Anak kembar pasangan doktor, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina sentiasa mencuri perhatian ramai dengan gaya keibubapaan mereka yang sentiasa dijadikan contoh.
Terbaru, anak ketujuh pasangan ini yang baru dilahirkan pada 12 Julai lalu sudah pun dirangsang dengan menggunakan flash card dan ‘tummy time’ pada usianya satu bulan lebih.
Namun apa yang menarik pastinya gelagat anak kembar pasangan ini, Eusoff yang turut sama merangsang penglihatan dan minda adiknya, Sheikh Muhammad menggunakan flash card.
Menurut apa yang dikongsikan oleh Dr Halina, Eusoff antara anaknya yang paling rajin mengajar Muhammad. Paling menarik rupanya kadangkala Eusoff sendiri tidak mengetahui apakah gambar yang ditunjukkan kepada adiknya. Memang comel.
Ads
“Eusoff memang rajin mengajar Muhammad.
“Walaupun dia pun kengkadang tak tahu apa on the card or terbalik gambar. Yang penting yakin,” tulisnya berkongsi.
Ads
Perkongsian cerita dan gambar comel yang dimuat naik oleh Dr Halina menerusi Instagramnya itu sudah semestinya mencuit hari wargamaya.
Malah ramai yang turut meminta Dr Halina merakam aksi comel Eusoff ketika sedang mengajar adiknya.
Selepas kelahiran bayi sulungnya pada 16 Mei tahun lalu, pelakon Miera Leyana terus menyepikan diri malah langsung tidak berkongsi wajah anak perempuannya itu di media sosial.
Kini selepas berusia satu tahun, ibu cantik manis ini tampil berkongsi wajah anaknya, Rachel Aisyah yang ini sudah pun genap setahun.
Menerusi Instagramnya, Miera memuat naik gambar keluarga kecil mereka bersempena ulang tahun kelahiran puteri sulungnya itu.
” Hai permaisuri kecilku, kamu bukan anak kecil yang biasa. Kamu dilahirkan dengan penuh rahmat daripada Allah.
“Saya tahu suatu hari nanti kamu akan membuatkan kami berbangga. Kami jadi orang pertama yang akan bertepuk tangan dengan segala pencapaianmu anak.
“Selamat ulang tahun kelahiran pertama Rachel Aisyah, “tulisnya.
Perkongsian gambar dalam pakaian sedondon raya itu turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti dan pengikut pelakon cantik manis ini.
Terdahulu, Miera mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Rosland Othman pada Julai 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Rachel Aisyah yang lahir pada 16 Mei 2021.
Ketika anak berjuang untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan, mak ayah juga perlu turut sama berjuang dibelakangnya bagi mendoakan yang terbaik buat anak.
Apa mak ayah boleh lakukan? Salah satunya adalah bersedekah sepanjang hari peperiksaan anak. Tip ini dikongsikan oleh Guru Cemerlang, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Melaka, Ustazah Aminah Mat Yusoff di akaun Facebooknya baru-baru ini.
“Terdapat lima amalan terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa sepanjang anak-anak menduduki peperiksaan.
“Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang,” ujarnya.
1) Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud: “Ya ALLAH, tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah dan engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan) itu mudah jika engkau mahukan” – Hadith diriwayatkan Ibnu Sinni & Ibnu Hibban
Semasa bacakan doa ini, niatkan dalam hati supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh ALLAH untuk memberikan jawapan yang terbaik.
2) Sedekah mengikut jumlah hari peperiksaan
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika jumlah hari peperiksaannya tujuh hari maka infaq yang dilakukan juga tujuh kali.
Jumlah tidak semestinya banyak sebaliknya sedekahlah mengikut kemampuan. Ingat, jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupa niatkan sedekah ini atas nama anak dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting, mohon ALLAH kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3) Baca al-Quran
Saya pernah kongsikan satu kisah di mana seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan. Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya dia setia berada di kawasan sekolah.
Dalam kereta dia mengalunkan ayat suci al-Quran tanpa henti dan antara surah yang dibaca ialah surah Yasin.
Akhirnya usaha itu memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya iaitu dari 1A semasa percubaan melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar. Kuasa ALLAH, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari ALLAH, kerana ALLAH itu Maha Berkuasa untuk tunaikan permintaan kita. Sungguh tidak ada yang mustahil bagi Ya Rabb.
4) Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran. Boleh juga belikan air minuman dan kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Kemudian, tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka dan layani dengan perkara yang anak-anak ini suka. Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5) Puasa dan solat hajat
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan bapa. Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat.
Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan malah urusan lain juga ALLAH permudahkan. Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu bapa sedang meredai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Daripada reda ibu bapa, anak-anak akan mendapat reda ALLAH dan ini adalah resipi sebenar kejayaan seorang anak.
Tugasan dan kerja-kerja yang diamanahkan pada kita saban hari bukan menjadi penghalang atau membuatkan waktu untuk bersama anak-anak semakin berkurangan. Hujung minggu misalnya antara waktu paling penting untuk anak-anak kita. Seharusnya cubalah meluangkan sebanyak mungkin masa untuk anak-anak kita. Itu sebaiknya.
“Biarkan kenangan bersama dalam kepala anak, bukan kenangan dengan mainan yang mereka ada”. Begitu kongsi Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di facebooknya. Sungguh mendalam maksudnya namun itulah yang berlaku kepada kita hari ini.
Nasihat dan kata-kata yang dikongsikan beliau ini seharusnya menjadi iktibar dan panduan dalam kita mendidik anak, lebih-lebih lagi dalam mencari ruang untuk anak. Ketepikan segala kerja di rumah dan tumpukan untuk bermain bersama anak-anak yang amat memerlukan perhatian kita.
Wallahua’lam.
Banyakkan mainan untuk anak atau Banyakkan masa bermain dengan anak? Kita yang mana?
Tak nafi hari ni kita semua terlalu sibuk dengan kerja. Kerana dengan kerjalah kita dapat menafkahi keluarga kita. Cumanya kot mana sibuknya kita, Lapangkanlah masa untuk kita bermain dengan depa.
Tolak ke tepi segala kerja. Matikan sat segala gajet kita. Tumpu mata pada mereka. Bukan berapa lama tapi kualiti masa. Itu jauh lagi penting dari segala. Biar kenangan bersama dalam kepala. Bukan kenangan dengan mainan yang depa ada. Wallahua’lam.
Selamat berhujung minggu semua.
Don Daniyal Don Mustofa Don Ibrahim Don Sulaiman
Hujung minggu dan cuti sekolah yang masih berbaki ini apa kata kita luangkan sedikit masa dengan beraktiviti bersama anak-anak di rumah. Tak perlukan kos yang tinggi, buatkan pelbagai aktiviti agar kita dapat berinteraksi dan bermain bersama anak-anak.
Jika punya peruntukan yang lebih, bawalah anak-anak balik kampung atau bercuti bagi menghiburkan hati anak-anak kita. Pun begitu perlu hati-hati. Jaga diri dan keluarga dengan mematuhi SOP. Insyaallah semuanya pasti baik-baik sahaja.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !