“Warna Avokado Dari Hijau Hingga Coklat” Doktor Kongsi Cara Pilih Ikut Warna

Share

Disebalik rupanya yang tidak menarik, buah avokado menyimpan 1001 khasiat untuk kesihatan manusia. Buah avokado berasal daripada pokok avokado yang secara saintifiknya dikenali sebagai Persia americana.

Berbeza dengan buah-buahan yang lain, buah avokado kaya dengan lemak sihat.

Buah yang turut dikenali sebagai buah mentega atau alligator pear berpotensi sebagai pencegah kanser, membantu dalam penghadaman, penyakit jantung dan mengurangkan risiko obesiti.

Dr Mazliana turut berkongsi khasiat avokado dalam pemakanan anak-anak yang patut ibu bapa ambil tahu. Ikuti perkongsian beliau.

Saya tak pernah pun ambil tahu pasal buah avokado sebelum ada anak.

Lepas ada anak, dan mula cari pemakanan yang lebih sihat, baru terasa nak cuba pelbagai jenis buah untuk anak rasa.

  • Vitamin C.
  • Magnesium.
  • Folate.
  • Vitamin K.

Semua kandungan vitamin dan mineral ni ada dalam avokado. Sesuai untuk kita jadikan sebagai salah satu buah pilihan untuk anak.

Tak perlu makan selalu pun. Jarang-jarang sekali pun takpe, supaya anak kenal rupa dan rasa avokado.

Nak pilih avokado pun kena ikut warna tau. Tidaklah bila kita dah buka tu, tengok buah tak masak lagi. Sayang sangat kan.

Warna avokado dari hijau hingga coklat, ikut tahap ranum sebiji buah tu.

  • Nak bagi anak makan harini, pilih yang warna coklat.
  • Nak makan esok lusa, pilih yang coklat kehijauan.
  • Nak makan lagi 3-4 hari, pilih yang hijau kecoklatan.
  • Nak makan lagi 1 minggu, ambil yang seluruh kulit warna hijau dan masih keras.

Jom tengok gambar macam mana nak pilih avokado untuk anak.

Sama-sama kita cuba ya, perbanyakkan makanan segar dari jenis buah yang pelbagai untuk anak-anak.

Kredit: Mazliana Mazlan

Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN