Tiada manusia yang sempurna, bukan? Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak. Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan!
Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa? Secara jujurnya, sikap itu wujud. Cuma anda sebagai ibu bapa mungkin tidak menganggap apa yang anda lakukan itu sesuatu yang mungkin menyebabkan wujudnya persekitaran negatif.
Tidak mengapa. Berikut disenaraikan 7 sikap untuk anda semak. Jika ada, haaa…cepat-cepatlah berubah, okay?
Bersaing menjadi ibu bapa terbaik
Sebagai ibu bapa sepatutnya anda berganding bahu dengan pasangan untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya, wujud sesetengah pasangan yang berkelakukan seperti ia adalah 1 persaingan.
Tetapi tahukah anda, persaingan seperti itu adalah tidak sihat? Kerana keluarga yang kuat adalah apabila wujud kerjasama sebagai 1 pasukan.
Cuba membuktikan anda adalah yang terbaik berbanding pasangan merupakan 1 sikap yang tidak baik dan contoh negatif kepada anak-anak.
Berbeza gaya keibubapaan
kesan kepada anak
Ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza antara satu sama lain memberikan kesan kepada anak tanpa anda sedari.
Ads
Mungkin pasangan anda cenderung menjadi ibu bapa yang bersikap tegas, manakala anda pula menjadi ibu bapa dengan sikap yang terlalu tenang – tujuan anda adalah untuk memberikan keseimbangan dalam gaya keibubapaan, tetapi adakah ia bagus?
Sebenarnya TIDAK. Memilih untuk mewujudkan peranan “ibu/bapa yang baik dan ibu/bapa yang garang” boleh menyebabkan anak-anak untuk memanipulasikan keadaan. Ia sudah tentu tidak bagus kepada persekitaran anak-anak.
Jika anda dan pasangan tidak bersetuju dalam hal melibatkan disiplin, berbincanglah. Dapatkan kata putus tentang cara untuk mengaplikasikan peraturan dalam rumah yang boleh diterima anda berdua.
Terlalu mengkritik
Mengkritik adalah 1 cara untuk menjadikan diri lebih baik dan membuatkan kita belajar untuk menjadi lebih baik.
Tetapi mengkritik anak secara keterlaluan adalah 1 sikap toksik ibu bapa yang harus disingkirkan. Ia adalah antara kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa.
Kononnya bagi mengelakkan anak-anak daripada melakukan kesilapan. Namun, sikap seperti ini pada hakikatnya membuatkan wujud rasa tidak puas hati dalam diri anak, sekali gus mengakibatkan mereka menjadi pendendam.
Ads
Halang anak luahkan emosi
Sebagai ibu bapa, anda pasti mahukan anak-anak untuk bersikap terbuka – meluahkan apa yang mereka rasai. Tetapi apabila mereka mahu berkongsi dengan anda tentang apa yang mereka lalui atau rasai, anda memperkecilkan mereka.
Sudah tentu lama-kelamaan, sikap toksik anda itu membuatkan anak-anak tidak lagi mahu berkongsi apa-apa dengan anda. Bukankah itu 1 kerugian buat anda?
Membuatkan anak takut
Anak yang dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang, diberikan sokongan dan hubungan sosial yang seimbang cenderung membesar menjadi individu dewasa yang bahagia.
Namun, anak yang dibesarkan dalam persekitaran “rasa takut kepada ibu bapa” boleh memberikan impak negatif kepada tumbesaran mereka.
Walaupun disiplin itu penting, namun ia tidak bermakna perlu membuatkan anak-anak berasa takut semata-mata untuk mewujudkan rasa hormat kepada anda sebagai ibu bapanya.
Berpakat dengan anak
Anda pernah berpakat dengan anak untuk merahsiakan sesuatu perkara daripada pasangan anda? Hmmm…rasanya macam tidak pernah? Ye ke?
Ads
“Mama nak beli baju ni, awak jangan bagitau Papa, okay?” Haaa…pernah gunakan dialog seperti itu kepada anak?
Anda mungkin berasakan ia bukan 1 masalah. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya antara sikap toksik ibu bapa yang sangat perlu dielakkan. Ini kerana tabiat seperti itu seolah-oleh mengajar anak untuk menipu.
Tidak bersetuju secara terbuka
Berselisih faham atau bertengkar secara terbuka di hadapan anak-anak bukanlah 1 contoh yang baik. Ia secara tidak langsung cenderung menimbulkan rasa tidak hormat anak kepada ibu bapa.
Sekiranya wujud situasi anda tidak bersetuju dengan pasangan anda, lakukan perbincangan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan meninggikan suara atau menjerit. Jadilah contoh terbaik untuk anak-anak.
Apa yang dikongsikan di atas adalah antara sikap toksik ibu bapa yang kerap kali dilakukan tanpa anda sedari. Sebaiknya, berbincanglah dengan pasangan untuk mengurangkan atau menyingkirkan segala sikap yang negatif tersebut.
Jika tidak mampu, anda dan pasangan mungkin memerlukan bantuan pakar. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan, kerana ini adalah demi kesejahteraan keluarga. Anak-anak hanya mahukan ibu ayah yang gembira, bukan sempurna. Kerana keluarga yang sempurna itu tidak wujud.
Privasi di bilik tidur suami isteri adalah RAHSIA suami isteri. Sebab itulah tiada istilah ‘sporting’ untuk orang lain masuk sesuka hati. Kenapa? Ikuti perkongsian ini.
BILIK TIDUR SUAMI ISTERI
Tahu tak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privasi, sesiapa pun tak boleh masuk.
