
Jika puding karamel biasa menggunakan telur sebagai bahan utama, namun resipi yang dikongsikan ini begitu unik kerana dihasilkan tanpa telur. Pun begitu puding karemel tetap menjadi malah lebih lembut, gebu dan cukup sedap.
Resipi ringkas yang dikongsikan Pn Fatien Zaini ini mama wajib cuba. Memang mudah dan terbaik.

Buat dalam bekas macam ni senang bila nak makan. Sedap makan sejuk-sejuk ni.
Resepi:
Bahan caramel:
* 1 cwn gula
* 1/2 cwn air
Bahan puding:
* Agar-agar serbuk 10g (plain)
* 4 cwn air
* 1 tin susu cair
* 1 1/2 cwn susu pekat (ikut kemanisan tekak masing-masing ya)
* 3 1/2 sdb tepung kastard
* 1 sdk esen vanilla
* Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)

1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan ya.
2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.

4. Masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dalam agar-agar. Biarkan mendidih.
Wajib cuba: Resipi Tepung Pelita Tak Perlu Kukus, Guna Sukatan Cawan Je, Confirm Sedap & Wangi!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


















Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.
Rebus ikan sampai kuah sedikit kering. Tak perlu kering sangat.
Dah siap buka api kecik je setengah jam. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat, tambah air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dalam peti makin sedap. Akak simpan sekali dengan periuk, nak makan, keluarkan dari peti, panaskan atas dapur senang.
Dah siap tadi, akak tambah air panas lagi 1 cawan, sebab kita orang suka makan kuah dia.
Kalau malas nak goreng, makan macam tu je pun sedap.
Boleh layan macam macam ni. 
