Kehamilan

“Yes I’m Pregnant Again,” Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Ayu Raudhah Umum Sedang Hamil Anak Kelima. Tahniah!

Share

Menyambut hari kelahiran yang ke-36, pelakon Ayu Raudhah mengumumkan kini dirinya sedang hamil anak kelima.

Berita gembira itu disampaikan oleh Ayu yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Razak menerusi satu posting di Instagram.

Dalam posting yang memuat naik gambar dirinya dan suami tercinta, Ayu di ruangan kapsyen meletakkan tanda pagar ‘yesimpregnant’

“MY ENDLESS LOVE..@zaqone_08,” tulisnya ringkas.

 

Dalam masa yang sama, di Instagram suaminya Zaquan juga turut memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen yang menyatakan tanda syukur dengan rezeki anak yang Allah kurniakan kepada dia dan isteri tersayang.

“Mambo number 5…#alhamdulillahrezekiallah,” tulis Zaquan.

 

Menjenguk ke ruangan komen, peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 35 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.

Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada Januari 2011.

Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, 1.

Tahniah diucapkan buat Ayu dan Zaquan. Semoga kehamilan kali ini juga dipermudahkan seperti yang terdahulu. Meriah ada anak ramai.

Sumber: IG Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Baca: Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Eizlan Yusof Umum Isteri Kini Hamil 5 Bulan. Tahniah!

Baca: Sapu Kunyit & Manjakani Pada Luka Caesarean, Akibatnya Kena Jangkitan Kuman Sampai Bernanah. Doktor Pesan Basuh Guna Air Biasa Je!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

IKLAN