Dalam Islam, ada masa kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik ibu bapa atau bilik yang ada pasangan suami isteri :-
1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak
Anak-anak dilarang masuk ke dalam bilik IBU BAPA. Ibu bapa dilarang masuk ke dalam bilik ANAK-ANAK yang dah berkahwin.
Saudara dilarang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin. Apatah lagi tetamu, dilarang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.
Dalam bilik tidur ada privasi yg tak boleh orang tengok, hatta ‘katil’ itu sendiri privasi utama pasangan suami isteri.
Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.
Kalau ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.
Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesannya pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.
Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan dibalas dengan hormat.
Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yang memang bukan untuk ‘sporting’.
Kredit: Puan Khalida
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Menjadi ibu bapa bukan mudah lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak-anak yang sedang membesar, aktif dan panjang akal. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk mengawal tingkah laku anak-anak.
Tingkah laku anak-anak boleh berubah sekelip mata jika ada keinginan mereka tidak dipenuhi. Ketika inilah ibu bapa harus bijak untuk menangani masalah. Kekasaran serta kata-kata kesat tidak akan membantu memulihkan situasi.
“Nak kena lempang ker!..Don’t run like a crazy dog!”
Ini perkataan yang saya dengar dan lihat dari seorang ibu pada anaknya dalam kedai DIY di sebuah shopping mall semalam. Wah, dah nak kena lempang, jadi anjing gila pulak. Saya tengok muka adik kecil tu terkebil2 diam.
Mak ayah,
Memang stress bawa anak2 pergi mall. Kalau tak bersedia hadapi tingkah laku mereka, jangan pergi. Jika tidak itulah ayat yang keluar bila anak kita tak dengar cakap.
Bahasa ialah adab. Bila dihamburkan sebegitu pada anak kecil yang tak tahu menilai, di khalayak ramai maka bersedialah untuk menerima kesannya. Ia satu kesan jangka panjang. Kita akan tuai hasilnya kemudian. Kita akan melahirkan anak yang akan marah atau memberontak seperti kita bila keinginan mereka tak dipenuhi.
Bahasa kita pada suami, layanan kita pada mak ayah di kampung, tingkahlaku kita dengan pembantu rumah, jiran dan juga cara kita berinteraksi dengan Allah dalam masalah ibadah, semuanya diperhalusi anak2 tanpa kita sedar. Anak2 mungkin gagal dengar cakap kita, tapi mereka tak pernah gagal meniru tingkahlaku kita.
‘Action Speaks Louder Than Words’.
Yang suami pun 1, kadang2 bagilah isteri masa sikit untuk ‘me time’. Bagi mereka jalan2 di mall tanpa hiruk pikuk anak2 sekali sekala. Biar dia berjalan melenggang ke dalam Kaison dan Daison. Pergi DIY. Biar dia berangan apa barang deco dia nak beli. Dapat berangan pun 1 anugerah release tension walau pun barang tu x beli pun. Baru berangan saja. Last2 keluar beli pasu bunga kecil atau frame gambar RM10. Itu pun dah dapat menenangkan hati yang terbeban dengan urusan rumah tangga.
Keluar DIY dapat pula Tealive Brown Sugar Pearl Milk Tea. Insya Allah balik rumah nanti boleh lipat baju dengan senang hati.
Kadang2, tekanan itu dari persekitaran. Boleh juga dari pasangan kita. Namun apa jua masalah, berhati2lah dengan bahasa kita pada anak.
“Anak umpama kain putih, kitalah yang mencoraknya”
Semua ibu bapa pasti ada pengalaman termarah anak. Kadang perkara ini berlaku tanpa disengajakan kerana diri terasa penat dan apabila anak tersilap buat sesuatu yang tak disengajakan, kita memarahinya seolah-olah anak melakukan silap besar.
Keadaan ini jika tak diatasi dengan sebaiknya, risau anak memendam perasaannya dan akan beri kesan pada tingkah laku apabila semakin meningkat dewasa.
Menerusi perkongsian Puan Alina Adenan ada beberapa cara ibu bapa boleh lakukan jika kita rasa nak termarah anak.
Pernah ke rasa penat dengan anak-anak?
– Rasa cepat marah/ geram.
– Rasa nak mengamuk even kesalahan kecil anak jer.
– Rasa annoying.
Sedar atau tidak, bukan anak puncanya. Tapi fikiran kita yang tengah serabut dan bukan dalam mood rest.
Tarik nafas, tenang.
Tarik nafas, lepas.
Tarik nafas, fikir semua yang baik-baik dan syukur.
– Declutter mind.
– Kalau rasa banyak kerja, buat list to-do.
– Elak jadi perfectionist.
– Utamakan yang penting dahulu. Yang boleh hold, hold je. Jangan stres.
– Jangan bertangguh.
– Banyakkan syukur sebab ada orang, bertahun tunggu anak.
Make a simple life. Try untuk jadi diri yang best untuk diri sendiri. Mak yang cheerful untuk anak-anak.
Isteri yang tenang untuk suami. Anak dan adik-beradik yang supportive. Kawan-kawan yang memahami.
Bila kita tenang dan tak serabut, susah kita nak marah tau. Dah ter-marah anak? Go hug & kiss!
Kena selalu ingat, anak-anak kita tu kecik lagi. Memang fasa mereka explore dunia. Keep calm okay?
Jom #jomjadiparentsbest. Share supaya kita semua kekal tenang bila ada masalah.
InshaAllah.
Kredit: Alina Adenan
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.