Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Kongsi Syafiq lagi, dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki untuk menimang cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir sekitar hujung bulan Mei dan Jun nanti.
Teruja dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk bergelar bapa, Syafiq juga turut memohon doa dari semua kehamilan isterinya dipermudahkan hingga detik bersalin.
“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama- sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat,” kongsinya.
Akui Syafiq lagi, dia kini sudah mula mempersiapkan diri untuk bergelar bapa bagi memikul tanggungjawab barunya kelak.
Ads
Malah pelantun lagu Sayang Maafkan Aku ini juga begitu teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada penghujung Mei nanti.
“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.
“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia.
Ads
“Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.
Semoga kehamilan isteri Syafiq dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Ads
Terdahulu, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2021.
Pelakon, Diana Danielle yang sudah memiliki sepasang cahaya mata mengakui belum masanya untuk menambah ahli keluarga buat masa sekarang.
Menurut Diana Danielle, 31, dia ingin lebih memberikan tumpuan dalam membesarkan kedua-dua anaknya yang kini sudah mencecah 9 tahun dan 6 tahun .
“Anak dah besar tambah la lagi sorang” 🤭
“Yes betul anak yang kedua pun dah 6 tahun, tapi bagi D nilah usia diorg perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja. Nampak saja “besar” tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yang makin rumit, makin “deep”.
“Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar. D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup.”
Tambahnya lagi, membesarkan anak bukan mudah dan ikutlah kemampuan bukan hanya dari segi duit malah mental, emosi serta masa lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja sepertinya.
“So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa. The right time will come if and when we feel it should happen. Working moms lagi la fikir lebih.”
“Tak nak baby baru membesar dengan orang gaji, dengan cikgu taska saja. That’s not why we want to have kids.. I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference.”
“Til now – i’ve got a lot more parenting to do. Even with myself”
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Diana termasuklah rakan selebriti.
Diana mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Farid Kamil pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad 9 tahun dan Aurora 6 tahun.
Kredit: Diana Danielle
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu lagi berita baik dikongsikan pada bulan Syawal ini apabila bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim apabila dia memuat naik sekeping foto menarik di laman Instagramnya dengan pengumuman yang mengatakan dia sedang hamil anak ketiga. Ini adalah kehamilan pertama buat Azrinaz hasil perkahwinannya dengan Fairos Khan Abdul Hamid.
Kandungannya kini sudah masuk usia enam bulan. Tarikh jangkaan bersalin untuk anak ketiganya ini adalah pada sekitar awal bulan Oktober ini.
Azrinaz turut dia tidak menghebahkan berita kehamilannya dan sedia berkongsi apabila kandungannya masuk trimester kedua. Azrinaz hamil tanpa sebarang bantuan teknologi perubatan tetapi tidak dinafikan kandungannya tidak mudah kerana hamil pada usia yang bukan remaja lagi, tidak seperti 11 tahun yang lepas.
Katanya lagi, ini semua berkat doa ibu bapa, sahabat serta semua pengikutnya. Dia turut memohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan bayi dalam kandungan.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham – Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi… Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3 – Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu – Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi – With great pleasure, I would like to share the news which we have not shared publicly before. Alhamdulilah, I have passed the 2nd trimester of my pregnancy. Thank you to our parents, friends, and everyone who has always be close to my heart for God gives me the chance to have another baby; for the 3rd time in my life – With His willings, this baby conceived without the help of any modern technology. But I must admit that being pregnant at this ‘not-so-young’ age is not easy as I was, 11 years ago – My hope that you will always pray for the health of my 6-month-old baby and me and insyallah the baby will be born healthy and normal without any complications. So, ladies and gentlemen, I’m pregnant!
Pa&Ma ingin mengucapkan tahniah kepada Azrinaz dan keluarganya atas kandungan ketiga ini. Semoga segala urusan Azrinaz dipermudahkan dan dapat melahirkan anakyang sihat dan comel. Jaga diri baik-baik ya!
Kehamilan luar rahim adalah kehamilan yang terjadi dan membesar di luar rahim. Nisbah 1 dalam 90 kehamilan adalah kandungan luar rahim. Wanita yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim mempunyai risiko yang tinggi untuknya berulang.
Kehamilan luar rahim sangat berisiko dan berbahaya kepada wanita.
Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian, di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.
Kehamilan luar rahim berbahaya kerana apabila kehamilan ini berkembang dan menjadi besar, ianya boleh pecah menyebabkan kesakitan yang amat, dan pendarahan di ruang abdomen.
Kebanyakan kehamilan luar rahim terjadi pada tiub Fallopian ( Tubal Pregnancy ), walaupun begitu, 3-5 % kehamilan luar rahim boleh juga berlaku dimana-mana.
Apakah simptom-simptom kehamilan luar rahim ?
Setiap wanita yang mengalami masalah ini mempunyai gejala yang berbeza-beza. Ada yang tiada langsung simptom, ada yang mempunyai beberapa simptom, malah ada yang ada pelbagai simptom. Lazimya wanita akan mempunyai simptom pada minggu ke 6 kehamilan ( selepas 2 minggu tak datang haid ). Anda mungkin sedar atau tidak sedar anda sebenarnya mengandung lebih-lebih lagi jika haid tidak teratur atau pun kaedah perancangan keluarga anda gagal/tidak berjaya.
Simptom yang berbeza antara individu ke individu menyebabkan ianya bukan perkara yang mudah untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.
Simptom-simptom yang biasa diperhatikan termasuklah :
Adakah saya berisiko untuk hamil luar rahim?
Semua wanita dalam umur reproduksi (child bearing age ) boleh mengalami kehamilan luar rahim. Risiko ini meningkat sekiranya :
Bagaimana kehamilan luar rahim dikenalpasti ?
Hampir kesemua kandungan luar rahim dijangka berlaku pada tempoh kandungan 6 hingga 10 minggu. Walau bagaimanapun kehamilan luar rahim boleh dikesan cepat.
Perlu diingat, sekiranya masih berada di peringkat awal kehamilan, doktor boleh mengambil masa yang sedikit lama untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.
Diagnosis dibuat berdasarkan :
Pemeriksaan doktor – doktor akan menanyakan beberapa soalan berkaitan serta sejarah perubatan kemudian melakukan pemeriksaan kepada abdomen anda. Dengan kebenaran anda, doktor akan melakukan pemeriksan vagina dengan kehadiran female chaperone – untuk menemani anda sepanjang pemeriksaan.
Ujian kehamilan – jika ujian kehamilan belum dilaksanakan, sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusannya negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.
Pemeriksaan ultrasound – alat ultrasound akan dimasukkan secara perlahan ke dalam alat kelamin/ vagina ( transvaginal scan ) kerana pemeriksaan jenis ini lebih tepat berbanding dengan scan yang dilakukan ke atas abdomen ( transabdominal scan ). Maka anda akan diberikan cadangan untuk melalui pemeriksaan transvaginal ultrasound untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan anda. Walaupun begitu, ianya bukan mudah untuk mengenalpasti kedudukan kehamilan lebih-lebih lagi pada peringkat awal kehamilan, dan anda mungkin perlu mengulang pemeriksaan ini selepas beberapa hari.
Pemeriksan darah – untuk memeriksa paras hormon kehamilan ( beta- HCG). Lazimnya, pemeriksaan darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam (doubling time) maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim. Sebaliknya , jika paras hormon in rendah dan tidak meningkat seperti sepatutnya atau kekal pada nilai yang sama, berkemungkinan besar anda mengalami kandungan luar rahim.
Laparoskopi – jika keadaan masih tidak pasti dan masih tidak dapat mengenalpasti lokasi kehamilan, sejenis pembedahan akan dilakukan, anda akan diberikan bius penuh. Beberapa lubang kecil akan dilakukan pada abdomen supaya kamera dan peralatan lain boleh dimasukkan. Jika kandungan luar lahim sudah dikenalpasti, rawatan membuang tiub yang mengandungi kandungan luar rahim akan dilakukan dengan kebenaran anda, sebelum pembedahan ini dilakukan, melainkan dalam keadaan kecemasan yang boleh meragut nyawa.
Bagaimana dengan kehamilan berikutnya ?
Peluang untuk hamil seterusnya bukanlah satu masalah buat anda, walaupun anda mempunyai satu tiub Fallopian tiub sahaja.
Untuk kebanyakkan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10% jika dibandingkan nisbah 1 dalam 90 dalam populasi amnya.
Anda seharusnya berjumpa doktor awal bila mengetahui anda sebenarnya hamil. Pemeriksan ultrasound akan dilakukan awal dalam 6 hingga 8 minggu kehamilan untuk memastikan kandungan anda kali ini berada dalam rahim.
Jika anda belum lagi bersedia untuk hamil, boleh dapatkan khidmat nasihat perancangan keluarga dari klinik perancangan keluarga ataupun doktor sendiri kerana ada jenis-jenis perancangan keluarga yang lebih sesuai selepas mengalami kehamilan luar rahim.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.