Pelakon Datin Anne Ngasri kini sudah tujuh bulan hamil anak kelima. Anne atau Nasriah Ngasri, 34, berkata dia dan suami, Datuk Mohd Sumali Reduan tidak merancang kehamilan itu namun gembira apabila diberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Pada mulanya terkejut juga bila dapat tahu saya hamil kerana anak saya yang terakhir pun sudah masuk usia lima tahun.
“Pun begitu perasaan teruja itu ada terutamanya anak-anak kerana bakal dapat adik perempuan.
Ads
“Rasanya mungkin sekarang masa sesuai untuk timang anak lagi memandangkan empat anak saya yang lain sudah pun besar,” katanya.
Bercerita mengenai pengalaman kehamilannya kali ini, Anne berkata, ia tidak banyak beza namun mengakui gemar makan ais krim sepanjang mengandung.
Ads
Tambahnya, kehamilan kali ini juga dia pertama kali merasai pengalaman minum air gula ketika melakukan pemeriksaan bagi memastikan paras gula dalam badan berada dalam keadaan stabil.
“Ya Allah! Seksanya nak telan air gula tu… Empat kali saya hamil sebelum ini belum pernah kena minum air itu.
Masa mengandung bukan ibu sahaja yang kena jaga kelakuan tetapi ayah pun sama. Perangai ayah terhadap isteri semasa mengandung mempengaruhi kelakuan bayi kelak.
Pernah tak anda perasan si kecil yang baru menginjak usia setahun sudah semakin bijak dan adakalanya menunjukkan kelakuan seperti orang dewasa. Kadang kala perangainya saling tak tumpah seperti si ayah!
Si kecil sudah pandai bersuara garang dan meninggi suara, padahal tak pernah pula kita mengajar dia berkelakuan sedemikian. Dalam fikiran mulalah terbayang ini mesti pengaruh kawan-kawan yang sama tinggal di taska atau rumah pengasuh.
Sebenarnya tanpa kita sedari, tindak-tanduk kita sendiri yang telah mempengaruhi dan membentuk karektor si anak. Orang tua-tua selalu pesan kalau tengah mengandung, ibu perlulah menjaga kelakuan dan kata-kata. Takut nanti anak dalam kandungan ikut perangai yang tak elok.
Tetapi kita lupa bahawa bukan ibu sahaja yang perlu menjaga perilaku sebaliknya bakal ayah juga perlu menjaga perangai dan tindak-tanduknya terhadap isteri yang sedang hamil.
Perkongsian daripada Dr.Suriyakhatun, sangat menarik untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu dan ayah sekalian.
Menurut beliau perangai dan tindak-tanduk ayah terhadap isterinya dan perasaan serta emosi ayah semasa ibu sedang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung! Emosi ayah semasa ibu mengandung mempengaruhi perkembangan anak yang dikandung.
Beliau yang menghadiri bengkel Homeopathy di Cyberjaya University College of Medical Sciences turut tertarik dengan perkongsian daripada salah seorang pensyarah jemputan iaitu Professor Dr Parinaz Humranwala.
Dr Parinaz telah menghasilkan sebuah software yang boleh menganalisa ‘temperament’ seseorang dan dikaitkan dengan ubat homeopati yang serasi.
Dr. Suriyakhatun memberitahu pengalamannya menemui ramai ibu hamil yang tertekan dengan suami mereka dan mengadu tentang perbuatan suami sepanjang mereka mengandung.
Jaga Kelakuan Ya Bakal Ayah!
“Ada kalanya saya akan panggil suami mereka untuk terangkan kepadanya supaya lebih prihatin dan berikan perhatian yang lebih kepada isteri serta sabar melayan kerenah isteri yang sedang mengandung namun tidak semua suami boleh terima apa yang saya katakan.”
Kongsinya lagi, Dr Parinaz turut menceritakan sebuah kisah seorang suami yang pemabuk (di India) dan sering memukul isterinya setiap malam setelah balik dari ‘bar’ . Keesokan paginya dia amat menyesal dan berjanji tidak akan buat namun tetap mengulanginya juga.
Semasa isterinya mengandung, isterinya membuat keputusan untuk lari dari rumah maka semasa tujuh bulan mengandung dia berpindah ke bandar lain dan mengutus email kepada suaminya memberitahu untuk menuntut cerai dan tidak akan balik lagi.
Semasa anak lelakinya berumur 5 tahun, anaknya telah memukul ibunya pada waktu tengah malam dan keesokan pagi, apabila ibunya bertanya dia menjawab betapa dia sayang sangat kepada ibunya dan tidak pernah dan tidak akan memukul ibunya.
Nyata perbuatan memukul si ibu di tengah malam tidak disedarinya. Mujurlah Dr Parinaz berjaya merawat emosi pelik anak itu. Perangai pelik ini mungkin telah diturunkan kepadanya oleh si ayah semasa ibunya mengandung dahulu.
Apa jua pengaruh buruk yang berlaku semasa ibu mengandung mempengaruhi kandungan dan jangan ingat hanya emosi sahaja yang boleh terjejas, mungkin ada juga fizikal yang akan terjejas!
Sumber: Dr.Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam bekerja dan menguruskan rumah tangga, tanpa sedar seseorang wanita itu cenderung untuk menghadapi stres. Stres bukan sekadar keletihan badan, tetapi lebih kepada mental dan emosi.
Sebenarnya stres boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wanita. Kebanyakan wanita yang bekerja dalam profesion yang banyak memerlukan berfikir, selalunya akan berdepan dengan tekanan.
Melalui penulisannya di blog, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi kisahnya bersama pesakit yang tidak datang haid selama tiga bulan, tetapi bukan kerana mengandung. Menurut pesakit tersebut, dia mengalami tekanan kerja serta desakan dari ibu mertuanya yang meminta dia segara hamil.
Menurut Dr Zubaidi lagi, ramai yang tidak menyangka tekanan emosi dan fizikal ketika bekerja dapat mempengaruhi kesuburan seseorang. Keletihan kerana bekerja selama 10-12 jam dan tekanan dari ketua dan perlu menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita sangat letih.
Keupayaan tubuh dan minda berbeza antara satu sama lain. Mungkin sesetengah wanita boleh hadapi tekanan dengan baik, tetapi ada yang tidak.
Dalam otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia berfungsi untuk mengawal emosi, selera makan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang merangsang pengeluaran ovum dari ovari.
Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH lalu mempengaruhi sama ada kitaran haid pada masa ini mengalami ovulasi atau tidak.
Tahap stres yang keterlaluan pada seorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. keadaan ini dinamakan sebagai stress-induced anovulation.
Jika kitaran haid kali itu tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovam dikeluarka dan tidak dapat disenyawakan. Ini bermakna kehamilan adalah mustahil. Selain itu stres juga akan mengganggu emosi pasangan, sam ada lelaki atau perempuan.
Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terhadap seks atau mengurangkan keinginan untuk ‘bersama’ yang mungkin mengganggu kebarangkalian untuk hamil.
Bagi lelaki yang mengalami stres pula boleh menyebabkan mereka ‘mati pucuk sementara’ (temporary ercetile dysfunction).
Stres dibahagikan kepada dua jenis:
1. Stres yang datang secara tiba-tiba (acute stress)
2. Stres yang selalu berlaku (chronic stress)
Untuk stres yang kronik, selalunya tubuh sudah terbiasa dan lali dnegan keadaan itu. Sebagai contoh, wanita bekerja dengan pelanggan dan sudah biasa dengan kesibukan dan menerima stres itu, maka tubuhnya tidak menghadapi masalah untuk ovulasi (mengeluarkan telur dari ovari).
Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti berlaku kematian dalam keluarga, gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu dan ovari tidak mengeluarkan telur.
Untuk mengetahui tahap stres yang dialami terlalu berat, lendiran yang keluar hanya sedikit dan beberapa hari sahaja. Berbeza dengan wanita yang bebas stres atau kurang stres, menjelang waktu ovulasi akan mengalami lendiran jernih keluar dari faraj dan banyak. Jika haid lewat beberapa hari tiada masalah kerana hanya akan mengganggu sedikit pengeluaran hormon (dan tidak menyebabkan ketidaksuburan).
Bolehlah buat hubungan seks bersama suami seperti biasa. Tetapi sekiranya kitaran haid terhenti selama beberapa bulan, pemeriksaan lengkap harus dilakukan. Lakukan pemeriksaan dengan doktor dan elakkan membeli produk kesuburan yang kononnya boleh membantu kehamilan.
Satu lagi berita baik dikongsikan pada bulan Syawal ini apabila bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim apabila dia memuat naik sekeping foto menarik di laman Instagramnya dengan pengumuman yang mengatakan dia sedang hamil anak ketiga. Ini adalah kehamilan pertama buat Azrinaz hasil perkahwinannya dengan Fairos Khan Abdul Hamid.
Kandungannya kini sudah masuk usia enam bulan. Tarikh jangkaan bersalin untuk anak ketiganya ini adalah pada sekitar awal bulan Oktober ini.
Azrinaz turut dia tidak menghebahkan berita kehamilannya dan sedia berkongsi apabila kandungannya masuk trimester kedua. Azrinaz hamil tanpa sebarang bantuan teknologi perubatan tetapi tidak dinafikan kandungannya tidak mudah kerana hamil pada usia yang bukan remaja lagi, tidak seperti 11 tahun yang lepas.
Katanya lagi, ini semua berkat doa ibu bapa, sahabat serta semua pengikutnya. Dia turut memohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan bayi dalam kandungan.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham – Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi… Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3 – Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu – Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi – With great pleasure, I would like to share the news which we have not shared publicly before. Alhamdulilah, I have passed the 2nd trimester of my pregnancy. Thank you to our parents, friends, and everyone who has always be close to my heart for God gives me the chance to have another baby; for the 3rd time in my life – With His willings, this baby conceived without the help of any modern technology. But I must admit that being pregnant at this ‘not-so-young’ age is not easy as I was, 11 years ago – My hope that you will always pray for the health of my 6-month-old baby and me and insyallah the baby will be born healthy and normal without any complications. So, ladies and gentlemen, I’m pregnant!
Pa&Ma ingin mengucapkan tahniah kepada Azrinaz dan keluarganya atas kandungan ketiga ini. Semoga segala urusan Azrinaz dipermudahkan dan dapat melahirkan anakyang sihat dan comel. Jaga diri baik-baik ya!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.