian beliau.
Saya tak pernah pun ambil tahu pasal buah avokado sebelum ada anak.
Lepas ada anak, dan mula cari pemakanan yang lebih sihat, baru terasa nak cuba pelbagai jenis buah untuk anak rasa.
Ads
Vitamin C.
Magnesium.
Folate.
Vitamin K.
Semua kandungan vitamin dan mineral ni ada dalam avokado. Sesuai untuk kita jadikan sebagai salah satu buah pilihan untuk anak.
Tak perlu makan selalu pun. Jarang-jarang sekali pun takpe, supaya anak kenal rupa dan rasa avokado.
Nak pilih avokado pun kena ikut warna tau. Tidaklah bila kita dah buka tu, tengok buah tak masak lagi. Sayang sangat kan.
Warna avokado dari hijau hingga coklat, ikut tahap ranum sebiji buah tu.
Ads
Nak bagi anak makan harini, pilih yang warna coklat.
Nak makan esok lusa, pilih yang coklat kehijauan.
Nak makan lagi 3-4 hari, pilih yang hijau kecoklatan.
Nak makan lagi 1 minggu, ambil yang seluruh kulit warna hijau dan masih keras.
Jom tengok gambar macam mana nak pilih avokado untuk anak.
Sama-sama kita cuba ya, perbanyakkan makanan segar dari jenis buah yang pelbagai untuk anak-anak.
Memujuk anak makan sememangnya menuntut penuh kesabaran. Namun memilih menyuapkan anak dengan makanan dengan susu botol adalah amalan yang sepatutnya dielakkan sama sekali. Jangan buat main.
Menurut Dietitian Fizah Sobri, cara yang semacam ini bukan sahaja meningkatkan risiko anak tersedak bahkan stimulasi oral langsung tidak ada. Jadi elakkan.
Masih ada yang amalkan teknik macam ni dengan alasan nak bagi anak kenyang. Tak nak bagi anak menangis.
Cara ini telah dibuat turun temurun oleh mak ayah si minah dan si polan dan semua membesar dengan baik.
Kalau ada pengasuh yang guna cara ni dan tetap nak teruskan walaupun dah ditegur, fikir semula adakah pengasuh tersebut betul betul jaga anak dengan elok jika taknak terima teguran? Please jangan buat.
Mengapa saya kata tak boleh?
1. Cara suapan ini meningkat risiko untuk tersedak – sambil minum sambil bayi akan ambil nafas
Jika cecair seperti susu ibu/susu senang untuk ditelan tetapi bubur sudah tekstur lebih kasar dan mengambil masa untuk telan. Jika tak habis telan bayi nafas akan tingkat risiko untuk makanan masuk dalam peparu.
2. Tiada stimulasi oral langsung – semasa bagi susu perkembangan motor skills terhad kepada hisap dan telan Waktu menyuap dengan sudu, kena ambil, kunyah, bergerak lidah dan telan. Nampak ada perkembangan di situ.
3. Confusion / baby keliru – Eh selalu bagi puting maksudnya susu. Kali ni ada makanan pulak.
Kalau kena pada menu yang anak tak suka terus tolak botol? Naya mommies nak bagi anak minum susu lagi.
4. Puting botol sangat senang kotor. – bagi susu sepatutnya puting susu ditukar setiap 3 bulan kalau bubur lagi cepat kena tukar dan makanan senang sangat nak tersumbat. Kalau tak basuh dengan teliti makanan basi boleh lekat dan menyebabkan anak sakit perut.
5. Tatacara pengenalan makanan tidak tersusun – pergh baru 6 bulan dah terus bagi macam macam. Jika ada alergik reaction tak dapat kenalpasti mana dah sumbernya. Ni belum termasuk saya tegur tentang kalori boleh berlebihan.
Mohon mommies untuk tidak menggunakan cara macam ni ye. Jangan target waktu ini nak bagi anak kenyang sahaja.
Target kita waktu ini adalah nak memperkenalkan tekstur, kategori makanan lain selain susu dan identify allergy
Makan 1-3 sudu besar waktu 6-7 bulan pun sudah memadai. Tak perlu paksa habis satu bekas.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi biskut telur, menu kudap-kudap waktu petang untuk anak-anak. Sememangnya biskut kering menjadi pilihan kudapan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Enak dinikmati bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, minum petang dan minum malam, biskut kering sering dihidangkan bersama kopi dan teh ‘O’ panas. Pendek kata biskut kering sangat sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Adizul Semerbak berkongsi menu biskut telur. Mungkin ramai tidak menyangka biskut kering yang biasa dicicah bersama kopi dan teh ini boleh dijadikan satu menu yang cukup unik.
Menurut AdiZul, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.
Berikut resipi biskut telur seperti yang dikongsikan oleh Adizul Semerbak
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
1/2 kg biskut petak kecil
Bawang besar/bawang merah
Cili hijau/merah
Sedikit garam
4 sudu makan minyak masak
Sedikit marjerin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Hiris bawang dan cili.
2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.
3. Seterusnya masukkan biskut, gaul-gaul dan biarkan seketika.
4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak telah panas, kecilkan api dan masuk biskut tadi.
