Keibubapaan

Watie Dedah Kisah Menarik Di Sebalik Nama Anak, “Asalnya Hanya Nama Juwita”

Share

Pemilihan nama buat cahaya mata sememangnya menjadi momen istimewa bagi setiap ibu bapa. Bagi pasangan selebriti Shuib dan Watie Hanifiah, nama yang diberikan kepada puteri sulung mereka bukan sahaja indah didengar, malah mempunyai kisah tersendiri yang melibatkan seluruh keluarga.

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi sebab di sebalik pemilihan nama Akira Juwita Zahra buat puteri mereka.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Watie mendedahkan bahawa nama anak mereka, Akira Juwita Zahra, sebenarnya melalui beberapa proses perbincangan sebelum diputuskan.

Shuib Tak Suka Nama Anak Panjang

Menurut Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, pada peringkat awal dia hanya memilih nama Juwita untuk bayi perempuan mereka.

“Akira tu nama Thalita, Juwita tu Thalita yang pilih.

Asalnya nama hanya Juwita. Shuib pun kata jangan pilih nama yang panjang-panjang.

Tapi saya rasa pendek sangat Juwita tu dan saya pun nak nama tu dekat dengan Thalita jadi saya pilihlah Akira, yang datang daripada nama penuh Thalita,” kongsi Watie menerusi satu video. 

Tambah Nama Zahra, Sama Dengan Thalita

Dalam masa sama, Watie turut berkongsi bagaimana nama Zahra dimasukkan sebagai sebahagian daripada nama penuh anaknya selepas mendapat persetujuan daripada Thalita terlebih dahulu.

Katanya, dia sememangnya menyukai konsep nama adik-beradik yang mempunyai kaitan atau persamaan antara satu sama lain.

“Saya pun pujuk Thalita, cakap nak nama sama macam saya dan adik-beradik saya.

Saya cakap dengan dia, apa kata dia bagi nama Zahra tu dekat Akira juga.

Pada mulanya dia tak setuju tapi lama-lama dia okay,” katanya lagi. 

Nama Yang Unik & Sedap

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan pemilihan nama Akira Juwita Zahra bukan sahaja unik, malah sarat dengan nilai kasih sayang serta hubungan erat antara ahli keluarga.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023. Pasangan itu turut menerima kehadiran cahaya mata perempuan mereka pada 6 April lalu.

Baca lagi: Neelofa Tampal ‘Words Of Affirmation’ Dalam Bilik Anak, “Saya Anak Dia Ingat Sentiasa”

Sumber: TikTok

Published by
SRM