Bukan senang hendak meninggalkan anak pada satu tempoh yang lama. Meninggalkan anak di rumah pengasuh setiap hari pun rasa risau inikan pula berpisah lama sehingga sebulan lamanya. Sungguh, perlukan kekuatan hati yang bukan sedikit.
Biarpun berpisah kerana memenuhi tuntutan Ilahi namun hati ibu mana yang tidak rindu, apatah lagi sentiasa teringatkan anak kesayangan. Ditambah pula dengan rasa bimbang.
Namun kerisauan ini tidak bagi influencer yang satu ini, si cantik manis Farah Lee. Baginya biarpun berpisah pada satu tempoh yang agak lama, namun dia yakin ada Allah yang Maha Esa untuk membantunya menjaga anak kesayangannya, Maream.
Sungguh, kata-kata Farah buat pengikutnya kagum. Malah perkongsian video yang dimuat naik olehnya di instagram menyentuh hati sesiapa sahaja. Sedih dan sayu setelah sekian lama berpisah. Satu kerinduan yang cukup hebat.
Ads
Detik-detik jejak kasih setelah sebulan terpisah, hingga terpelanting phoneku.
Kita selalu risau untuk tinggalkan anak pada jagaan orang lain. Ketahuilah, yang menjaga mereka itu Tuhan. Kadang mereka dijaga lebih baik dalam jagaan lain berbanding kita, tak mustahil jika itu yang diizinkan Dia ?
Satu perkongsian ringkas namun cukup bermakna dan menyentuh hati netizen. Malah mereka juga sebak melihat pertemuan ibu anak ini sekian lama. Kata-kata hebat turut dikongsikan mereka.
” Ketahuilah, yang menjaga mereka itu Tuhan’..sangat betul!!
Menanti saat kelahiran anak adalah momen terindah dalam hidup pasangan bergelar suami isteri. Apa lagi kelahiran zuriat yang dinantikan sejak sekian lamanya. Bagi Nor Murni Jusoh, 37 tahun dan suaminya, Mohd Khairul Azman Hashim, 38 tahun, menanti tempoh 10 tahun untuk melihat wajah cahaya mata sendiri bukanlah tempoh yang singkat. Terlalu lama.
Namun penantian mereka berakhir bila mana Nurul Masyitah Mohd Khairul Azman hadir memberi cahaya dalam kehidupan mereka berdua selepas menjalani rawatan IVF.
Keduanya sepakat memilih jalan akhir setelah melalui bermacam-macam jenis rawatan. Tidak mahu menanti lebih lama akhirnya IVF menjadi pilihan mereka.
“ Kami berkahwin pada 2008 dan masih belum dikurniakan anak walaupun menanti lama. Masuk tahun keempat perkahwinan kami, saya dan suami mencuba rawatan IUI. Proses untuk membuat rawatan ini mengambil masa yang agak lama. Bukan satu dua tempat tetapi di beberapa tempat dan hospital yang kami telah pergi. Proses yang lama ditambah dengan pelbagai masalah lain membuatkan saya tak sempat untuk mencuba IUI dan akhirnya pasrah.
Selepas empat hingga lima tahun mencuba, masih tidak nampak hasilnya. Kami penat melalui tempoh temujanji, rawatan demi rawatan tetapi tidak nampak hasilnya.
Akhirnya kami tekad untuk cuba melalukan rawatan IVF sebagai peluang akhir untuk punya zuriat sendiri. Saya tak mampu untuk tunggu lebih lama lagi. Saya ternampak Klinik Pakar Kesuburan Kasih ini ketika hendak pergi ke Pasar Karat di Shah Alam. Ketika itulah saya cari pelbagai maklumat di internet dan saya terus telefon.
Alhamdulillah tahun 2017, awal Januari saya buat temujanji untuk jalani pemeriksaan. Saya nampak ada sinar dalam rawatan ini namun saya tidak terlalu berharap, saya hanya berusaha selagi terdaya”.
Jalani Pembedahan Laparoskopi
Pendidik ini juga menyifatkan pertemuannya dengan doktor pakar bakal membuahkan hasil dan meletakkan sepenuh doa dan tawakal pada Allah SWT untuk anugerah rezekinya.
“ Setelah buat pemeriksaan, doktor mulakan rawatan dengan ubat kesuburan yang dibekalkan buat saya. Namun malangkan telur saya tak berjaya dirangsang dan berkembang dengan baik walaupun selepas mengambil ubat kesuburan.
Rupanya saya mengalami masalah pada dinding rahim dan terpaksa menjalani pembedahan laparoskopi untuk mencuci rahim yang terlalu tebal akibat darah yang melekat pada dinding rahim setiap kali senggugut.
Selepas berehat selamat dua bulan, pada bulan April barulah saya kembali menyambung rawatan dan barulah telur saya bertindak balas untuk menjalani rawatan selanjutnya. Apabila tiba waktu subur, doktor keluarkan telur untuk disenyawakan dan bila embrio dimasukkan ke rahim saya, doktor beri saya cuti selama 14 hari.”