5. Balik-balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.
Ada warga maya memaklumkan bahawa ibu bapanya biasa memasak menu itu untuk dinikmati seisi keluarga. Rupa-rupanya ramai juga warga maya yang pernah makan menu istimewa berasaskan biskut kering ini.
Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)
Kenapa kekacang baik untuk anak? Kacang merupakan antara pilihan snek sihat yang sering dipandang sepi walaupun kaya dengan nutrien penting untuk tumbesaran. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari snek yang bukan sahaja sedap tetapi juga berkhasiat untuk anak-anak.
Walaupun saiznya kecil, kacang menyimpan pelbagai nutrien penting yang membantu tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Bagi anak berusia 4 tahun ke atas yang sudah boleh mengunyah dengan baik, ia boleh dijadikan sebahagian daripada pemakanan harian yang sihat dan seimbang.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, kekacang merupakan snek yang sangat berbaloi untuk tubuh kerana mengandungi gabungan protein, serat dan lemak sihat yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.
Berbanding makanan ringan yang tinggi gula dan garam, segenggam kecil kekacang mampu membantu mengawal rasa lapar serta mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis secara berlebihan. Ini penting terutamanya bagi kanak-kanak yang aktif dan sering meminta snek di antara waktu makan.
Selain itu, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh diperoleh daripada pengambilan kekacang secara sederhana.
Kekacang seperti walnut dan badam mengandungi lemak sihat, vitamin E serta antioksidan yang membantu menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
Nutrien ini memainkan peranan penting dalam pembelajaran, daya ingatan dan keupayaan anak untuk memberi tumpuan ketika belajar atau bermain.
Protein diperlukan untuk pembinaan otot, pembentukan tisu baharu dan proses tumbesaran yang sihat.
Bagi anak yang cerewet makan atau kurang mengambil sumber protein tertentu, kekacang boleh menjadi alternatif yang baik untuk menambah pengambilan protein harian mereka.
Ramai beranggapan penjagaan jantung hanya penting apabila dewasa. Hakikatnya, tabiat pemakanan sihat perlu dibentuk sejak kecil.
Lemak tidak tepu yang terdapat dalam kekacang membantu menyokong kesihatan jantung dan mengekalkan paras kolesterol yang lebih baik. Menurut American Heart Association, pengambilan kekacang secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet seimbang boleh memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.
Kandungan serat membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko sembelit yang sering dialami kanak-kanak.
Apabila penghadaman lebih baik, anak juga cenderung berasa lebih selesa dan aktif sepanjang hari.
Anak-anak memerlukan tenaga yang mencukupi untuk bermain, belajar dan menjalani aktiviti harian.
Gabungan protein, lemak sihat dan serat membantu membekalkan tenaga secara lebih stabil berbanding snek tinggi gula yang hanya memberikan tenaga sementara sebelum menyebabkan anak kembali lapar.
Sesetengah kanak-kanak mungkin tidak gemar makan kekacang secara terus. Ibu bapa boleh mencuba beberapa cara kreatif untuk memperkenalkannya kepada anak.
Sapu mentega kacang pada roti, biskut atau hirisan buah seperti pisang dan epal. Pilih mentega kacang yang rendah gula dan tanpa bahan tambahan berlebihan.
Kacang yang dicincang halus boleh ditaburkan ke dalam oat, yogurt atau bijirin sarapan untuk menambah tekstur dan khasiat.
Serbuk badam atau kacang kisar boleh dimasukkan ke dalam pancake, muffin, kek atau biskut buatan sendiri.
Tambahkan satu sudu mentega kacang ke dalam smoothie pisang atau susu untuk menjadikannya lebih mengenyangkan dan kaya protein.
Campurkan kekacang yang dipotong halus (penting) dengan kismis, kurma yang dipotong kecil atau bijirin tanpa gula untuk menghasilkan snek yang lebih menyeronokkan.
Walaupun kaya dengan nutrien, kekacang tetap mengandungi kalori yang agak tinggi. Sebab itu ibu bapa perlu mengawal kuantiti pengambilannya.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, pilihan terbaik ialah kekacang yang tanpa garam tambahan, tanpa gula tambahan dan tidak disalut coklat. Pengambilan sekitar segenggam kecil sehari sudah memadai untuk mendapatkan manfaatnya.
Antara pilihan yang baik termasuk:
Selain itu, pastikan anak tidak mempunyai alahan terhadap kekacang sebelum memperkenalkannya secara kerap dalam diet harian.
Snek sihat tidak semestinya mahal atau sukar didapati. Kadangkala, hanya dengan segenggam kecil kekacang, anak sudah memperoleh protein, serat, lemak sihat dan pelbagai nutrien penting untuk tumbesaran mereka.
Daripada membiasakan anak dengan jajan yang tinggi gula dan garam, ibu bapa boleh memulakan langkah kecil dengan memperkenalkan pilihan snek yang lebih berkhasiat. Amalan ini bukan sahaja membantu mengenyangkan anak, malah turut menyokong perkembangan otak, kesihatan jantung dan tumbesaran secara keseluruhan.
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.