Kehamilan

“Where’s My Boy?” Dia Tendang! Ibu Kongsi Manfaat Rangsang Bayi Dalam Kandungan Dalam Pa&Ma TV

Share

Meransang bayi dalam kandungan memang bermanfaat untuk perkembanganya. Perkongsian ibu ini boleh dijadikan panduan kepada ibu hamil lain.

 

Puan Syakila Amarudzi, 22 tahun,yang muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 6bertajuk Rangsang Bayi Dalam Rahim yang ke udara pada 16 April 2019 berkongsi tentang beberapa cara yang digunakan olehnya untuk merangsang bayi sulungnya, Muhammad Eusoff Alfie ketika dalam kandungan.

 

PERKEMBANGAN OTAK & BONDING DENGAN ANAK 

“Sebab utama saya melakukan rangsangan kepada bayi ialah untuk memastikan perkembangan otak dan mata anak  berkembang dengan baik. Saya pasti semua ibu nak yang terbaik untuk anak. Kedua, saya nak cipta bonding dengan anak oleh kerana semasa tempoh kehamilan, saya berjauhan dengan suami kerana masih belajar,” kata ibu muda ini.

Selepas lahir, Eusoff ceria dan aktif.

TEKNIK FLASHLIGHT, MUZIK & AYAT AL-QURAN

Mengulas mengenai teknik yang digunakan,Syakila  menggunakan teknik flashlight untuk merangsang penglihatan bayinya. Dia juga turut membaca buku cerita dengan intonasi yang menarik.

“Saya juga turut mendengar muzik yang mempunyai tenaga positif serta memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran. Saya juga turut berinteraksi dengan bayi sambil merangsang pergerakan bayi,” kata ibu yang berkelulusan Ijazah Pendidikan Matematik ini.

WHERE’S MY BOY?

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ibu ini ialah apabila dia berhadapan situasi genting dalam peperiksaan. “Saya lupa dan hampir “blank” ketika menjawab final sedangkan saya sudah study kesemua topik. Mungkin anak saya serap apa yang saya study?”

Antara momen yang  paling menyentuh hati Syakila ialah apabila di kecil dalam kandungan memberikan respons. “Yang menyentuh hati saya, apabila saya down,saya akan ulang soalan dan dia akan memberi tindak balas seperti menendang seolah-olah tahu apa yang saya sedang rasai.”

Selain daripada rangsangan-rangsangan ini, si kecil dalam kandungan juga mendapat rangsangan lain apabila ibu ini terlibat dengan kelas taekwondo sepanjang kehamilan.

Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rangsangan yang diberikan ibu ini kepada bayinya serta tips daripada pakar, tonton siaran ulangan rancangan TV Pa&Ma 16 April 2019, 9 malam ini di Astro Prima & Astro Prima HD.

IKLAN