
Saat pertama kali bayi membuka mata dan memandang wajah ibu ayah, itulah antara momen paling menyentuh hati buat setiap parent. Namun ramai tak tahu, walaupun bayi sudah boleh melihat sejak lahir, penglihatan mereka sebenarnya masih belum berkembang sepenuhnya.
Mata bayi baru lahir masih dalam proses “belajar” mengenal bentuk, cahaya dan warna di sekeliling. Sebab itulah pemilihan warna untuk mainan, flashcard, buku atau dekorasi nursery sebenarnya memainkan peranan penting dalam perkembangan awal mereka.
Ramai memilih warna lembut seperti biru, merah jambu atau pastel kerana nampak comel dan aesthetic. Tapi dari sudut perkembangan visual, warna itu bukanlah pilihan terbaik untuk bayi baru lahir.
Ini sebabnya warna hitam putih bayi jauh lebih penting untuk bayi pada bulan-bulan pertama kehidupan.
Pada bulan pertama, penglihatan bayi masih agak kabur. Mereka hanya mampu fokus pada jarak sekitar 20 hingga 30 sentimeter sahaja.
Jarak ini sebenarnya hampir sama dengan jarak wajah ibu ketika menyusukan atau mendukung bayi.
Sebab itu bayi suka merenung wajah ibu ayah dalam jarak dekat. Mereka sedang belajar mengenal bentuk muka, ekspresi dan pergerakan.
Jangan pelik kalau bayi asyik tenung muka anda lama-lama itu sebenarnya salah satu cara mereka belajar.
Ketika lahir, bayi belum dapat menggunakan kedua-dua matanya secara serentak dengan sempurna.
Sebab itulah kadang-kadang mata bayi nampak seperti sedikit juling atau tidak fokus. Ini biasanya normal pada awal usia.
Menjelang usia satu hingga dua bulan, bayi mula belajar menyelaraskan kedua-dua matanya untuk fokus pada objek.
Ibu ayah boleh bantu dengan aktiviti mudah seperti:
Aktiviti ringkas ini membantu koordinasi mata bayi berkembang dengan lebih baik.
Ini fakta yang ramai parent tak tahu.
Menurut Dr. Sears dalam artikelnya Visual Stimulation Tips for the Newborn Months, retina mata bayi baru lahir masih belum matang untuk memproses banyak warna.
Pada usia awal, bayi lebih mudah melihat objek dengan kontras tinggi seperti:
Ini kerana retina mereka lebih sensitif terhadap perbezaan cahaya berbanding warna lembut seperti pastel, biru muda atau pink.
Sebab itu flashcard hitam putih, buku kain bercorak kontras dan mainan monochrome sangat digalakkan untuk bayi 0 hingga 3 bulan.
Bukan saja menarik perhatian bayi, malah warna hitam putih bayi membantu:
Pendek kata, hitam putih bukan trend semata-mata ia memang membantu perkembangan otak dan mata bayi.
Selepas usia sekitar 6 hingga 8 bulan, barulah penglihatan warna bayi semakin matang.
Pada fasa ini, bayi mula tertarik dengan warna-warna terang seperti:
Waktu inilah sesuai untuk perkenalkan lebih banyak buku berwarna, blok permainan dan sensory toys.
Namun, stimulasi visual juga perlu seimbang. Terlalu banyak warna, lampu atau pattern yang terlalu busy boleh menyebabkan bayi overstimulated.
Pilih persekitaran yang menarik tetapi masih tenang dan selesa untuk mereka.
Kadang-kadang kita terlalu fokus pada barang bayi yang cantik dan matching, sampai terlupa apa yang benar-benar diperlukan oleh perkembangan mereka.
Bayi tak perlukan nursery yang “Instagrammable” pada awal usia. Apa yang mereka perlukan ialah stimulasi visual yang sesuai dengan tahap perkembangan mata mereka.
Jadi kalau anda sedang mencari hadiah untuk newborn atau setup ruang bayi, jangan pandang rendah pada flashcard warna hitam putih bayi.
Nampak simple, tapi besar manfaatnya untuk perkembangan si kecil.
Sumber: www.playlogy.co.nz & blog.lovevery