Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mesti mengimpikan kebahagiaan sampai ke syurga. Tak kisahlah baru kahwin atau dah bertahun-tahun hidup bersama, semua orang nak pasangan yang sentiasa ada, anak-anak yang baik, dan keluarga yang dilimpahi kasih sayang.

“Ya Allah, Satukan Hati Kami Sampai Akhir Nanti…” – Doa Kecil Yang Boleh Selamatkan Perkahwinan

Suami harap isterinya jadi bidadari syurga, isteri pula doa suaminya dipermudahkan urusan dunia akhirat. Tapi… macam mana sebenarnya nak capai rumah tangga yang berkat dan penuh ketenangan?

Kunci Utama: Kuatkan Hubungan Dengan Allah

Apa-apa pun dalam hidup, hubungan kita dengan Allah SWT kena jaga dulu. Bila kita rapat dengan-Nya, hati kita pun akan rasa tenang, kurang stres dan lebih reda dengan apa saja yang jadi. Automatik, hubungan suami isteri pun jadi lebih harmoni. Kalau ada masalah, kita lebih mudah untuk berbincang dan tak cepat melatah.

“Ya Allah, Satukan Hati Kami Sampai Akhir Nanti…” – Doa Kecil Yang Boleh Selamatkan Perkahwinan

Ads

Amalkan Doa Bersama Pasangan – Kecil Tapi Sweet

Setiap kali lepas solat, luangkan masa sikit je untuk sedekahkan Al-Fatihah buat pasangan. Nampak macam kecil, tapi itu sebenarnya tanda kasih sayang yang sangat bermakna. Kalau boleh, duduk berdua dan baca doa-doa khusus untuk kebahagiaan rumah tangga.

Doa-doa ni bukan sekadar lafaz, tapi luahan hati yang kita harap Allah makbulkan. Lagi best kalau dua-dua amalkan bersama, sebab usaha membina kebahagiaan tu kena datang dari dua pihak, bukan sebelah je.

Bukan Sekadar Doa, Tapi Adab Pun Penting

Ads

Doa tanpa adab umpama hadiah tanpa balutan. Masa berdoa, kita kena pastikan hati bersih, niat ikhlas, dan yakin dengan kuasa Allah. Doa tu bukan jampi, tapi penghubung antara kita dan Tuhan.

“Ya Allah, Satukan Hati Kami Sampai Akhir Nanti…” – Doa Kecil Yang Boleh Selamatkan Perkahwinan

Kalau kita minta dengan bersungguh-sungguh dan penuh yakin, in-sya Allah rumah tangga kita pun akan dipayungi rahmat dan lindungan-Nya. Yang penting, jangan jadikan doa ni sebagai ‘last resort’, tapi jadikan amalan harian.

Ads

Satu Lagi Amalan Power – Doakan Dalam Diam

Kadang kita tak sedar, doa paling kuat ialah yang kita lafaz dalam diam. Waktu suami tengah tidur, isteri boleh bisik doa untuk dia dalam hati. Atau waktu isteri tengah penat masak kat dapur, suami boleh doa supaya Allah beri dia kekuatan. Nampak macam tak ada apa-apa, tapi sebenarnya inilah bentuk cinta paling murni – yang tak perlukan spotlight.

“Ya Allah, Satukan Hati Kami Sampai Akhir Nanti…” – Doa Kecil Yang Boleh Selamatkan Perkahwinan

Akhir Kata: Bahagia Itu Diusahakan, Bukan Ditunggu

Tak ada rumah tangga yang sempurna, tapi ada rumah tangga yang berusaha untuk saling melengkapi. Usaha, doa, sabar, dan komunikasi yang baik – itulah resipi sebenar untuk kekal bahagia. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah dan tak pernah putus harap, pasti Allah akan bantu pelihara rumah tangga kita. Jom amal sama-sama, semoga cinta yang kita bina hari ini, kekal sampai ke syurga nanti.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI