Yusuf Iskandar makin membesar dan pintar. Didikan yang diterima oleh ibu Hanis Zalikha menyerlahkan perkembangannya kini.
Yusuf Iskandar, buah hati cilik Malaysia ini semakin hari semakin cerdik. Si kecil yang bakal menginjak usia dua tahun pada 3 Jun nanti menunjukkan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak yang cerdik, sesuai dengan usia.
Mama dan papa yang mempunyai anak yang seusia Yusuf bolehlah meniru cara Hanis ini dalam mengajar Yusuf menerusi bermain/ permainan dan pendekatan psikolgi yang berkesan. Sesuai untuk kanak-kanak 18 hingga 24 bulan.
SUDAH PANDAI MENYUAIKAN BENTUK
Nampaknya Yusuf sudah menguasai permainan manipulatif ini. Menyuai padankan bentuk dan warna dengan betul adalah perkembangan yang sangat bagus. Permainan shape sorter atar colour match seumpama ini amat berfaedah untuk melatih jari dan tangan, koordinasi mata tangan dan memperbaiki skil motor halus.
Wah Yusuf dan pandai mengenai gambar-gambar dalam bukunya! Malah dia juga menunjukkan minat untuk menggunakan buku sebagai sebahagian daripada permainannya. Membaca buku bergambar seperti ni membantu memperkaya perkataan dalam memorinya. Kanak-kanak seusia Yusuf boleh didedahkan kepada kira-kira 200 perkataan.
Anak kecil pintar ini juga boleh menggunakan sudu dan garpu dengan baik semasa makan. Melatih makan sendiri daripada awal dan pendedahan kepada permainan yang menajamkan koordinasi mata dan tangan amat baik dalam melatih kemahiran ini. In merupakan perkembangan kognitif yang baik bagi anak-kanak berusia 18 hingga 24 bulan.
Hanis memberikan arahan dengan suara yang tenang, nada tegas. Tidak garang apatah lagi meninggikan suaranya. Ini rahsia Yusuf mengikuti arahan ibunya dengan mudah dan seterusnya mendisiplinkan.
Yusuf pandai bersosial dan bermain dengan orang di sekeliling yang dikenalinya. Pendedahan dan bimbingan daripada awal memudahkan mereka bergaul.
Kanak-kanak seperti Yusuf pada usia 18 hingga 24 bulan lebih tertarik untuk bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua daripadanya dan juga orang dewasa.
Bila anak masuk umur 2 tahun ke atas, sikapnya yang ‘behave’ bertukar menjadi pemarah, cepat sedih dan suka mengamuk jika permintaan tidak dituruti. Itu bukan bermakna mereka mempunyai sikap buruk namun sebenarnya mereka sedang mengalami satu proses perubahan yang besar dalam hidup mereka.
KENALI FASA ‘TERRIBLE TWO’ YANG SERING TERJADI PADA KANAK-KANAK 2 TAHUN KEATAS
Anak yang berumur 2 tahun ke atas akan mengalami perubahan yang besar dari segi kemahiran motor, tahap intelektual, kemahiran sosial dan emosi. Perbendaharaan kata mereka semakin bertambah dan berkembang dan timbul keinginan untuk melakukan sendiri sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar untuk mengikut peraturan dan syarat.
Jika anak mengamuk, bukan salah ibu bapa anak berkelakuan begitu. Anak sedang dalam fasa meneroka dunia di sekelilingnya. Ibu bapa usah risau, cuma perlu bertenang dan hadapi keadaan yang sementara ini dengan positif.
Terima perubahan anak, pamerkan sayang dan hormat padanya menjadikan dirinya lebih berkeyakinan. Bagaimana mahu hadapi keadaan ini dengan tenang dan terkawal?
Apa Itu Fasa ‘Teribble Two’
1. Faham dan terima hakikat bahawa semua kanak-kanak mengalaminya. Bukan anak kita sahaja. Ia masalah sedunia! Hampir setiap ibu bapa mengalami situasi ini dan ia bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi. Perkara ini berlaku bukan disebabkan ibu atau bapa. Jadi berhenti menyalahkan diri atas perkara ini, melainkan anak mengalami situasi ini dengan keterlaluan.
2. Sebenarnya anak sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana dia boleh bertindak dalam sesuatu perkara. Apa reaksi dan respon kita terhadap setiap kelakuannya.
Apakah hadnya? Setiap reaksi kita pada perbuatannya adalah penting untuk anak belajar tentang had sesuatu perkara. Sejauh mana dia boleh pergi, setakat mana dia boleh buat.
3. Ya, adakalanya anak memang sengaja membuat provokasi untuk melihat reaksi ibu bapa. Waktu ini ibu bapa amat perlu pamerkan reaksi yang betul dan bersesuaian supaya anak faham tentang had bagi sesuatu perbuatan.
4. Anak sebenarnya tidak tahu perkara yang dilakukannya betul atau tidak, selamat atau bahaya; maka mereka mencari perhatian ibu bapa untuk berikan mereka panduan. Disebabkan itu, ibu bapa perlu beri arahan atau tindakan yang jelas untuk anak faham.
