Kabel-kabel yang berselirat bukan sahaja membahayakan nyawa anak, tapi ia  menyakitkan mata kita yang melihatnya. Lagi pun bila ada anak kecil, wayar ini memang akan jadi perhatian mereka. Itu yang sangat dirisaukan.

Bagi memastikan wayar dan kabel di rumah tersusun elok, ibu ini kongsikan caranya mengemas rumah. Berikut perkongsian Puan Hani Mynis.

Haritu Hani ada kongsikan cara Hani uruskan kabel-kabel di rumah Hani kan? Hani simpan dalam laci di kabinet TV ruang tamu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159023950249094&id=670459093

Wayar Tak Berselerak, Ibu Ini Kongsi Cara Uruskan Charging Station Di Rumah

Alang-alang tu Hani kongsi pula charging station station kat rumah hani. Juga di ruang tamu letaknya. Hani gunakan troli ala Raskog Ikea tu je (beli di Shopee). Charging station ni salah satu stesen terpenting di rumah Hani. Kat stesen ni semua aktiviti mengecas di buat, bukan setakat cas hp dan ipad je. Juga cas berus gigi elektrik, cas mini food processors, cas wireless earphone, powerbank haha eh semua lah cas- cas buat kat sini.

Wayar Tak Berselerak, Ibu Ini Kongsi Cara Uruskan Charging Station Di Rumah

IKLAN

Bila ada stesen khas macam ni senang nak kawal penggunaan hp juga. Contoh macam stesen ni ada curfew hours. Pukul berapa HP kena check in. Haha especially  Aqil lah. So sebelum tidur semua hp dan tablet kena duduk dalam station ni. Jadi tak ada lah lagi kes bangun bangun pagi bateri tinggal 10% sebab lupa nak cas malam tadi. Untuk yang tengah berusaha untuk tak main hp sebelum tidur pun sesuai juga.

Wayar Tak Berselerak, Ibu Ini Kongsi Cara Uruskan Charging Station Di Rumah
Hani guna dish rack ni je. Beli kat daiso. Paling praktikal buat masa sekarang.

Boleh tengok setiap gambar ya cara Hani organise charging station di rumah hani. Buat masa ni tak adalah sempurna sangat sebab nampak juga wayar wayar kabel tu. Tapi sebab nak limitkan visual clutter Hani pilih semua wayar warna putih.

Wayar Tak Berselerak, Ibu Ini Kongsi Cara Uruskan Charging Station Di Rumah

Sekarang ini cara paling praktikal untuk hani uruskan cas hp dan tablet di rumah. Semoga mendapat inspirasi untuk cara uruskan handphone kat rumah masing-masing ya.

IKLAN

Wayar Tak Berselerak, Ibu Ini Kongsi Cara Uruskan Charging Station Di Rumah

Semoga bermanfaat.

Kredit: Hani Mynis

IKLAN

Wayar Tak Berselerak, Ibu Ini Kongsi Cara Uruskan Charging Station Di Rumah

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI