Warna Cantik, Lembut & Gebu, Ini Cara Simple Buat Apam Nasi!

Share

Berbanding kuih-muih tradisional, apam nasi antara kuih yang begitu mudah hendak disediakan malah tidak mengambil masa yang lama. Hanya campurkan sahaja dan kukus. Siap!

Apam nasi yang satu ini cukup istimewa. Bukan hanya cukup ringkas bahkan lembut dan gebu. Paling penting resipi yang paling ringkas. Jom ikuti perkongsian resipi Nor Aini Abd Rahman.


Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis
Pewarna merah & hijau
Kelapa parut + garam

Kisar nasi dan air dulu sampai halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi bahan kering.

Kacau sampai rata dan perap sekejap selama 1 jam atau lebih supaya adunan mengembang.

Sediakan acuan dan oles dengan minyak dan tuang 3/4 penuh.

Kukus selama 10 minit dengan api besar.

Resepi ni boleh dapat lebih kurang 20 biji kuih apam nasi.

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN