Agak sukar untuk kita berkata ‘jangan’ atau ‘tidak’ kepada anak. Bimbang jika sering mengucapkan kata-kata ini, anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif. Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan. Namun dua kata “ajaib” inilah yang selama ini terbukti paling mujarab untuk menghentikan kenakalan anak.
Tapi bukan bererti kedua kata ini tidak boleh digunakan sama sekali. Asalkan penggunaannya pada tempat dan situasi yang tepat, kata-kata tersebut boleh digunakan untuk mendidik anak menjadi seorang yang positif.
MENGAPA TIDAK BOLEH KERAP MENGGUNAKAN JANGAN DAN TIDAK?
#Anak yang sering mendengarkan kata tersebut cenderung takut, serta hanya melakukan sesuatu jika diminta, termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan kelak anak ini akan menjadi anak pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif.
#Anak ini pertumbuhan menjadi individu yang tidak berdikari dan selalu bergantung pada orang lain dan tidak mahu belajar sendiri.
Ads
#Anak tidak terlatih untuk membuat keputusan yang baik untuk dirinya, kerana berasa takut akan salah dan rendah diri.
#Perkembangan motorik halus dan kasar anak terlambat.
Ads
#Anak jadi malas melakukan penerokaan dan mempelajari hal-hal baharu dalam hidup.
APA YANG HARUS DILAKUKAN IBU BAPA LAKUKAN?
Ada beberapa hal yang boleh dilakukan agar anda tidak terlalu sering mengucapkan “jangan” dan “tidak” pada anak. Kuncinya, berikan alasan dan solusi agar anak memahami alasan anda melarangnya. Lakukanlah hal tersebut mulai sekarang! Caranya ialah:
Anak aktif
Biasanya anak gemar menyentuh barang yang menarik perhatiannya. Jadi, sebaiknya anda simpan atau menjauhkan barang-barang tersebut dari jangkauan anak. Barang tersebut antaranya hiasan yang diletakkan di lantai atau meja yang rendah, barang yang mudah pecah serta alat-alat elektronik.
Jelaskan dan berikan alternatif lain sebagai pengganti dengan menyediakan ruang bermain untuknya. Jelaskan kepadanya ini adalah ruang untuknya bermain. Selepas bermain, didik anak untuk menyimpan kembali barang permainannya.
Bila keperluan bermain terpenuhi, maka anak dapat belajar tentang cara bertindak atau bersikap sabar menghadapi sesuatu. Berikan mainan yang memberi pengalaman baru bagi anak sehingga mampu memuaskan rasa ingin tahunya. Biarkan anak bermain dengan barang permainannya.
Waktu yang tepat
Tetapi jika si kecil mendekati api yang sedang menyala, maka kata “jangan” dan “tidak” boleh diucapkan. Setelah itu, berikan penjelasan bahaya dan alihkan perhatiannya pada hal lain yang lebih menyenangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun tiada had umur yang khusus ditetapkan untuk mengasingkan tempat tidur dengan anak-anak, tetapi ibu bapa harus faham konsep privasi dan sebaik-baiknya cubalah untuk tidak berkongsi bilik dengan anak.
Lagi satu alasan kebanyakan ibu bapa berikan adalah mereka merasakan anak lebih selamat apabila tidur sebilik. Mungkin setiap ibu bapa ada pendekatan tersendiri namun menurut Penulis The ProParenting, Wan Nur Syakira beberapa kriteria ini perlu di ambil kira.
Jikalau anak masih tidur bersama ibu ayah, ada perkara yang perlu ibu ayah ambil perhatian.
1️⃣ Jangan tukar baju di hadapan anak. Jika anak ada dalam bilik, bawa baju dan tukar di tandas.
2️⃣ Elakkan terjah keluar dari bilik dalam keadaan berkemban atau berboxer jika anak ada dalam bilik. Bawa baju siap-siap, tukar dalam bilik air.
3️⃣ Jangan buat hubungan suami isteri di hadapan anak meskipun anak tidur dan masih kecil. Bahaya kalau anak ternampak.
4️⃣ Didik anak dan diri sendiri ketuk pintu sebelum masuk, anak lihat, anak ikut.
5️⃣ Berjaga-jaga dengan sentuhan berunsur seksual dan intim di depan anak-anak.
6️⃣ Usahakan sediakan tilam lain atau baby cot untuk anak tidur. Bilik sama, compartment berbeza.
Latihan untuk anak supaya senang untuk mereka tidur di bilik sendiri nanti. Renyah kan ?
Sebab itu, kalau anak umur dah cecah 3 tahun ke atas, dah boleh latih tidur di bilik sendiri. Sediakan bilik mereka.
Ibu ayah juga perlu privasi dan ada aurat yang perlu dijaga.
Kredit: Wan Nur Syakira
#pendidikanseksualitibermuladarirumah
Jemput sertai free support group Bimbingan Pendidikan Seksualiti Keluarga untuk lebih banyak info
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa kita pun ada kesilapan dalam mendidik anak. Cuma kita tak sedar dan asyik nampak hanya kesilapan anak sahaja.
Ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:
1. Membanding-bandingkan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
2.Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. Kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
3.Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya
Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kena caranya, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
4.Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabkan sewaktu kecil, luahan dan keluhan hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
5.Tidak Mewujudkan Kemesraan
Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar. :Penting sebenarnya kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
6.Terlalu Memanjakan Anak
Sekiranya terlalu memanjakan anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.
7.Suka Membebel Dan Mengkritik
Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
Nak dapatkan bahan pembelajaran anak yang menarik, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesin basuh di rumah pernah tak dicuci atau dibersihkan bahagian dalamnya? Kadang sampai ada yang berbau kerana tak pernah pun bersihkan. Sebenarnya mesin basuh yang ada di rumah juga perlu dibersihkan supaya baju yang kita basuh itu bersih secara optimum.
Tambah pula bagi yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, pastinya kebersihan menjadi aspek utama supaya dapat memastikan anak-anak sentiasa sihat.
Bagi ibu yang masih mencari bagaimana hendak bersihkan mesin basuh yang ada di rumah, perkongsian daripada Puan Julimasanum Aliini pastinya amat berguna. Lengkap langkah demi langkah dan gambar untuk lebih jelas. Barulah baju yang dibasuh oleh ibu-ibu semua terjamin kebersihannya.
Okey!! Seumur hidup, tak tahu pon yang mesin basuh ni kene cuci or ade maintenance. Sejak duduk sendiri, ade washing machine sendiri baru lah tahu TAPI tau guna Tub Hygiene je. Lepas tu xguna ape2 detergent pon. Tekan cycle tub hygiene pastu dah settle. Sebenarnya salah ye. Takde kesan ape2 pon buat camtu. Membazir air je
So, since nak kene cuci baju2 #BabyIM and rasa mcm xsedap je nak cuci dlm mesin basuh yg berbau. Yup BERBAU. Kite dok pening mane datang bau ni. Lepas tu kadang tu baju mcm ade habuk2 melekat.
Makanya i ask mr google cara nak bersihkan mesin basuh. And finally baru lah dapat solution nya. So here i nak share lah macam mana proses2 pembersihan mesin basuh yang berkesan. Hasilnya mmg Haa gitew expressions nya. Haha
1. First kene beli detergent utk Tub Hygiene. I beli kat Cosway Pharmacy, nama nya Wash Drum Cleaner (Power Max). Harga RM15.90 (non-member). Klw harga member murah sikit. Boleh juga dapatkan barang ni secara online di sini
2. Baca instruction pada kotak before start ye. Lepas tu ready kan diri. Kenapa? Sebab proses lama. So tengok jam set bile yang betol2 free nak mulakan operasi ni (i amek masa lebih dr 24jam utk settle sbb nak betol2 bersih – so bergantung jugak pd kekotoran mesin anda ye). Klw banyak keladak sampah, lagi lama lah jawabnya
3. Masukkan 1 packet Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (wajib guna 1 packet ye, jangan kedekut nak guna half plak).
4. Pilih menu cycle WASH sahaja dan air paling maximum. Biarkan mesin beroperasi gitew. Habis cycle wash biarkan je mesin basuh tu terendam sekurang2nya 5 jam (klw ikot instruction kat kotak) Tp iols biarkan semalaman – I start at 6pm so biar mesin terendam sampai lah esok pagi baru ke step seterusnya. So terpulang kat ampa la nak start kol bape and berapa lama.
5. Next morning, korg akan dapat hasil yg menakutkan dan menggelikan. Haha Confirm terkejut beruk dia punya kotor!!! Masa tu lah segala kekotoran dalaman mesin basuh akan keluar. Korang bole buang kotoran2 tu dulu sebelum next step. Kutip2 je dgn tangan and buang sampah sarap yg terapung tu.
6. Lagi satu penapis dlm mesin basuh pon kene cuci ye.
Nampak kan kotor gileeeeee!!
Ni hasil lepas dah lap dgn tisu, buang sampah2 yg tertinggal tu sebelum next cycle. Masa ni kene PAUSE mesin dulu ye.
7. Okey next step dah boleh pilih full cycle (wash, rinse, spin). Tapi i x buat full cycle. I choose cycle wash dgn rinse sahaja. Proses ni i ulang ulang ulang dan ulang sampailah sampah sarap tu xde. Lebih dr 5 kali rasanya. Haaa mmg lama lah cite nya sbb bertahun punya keladak kan.huhu
Tadaaaa!!! Ni hasil terakhir. Dah bersih mcm ni baru puasa hati. Yeeeee banyak pakai air ye uols. Lebih dari 5 kali nya cycle. Bertabah lah.
Haa paling best lepas dah settle ni bile cuci baju xde dah bau hapak, bau terkempam tu. Yay!!
So ade lagi sepeket Wash Drum Cleaner. Bile nak guna tu terpulang pada berapa kerap korang cuci baju. Iols maybe buat 3 bulan sekali lah kot.
Okey selamat membersihkan washing machine korang!! Jangan ingat cuci baju, mesin korang pon sama bersih Banyak sampah rupanya kat bawah tu. Hee #sharingiscaring
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.