Syukur Allah Beri Rezeki
Debaran selama 14 hari terasa cukup hebat. Inilah yang dilalui oleh guru pendidikan Islam ini lagi. Baginya dan suami tempoh 14 hari adalah waktu yang cukup mendebarkan. Namun mereka berserah pada Allah SWT.
“ Saya tak keluar rumah langsung dalam tempoh ini kerana saya dilarang untuk buat kerja lasak dan bergerak aktif. Aktiviti saya setiap hari adalah baca Quran dan dalam tempoh itu saya sempat habiskan 30 juzuk Al Quran.
Bila doktor beritahu saya mengandung, saya rasa tak sangka, bersyukur yang tak terhingga pada Allah SWT atas kurniaannya. Antara rasa sebak, terharu dan bersyukur semuanya bercampur baur dalam hati saya. Saya tak sangka akhirnya selepas usia 36 tahun barulah saya berpeluang hamil seperti wanita lain.
Walaupun menanti pada tempoh yang cukup lama iaitu 10 tahun namun saya percaya pada rezeki Allah. Rezeki setiap orang berbeza dan saya yakin ada rezeki saya untuk punya anak. Saya bersyukur.
Saya menjalani tempoh kehamilan yang cukup indah. Macam wanita hamil lain, saya elakkan makan benda yang dilarang dan ambil makanan yang sihat sepanjang hamil. Cuma sepanjang hamil saya terpaksa berjumpa doktor pakar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rujukan kerana saya menjalani proses IVF.
Alhamdulillah selepas minggu ke 39 saya selamat melahirkan anak sulung kami, Masyitah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Rasa tak percaya ketika pertama kali melihat wajahnya. Saya bersyukur kerana saya sempat melihat wajah zuriat saya sendiri. Walaupun terpaksa bersalin secara pembedahan kerana tali pusat terbelit pada leher bayi, saya syukur kerana semuanya selamat.
Bagi saya wang boleh dicari jika dibandingkan dengan rezeki penyambung keturunan yang satu ini. Saya bersyukur,” luah guru anak kelahiran Kemaman, Terengganu ini lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung, manakala 17 yang lain terselamat dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Bukit Pasir, Kampung Bukit Pasir, Endau, Mersing, Johor.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah jam 9.19 malam tadi.
Katanya, sebuah jentera ‘Light Fire Rescue Tender’ (LFRT), sebuah jentera pemadam (FRT), sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah utiliti Hilux dari BBP Endau dan dibantu BBP Mersing dengan kekuatan 21 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran rumah jenis dua tingkat separuh kekal berkeluasan 80×120 kaki terbakar kira-kira 70 peratus pada bahagian atas rumah berkenaan.
“Mayat mangsa dipercayai Mohammad Faris Sohari, 4, ditemui rentung (di bahagian tangga tingkat bawah) jam 11.07 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Mangsa lain (yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan mangsa) berusia antara satu hingga 65 tahun berjaya menyelamatkan diri sebelum bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Mohd Alias lagi siasatan awal pihaknya mendapati mangsa cuba diselamatkan ahli keluarga namun gagal berikutan api marak dengan pantas.
Rumah terbabit dihuni 18 sekeluarga termasuk mangsa yang cucu kepada pemilik rumah, Kahar Adam, 65.
Katanya, 17 lagi mangsa yang berusia setahun hingga 65 tahun terdiri daripada isteri Kahar, anak dan menantu serta cucu kepada pasangan berkenaan.
Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 1.09 awal pagi tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Kaum wanita terutama ibu yang ada anak kecil tetap boleh mengerjakan solat terawih di rumah sendiri kerana ia antara ibadah yang dinantikan di bulan Ramadan ini.
Namun bagi ibu yang mempunyai anak kecil, sudah tentu agak sukar untuk mengerjakan solat sunat ini di masjid atau surau.
Bimbang pula si kecil meragam dan mengganggu jemaah lain yang bersolat. Sebenarnya ibu boleh sahaja lakukan solat di rumah.
Ini panduan ringkas solat terawih di rumah.
1. Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Bilangan rakaat buatlah yang termampu
Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
3. Membaca Al-Fatihah
Surah Al-Fatihah adalah perkara wajib dalam solat. Kemudian boleh pilih mana-mana surah pendek mahu pun panjang dan boleh dibaca berulang-ulang untuk rakaat yang seterusnya.
Apa yang wajib adalah surah Al-Fatihah, surah-surah berikutnya adalah pilihan dan sunat hukumnya.
4. Setiap 2 rakaat disudahi dengan salam
5. Bacaan di luar solat seperti selawat dan doa adalah tidak wajib.
Tiada larangan jika nak buat dan tidak menjejaskan solat terawih jika ditinggalkan.
6. Selepas selesai solat terawih bolehlah dilakukan solat sunat witir. Dimulakan dengan 2 rakaat 1 salam, diikuti 1 rakaat 1 salam.
Cara mengerjakan solat witir
Solat witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukumnya adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.