
Momen bergelar ibu bapa sememangnya penuh warna dan cepat berlalu. Itulah yang diluahkan oleh pelakon dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim, apabila anak sulungnya kini sudah pun genap berusia 10 tahun.
Menurut Yusry, seakan tidak percaya puteri kesayangannya kini sudah mencapai usia dua angka. Dalam hati seorang ayah, anak yang membesar di depan mata tetap terasa seperti bayi kecil yang pernah ditatang penuh kasih sayang sejak lahir.

Kenangan indah yang takkan dilupa
Menerusi perkongsian di Instagram, Yusry menceritakan memori indah yang tidak pernah hilang dari ingatannya. Antaranya, detik pertama anaknya melangkah dan kata pertama yang keluar daripada mulut si kecil adalah memanggilnya “daddy”.
View this post on Instagram
Bagi seorang ayah, ia adalah momen paling berharga yang tidak dapat ditukar ganti dengan apa-apa sekalipun.
Raikan dengan penuh sederhana & kasih sayang
Demi meraikan hari ulang tahun istimewa itu, Yusry sanggup meluangkan masa daripada jadual penggambaran yang padat untuk menikmati makan tengah hari bersama keluarga.
Lebih manis lagi, si kecil yang diraikan meminta semua ahli keluarga mengenakan warna kegemarannya iaitu merah jambu. Namun, dia sendiri memilih untuk tidak memakai warna tersebut supaya tampil lebih menyerlah sebagai birthday girl.
Doa seorang ayah buat puteri tersayang
Menutup coretannya, Yusry menitipkan kata-kata penuh kasih sayang dan doa agar anaknya membesar sebagai insan yang baik serta tidak cepat meninggalkan zaman kanak-kanak yang penuh ceria.

Dalam masa yang sama, isterinya, pelakon Lisa Surihani turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mereka.
Keluarga bahagia jadi inspirasi
Untuk rekod, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini kini dikurniakan tiga cahaya mata comel, iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Perkongsian pasangan ini nyata menjadi inspirasi buat ramai ibu bapa. Walau sesibuk mana dengan urusan kerja, meluangkan masa bersama keluarga dan menghargai detik kecil dalam kehidupan anak-anak adalah sesuatu yang sangat bernilai.
Kerana pada akhirnya, doa, perhatian dan kasih sayang ibu bapa adalah hadiah paling berharga yang akan terpahat dalam memori anak-anak sampai bila-bila.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
















