Pelakon Datin Anne Ngasri kini sudah tujuh bulan hamil anak kelima. Anne atau Nasriah Ngasri, 34, berkata dia dan suami, Datuk Mohd Sumali Reduan tidak merancang kehamilan itu namun gembira apabila diberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Pada mulanya terkejut juga bila dapat tahu saya hamil kerana anak saya yang terakhir pun sudah masuk usia lima tahun.
“Pun begitu perasaan teruja itu ada terutamanya anak-anak kerana bakal dapat adik perempuan.
Ads
“Rasanya mungkin sekarang masa sesuai untuk timang anak lagi memandangkan empat anak saya yang lain sudah pun besar,” katanya.
Bercerita mengenai pengalaman kehamilannya kali ini, Anne berkata, ia tidak banyak beza namun mengakui gemar makan ais krim sepanjang mengandung.
Ads
Tambahnya, kehamilan kali ini juga dia pertama kali merasai pengalaman minum air gula ketika melakukan pemeriksaan bagi memastikan paras gula dalam badan berada dalam keadaan stabil.
“Ya Allah! Seksanya nak telan air gula tu… Empat kali saya hamil sebelum ini belum pernah kena minum air itu.
Ads
“Ia pengalaman baru buat saya walaupun sudah empat kali bersalin. Mengidam itu tidak ada sangat cuma saya gemar makan ais krim,” jelasnya.
Sumber: Astro Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengumumkan kehamilan dirinya selepas tiga tahun berkahwin, pelakon Raja Ilya tampil berkongsi jantina anak sulungnya itu.
Melalui satu entri yang dimuat naik pelakon yang kini menetap di Australia itu, Raja Ilya dan suami berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata perempuan.
Memuat naik satu videonya bersama suami dan ahli keluarga sambil memotong kek sekaligus mengumumkan jantina bayinya.
“Wow, so excited. Memang nak sangat girl as our first child. Boleh melaram sekali, doll up. Omg so so excited. Syukur Alhamdulillah.
“Allah tahu yang terbaik untuk kami. Amin. Nasib baik bukan bayi lelaki. Kita tak ada pengalaman sangat mengendalikan bayi lelaki.
“Sebelah (keluarga) Trent pula, semua lelaki. Jadi, mereka memang mengharapkan ada bayi perempuan dalam keluarga,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, rata-rata kesemua ahli keluarga suaminya, Trent kelihatan begitu teruja ketika memotong kek coklat yang disediakan dengan krim berwarna merah jambu di bahagian tengahnya.
Dalam pada itu, Raja Ilya turut mengucapkan terima kasih atas doa semua di Instagramnya malah mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan bayi dalam kandungan.
“Ramai yang teka bayi lelaki. Saya hargai tekaan anda semua.
“Yang penting, bayi sihat walafiat. Terima kasih untuk semua doa dan ucapannya,” tulisnya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan satu perjalanan kehamilan yang biasa. Inilah yang diakui oleh pelakon, Mia Ahmad mengenai kehamilan anak ketiganya kali ini.
Menurut perkongsian Mia di Instagramnya, di awal trimester pertama, dia bukan hanya mengalami alahan yang teruk bahkan Mia, dia juga diuji dengan demam denggi.
Mia yang kini hamil hampir enam bulan mengakui ia bukan satu perjalanan yang mudah untuknya. Bukan hanya tidak lalu makan bahkan dia juga alah pada bau-bauan di sekelilingnya.
“Pregnancy journey kali ni tak mudah. 1st trimester hari tu memang not easy for me.
“Morning sickness teruk, tak lalu makan, tak boleh bau makanan, bau perfume, eh segala jenis bau lah. Di uji pula kena warded disebabkan denggi. Betul lah orang cakap every pregnancy tu journey dia tak sama,” kongsinya.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, di ketika dirinya diuji sebegitu hebat, dia mula menginsafi diri malah betapa besarnya pengorbanan setiap ibu ketika hamil.
“Ujian masalah kesihatan ni sebenarnya lebih besar dari ujian masalah yang lain sebab kita nak solat pun jadi susah nak khusyuk, nak ibadah apa pun jadi ikhlas dengan tidak.
“Waktu ni lah teringat ruginya waktu sihat dulu tak beribadah sebaiknya. Bila sakit asyik ingat Allah, nikmat sebenarnya tu tapi tulah saya ni insan yang lemah banyak rasa nak nangis je.
“Time ni jugalah teringat perngorbanan ibu kita. Mak-mak dulu beranak bukan satu dua ye macam manalah diorang hadap.. hebat betul!
“Ya Allah, terimalah segala amalan ibuku sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya,” kongsinya lagi.
Mia yang kini sudah pun berada di trimester kedua kini mengakui sudah pun semakin baik malah selera makannya kian bertambah baik.
“Doakan saya dipermudahkan urusan pregnancy kali ni ya.
“Sekarang dah stable, kerja nak makan jelah pula. Nak makan tapi kena sekat,” kongsi Mia lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pelakon berbakat ini turut sama menitipkan ucapan tahniah serta turut mendoakan kesejahteraannya sepanjang hamil.
Kekejangan otot kaki menyakitkan. Hanya orang yang pernah melalui akan tahu betapa sakit rasanya. Ditambah pula dalam keadaan perut yang semakin membesar, anda tentunya sukar untuk meluruskan kaki, menghilangkan rasa kejang.
Menurut Dr Nurhazinat, pakar perbidanan dan sakit puan, otot kaki menampung berat badan yang berlebihan semasa hamil. Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. Hal ini berlaku bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil. Kehadiran hormon progesteron memberi kesan kepada ketahanan atau kekuatan otot kaki sepanjang kehamilan.
Kenali punca
Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Mama perlu peka faktor yang mungkin menjadi puncanya.
Serangan malam
Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Kata Dr Nurhazinat, kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka, tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika anda sedang berehat.
Cara elak kejang betis
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.
Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur, boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding, letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang anda lurus dan paha ke hadapan. Kemudian, tukar kaki dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5 – 10 minit.
Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Anda perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.
Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Anda juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium, membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
Minum air mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka dengan warna air kencing! Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang mencukupi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...