Setelah selamat melahirkan bayi kembar sepasang yang ditunggu-tunggu pada Hari Merdeka lalu, pasangan youtuber terkenal Alieff Irfan dan isterinya Bella tampil berkongsi nama cahaya mata mereka.
Pasangan kembar pasangan ini yang dilahirkan di sebuah pusat perubatαn di Sri Kembangan, Selangor lahir lebih awal dari tarikh jangkaannya pada 13 September.
Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Bella dan Alieff tampil berkongsi nama pilihan buat putera dan puteri sulung kembarnya di media sosial mereka.
Nama yang ringkas dan punya makna yang baik menjadi pilihan buat buah hati kesayangan mereka.
“Welcome to the world Ayden Maleeq bin Muhammad Aliff Irfan & Ayla Malaiqa binti Muhammad Aliff Irfan,” tulis Bella di Instagramnya.
Menurut kata Bella lagi, dia sendiri tidak menyangka untuk bertemu keduanya lebih awal namun amat bersyukur kerana dipermudahkan urusan menyambut kelahiran dua bayi kembarnya.
“An unexpected date untuk jumpa diorang, date yang cantik but alhamdulillah dipermudahkan urusan kami,” tulisnya berkongsi.
Ads
Tidak hanya berkongsi nama indah Ayden dan Ayla bahkan ibu cantik manis ini juga turut memuat naik gambar pertama keluarga kecil mereka bersama pasangan kembar.
Meninjau di ruangan komen, entri terbaru Bella bersama bayi kembarnya ternyata menarik perhatian ramai malah turut dihujani dengan ucapan tahniah.
Terdahulu, Bella dan Alieff menanti hampir dua tahun untuk menimang cahaya mata pertama mereka. Pasangan ini turut mengumumkan kehamilan kembar mereka.
Terbaharu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai Menteri Kabinet 2020 yang akan bersama dengan beliau menerajui pucuk pimpinan kerajaan Malaysia.
Di dalam pengumuman tersebut, bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Perlantikan tersebut membuatkan segelintir golongan yang seolah-olah tidak senang duduk dengan perlantikan ini. Sebelum ini, Dr Zulkifli pernah memberikan kenyataan tentang isu anti vaksin ini.
“Pengambilan vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajiban ini adalah berdosa apabila anak-anal mereka dijangkiti penyakit yang boleh dielakkan.”
Sejak Dr Zulkifli mengeluarkan fatwa tentang isu pengambilan vaksin ini tahun lalu, golongan ini telah melancarkan boikot terhadap beliau dan melahirkan rasa tidak setuju dengan pandangannya itu.
Walau bagaimana pun, ia tidak menjejaskan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap beliau kerana banyak ibu bapa yang sedar akan kepentingan vaksin ini. Kebanyakannya, melahirkan rasa syukur dan menyokong perlantikan beliau dalam kabinet.
Bagi ibu yang pertama kali bakal melahirkan, pasti tertanya-tanya bagaimana proses bersalin akan berlaku? Malah ada juga yang terkejut dan teragak-agak apabila diarahkan untuk berbuat sesuatu. Bagi yang sudah ada pengalaman, sememangnya sudah bersedia dari segi mental.
Perkongsian yang dikongsi oleh confinement helper ini sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran buat mama semasa proses melahirkan nanti. Ambil ilmu sebanyak mungkin supaya proses melahirkan si manja anda mudah dan lancar.
Sakitnya contraction….macam ni ke mak sakit melahirkan saya dulu?
Ya Allah, bila sakit ni bakal berakhir?
Selepas CTG dipasang, bacaan graf menunjukkan contraction kuat setiap sepuluh minit. Ibu hamil mengeliat atas katil setiap kali contraction menahan sakit. Nurse datang dan pakai glove.
“Puan, buka seluar ya saya nak check bukaan berapa cm dah.”
Ya, jujur…malu nak londeh panties dan tak pakai apa di pinggang. Tapi kaklong dah pesan dalam kelas, pergi nak bersalin, pakai disposable panties. Sebab apa, kalau dah betul nak beranak kita kena tanggalkan seluar dalam. Korang tanggal dan buang terus. Tak perlu pikir lagi bab seluar dalam tu. Memang tak ada sesiapa pun yang masuk bilik bersalin dengan seluar dalam masih rapi di pinggang. Tak ada!
Nak beli disposable panties, beli yang material cotton, dan saiz besar. Korang akan selesa bila pakai lepas bersalin juga. Jangan pilih yang non woven material, sebab kalau dalam pantang kita kuat berpeluh so tak selesa. Lagipun nanti akan melecet celah kangkang.
Tapikan, kalau korang pergi hospital sebab air ketuban dah pecah atau leaking, pakai seksiap dari rumah overnight panties pad tu. Jangan dok pi hospital sambil air meleleh atas lantai k?
Selepas kita tanggalkan panties, dan check bukaan, diorang perlu prepare patient masuk ke bilik bersalin jika sudah bersedia untuk bersalin.
Antara ayat yang akan diorang cakap suruh tanggalkan baju dan pakai pakaian hospital. Jadi, bila nak ke hospital sentiasa pilih pakaian yang mudah ditanggalkan sendiri tanpa bantuan (jika perlu).
Ayat seterusnya, puan tanggalkan barang kemas jika ada atau mungkin contact lens (jika perlu masuk dewan bedah). Jadi kalau boleh tak perlu pakai barang kemas masa nak ke hospital agar hati tenang barang berharga tak hilang. Jika korang pakai contact lens, sila bawa spec mata atau contact lens extra (just in case).
Korang akan masuk bilik bersalin tanpa kasut, ok? So mudahkan tugasan suami dengan sediakan satu laundry net agar suami terus masukkan baju, tudung, bra yag dah kita pakai untuk dibawa balik. Kasut pulak, sediakan satu plastik untuk suami masukkan dan tinggal pada kita di katil wad nanti. Bagitau husband, “Kasut i jangan bawak balik pulak!”
Korang tahu tak, ada wanita yang terbuang air besar ketika bersalin?
Normal tak? Jangan malu, ia adalah normal kerana otot yang digunakan ketika melahirkan adalah sama dengan otot ketika membuang air besar.
Tahu tak masa permulaan contraction, kebanyakan wanita akan ulang alik ke tandas kerana terasa seperti nak membuang air besar. Semakin lama semakin kerap dan semakin kuat sehingga kan dah tak ada apa yang nak ditinjakan. Kenapa? Itu caranya Allah membersihkan dahulu saluran najis sebelum bayi keluar.
Namun kadang kadang ketika meneran ada juga terkeluar sedikit. inshaaAllah, jururawat dalam bilik bersalin dianugerahkan Allah tinggi kesabarannya. Mereka akan bersihkan dan ganti alas baru.
Semoga mommy pertama kali bakal bersalin dipermudahkan urusan. Dan semoga sedikit sebanyak perkongsian ini memberikan anda gambaran jelas tentang keadaan yang bakal berlaku di dalam bilik bersalin.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Adam kata sakit sikit masa kencing tapi saya tengok tak ada apa apa pun’
‘Eh, kenapa ye bila Adam kencing macam ada bengkak kat hujung?’
‘ Haih..Adam demam lagi..asyik kena jangkitan air kencing je’
Pernahkah persoalan-persoalan seperti di atas bermain-main di fikiran anda? Tambahan pula bila melihat kemaluan anak lelaki atau zakar si kecil yang kembang pada hujungnya dan menjadi seakan belon yang hendak meletup.
Bukan itu sahaja, jangkitan air kencing juga antara penyebab si kecil sering demam dan tidak sihat. Apakah ada sesuatu yang tidak kena pada kemaluan mereka? Jika itu yang berlaku kepada anak lelaki anda, keadaan tersebut dikenali sebagai Phimosis yang mana ia boleh berlaku kepada kanak-kanak lelaki. Dr Shazly Bin Safian, Pakar Bedah Am dari Pantai Hospital Laguna Merbok mengulas lanjut mengenai permasalahan ini.
Senario di atas merupakan perkara yang biasa dilalui oleh para ibu bapa yang mempunyai anak lelaki. Sekiranya anak-anak lelaki ada melalui keadaan seperti di atas, ada kemungkinan besar mereka mempunyai masalah ‘phimosis’.
‘Phimosis’ merupakan satu keadaan di mana ‘prepuce’ atau kulit di bahagian kemaluan lelaki tidak dapat ditarik ke belakang melepasi ‘glans penis’ atau kepala zakar. Phimosis terbahagi kepada dua, iaitu ‘physiological phimosis’ dan ‘pathological phimosis’.
Menurut Dr Shazly, adalah normal kulit tersebut tidak dapat ditarik ke belakang sehingga sekurang-kurangnya umur 3 tahun dan ini dianggap sebagai ‘physiological phimosis’. Namun, apabila seseorang kanak kanak lelaki menghadapi masalah kencing, maka ia dianggap sebagai ‘pathological phimosis’.
“’Pathological phimosis’ kebiasaannya berlaku apabila bukaan bahagian hujung kulit kemaluan menjadi sempit. Bukaan yang sempit menyukarkan air kencing untuk keluar dan keadaan ini biasa berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut pernah mendapat jangkitan di kawasan tersebut atau terdapat terlalu banyak ‘smegma’ dibahagian ‘glans penis’. Smegma merupakan sel sel mati dan rembesan minyak dari kulit dan berwarna putih. Smegma yang terlalu banyak adalah punca pembiakan bakteria dan seterusnya jangkitan di bahagian kemaluan.” Kata Dr Shazly.
Info ringkas tentang Smegma berlebihan :
Antara tanda-tanda kanak-kanak lelaki menghidap phimosis adalah kerap berlaku jangkitan di bahagian kemaluan dimana kulit menjadi merah, kerap mendapat jangkitan air kencing, selalu mengadu sakit ketika hendak kencing dan apabila kencing, kulit dibahagian hujung mengembung sebelum air kencing keluar atau dalam bahasa perubatan ‘ballooning’ berlaku.
Apa yang perlu anda lakukan jika didapati anda mengalami masalah phimosis ?
Sebaiknya, jumpa dengan doktor untuk pendapat. Bagi mengelakkan berlakunya phimosis, ibu bapa seharusnya perlu menarik sedikit kulit kemaluan ke belakang dan membersihkan bahagian hujung kulit itu. Perlu diingatkan untuk tidak menarik terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kesakitan.
Cara untuk merawat kanak-kanak lelaki yang menghidap phimosis adalah dengan ‘circumcision’ atau sunat. Bagi kanak-kanak yang boleh memberi kerjasama, prosedur ini boleh dilakukan secara bius setempat, jika tidak ia akan dilakukan di dalam dewan bedah dengan bius penuh.
Alternatif yang lebih baik, adalah sunat ketika masih bayi, seawal hari kedua kelahiran. Prosedur hanya mengambil masa 15 minit, dilakukan dengan bius setempat dan proses penyembuhan yang sangat cepat, seawal 7 hari sama dengan tertanggalnya tali pusat.
Elakkan penggunaan sabun yang terlalu kuat untuk mencuci kulup. Jangan terlalu kasar apabila menarik kulup. Oleh itu, disarankan ibu bapa membawa anak anak berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat mana-mana simtom seperti di atas agar pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!