5. Jika anak mengamuk atau buat perangai, usah cepat melatah dan melenting. Ia adalah perkara biasa. Biarkan dia menangis sebentar, pura-pura mengabaikannya.
Lazimnya dua perkara yang menyebabkan anak berkelakuan begitu: terlalu letih atau lapar. Jadi perhatikan apa sebenarnya yang anak mahu. Bantu dia tidur dan berehat, atau berikan makanan dan minuman. Elak memarahi mereka dengan keterlaluan.
6. Anak sedang belajar berdikari, sedang memahami erti berpisah daripada ibu bapa dan belajar untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Anak dalam fasa ini perlukan ketegasan dan ‘unemotional stand’ daripada ibu bapa untuk anak kenal pasti perkara yang boleh atau tidak boleh dia lakukan. Masalah selalunya berlaku kerana ibu bapa kurang memahami anak (masalah komunikasi). Ibu bapa kurang pasti apa yang anak mahu atau perlukan, menyebabkan anak kecewa kerana permintaan atau kehendaknya tidak dipenuhi.
Memang mencabar pada peringkat ini kerana ia melibatkan kemahiran motor dan bercakap sedangkan anak belum lagi menguasai kemahiran ini. Anak sebenarnya mahu meniru dan membuat apa yang ibu bapa buat tetapi belum mampu. Itu yang mendorong anak cepat marah.
Tip Menangani Fasa ‘Terrible Two’
1. Ibu bapa cuba bertenang semasa anak mengamuk. Anak memang mahu lihat kita marah untuk meraih perhatian, sama ada dengan cara positif atau negatif.
Semasa anak meragam, abaikan sekejap dan anak akan belajar tentang had bagi sesuatu perbuatan atau perkara. Jangan beri reaksi seperti ketawa atau membuat ‘eye contact’ dengannya, jangan menjawab dan perhatikan sahaja perangainya sehingga dia berhenti.
2. Tawarkan comfort setelah anak diam. Anak yang mengamuk dan meragam ni risau ibu bapa tak sayangkan mereka bila berkelakuan begitu.
Apabila anak dah bertenang, peluk dan beritahu mereka bahawa kita sayangkan mereka. Kemudian, alihkan perhatian anak kepada perkara lain supaya dia tidak terbawa-bawa dengan perasaannya tadi.
3. Jika anak mengamuk di tempat awam, usah panik. Orang di sekeliling memang akan perhati atau lebih buruk, mengata ibu bapa. Tapi abaikan mereka. Cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain contohnya kunci, mainan atau peluk anak. Jangan putus asa!
Kredit
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak, terutamanya bagi anak-anak yang pasif, ataupun ada agenda tersendiri. Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi.
Komunikasi 2 hala mesti bersebab dan jika anak sukar untuk buat, kita perlulah beri sebab untuk mereka berkomunikasi. Apa lagi untuk anak-anak yang ada speech delay lagilah mereka susah untuk memulakan interaksi.
Jadi anda boleh cuba -teknik berikut untuk memberi peluang anak-anak mulakan perbualan dengan anda. Tapi ingat beberapa perkara berikut:
✅ Sentiasa tunggu untuk respon anak especially anak delay. Sebab adakalanya respon mereka agak lambat dan mereka perlukan masa. ✅ Apabila menunggu, maintain eye contact dengan mereka yang menunjukkn kita memang tunggu respon dan harapkan respon dari mereka. ✅ Bantu anak jika mereka tak tau nak bagi respon macam mana.. Tunjukkan caranya dan nanti ulang lagi. ✅ Ulang..ulang..ulang… sebanyak yang boleh. ✅ Be interactive and fun dan bukan respon yang tak ikhlas dan yang dibuat-buat. Kanak-kanak pun boleh kesan tau kalau kita tak ikhlas berinteraksi dengan mereka.
Perangai anak ni ada macam-macam. Ada saja yang mencuit hati lagi-lagi yang sedang dalam fasa nak membesar. Kita sebagai mak ayah kena selalu tabah dan sabar melayan kerenah anak-anak yang banyak akal ni.
Terhibur juga lihat perangai anak yang jujur dalam melahirkan perasaan mereka. Baik dari segi perbuatan atau melalui kata-kata, kalau ada yang tak kena memang boleh tengok reaksi anak.
Sama seperti bapa ini, thoihuz, yang berkongsi video ketika sedang ajarkan anaknya mengaji. Mungkin sudah beberapa kali mengulang bacaan sehingga kanak-kanak perempuan ini menunjukkan riak muka seperti tak puas hati bila diminta membacanya semula.
Biarpun tidak berkata apa-apa tetapi bahasa tubuh serta mimik mukanya jelas menunjukkan yang dia tak puas hati dengan ibu dan bapanya yang menyuruh mengaji.
“Lagi sekali, last-last. Kuat-kuat,” kedengaran suara si bapa menyuruh anaknya mengulang bacaan.
Tonton video lucu ini;
Ternyata warganet yang menonton video adik ni terhibur. Lihat komen mereka;
Alahai, comel sungguh bila dia tarik muka masam tu ya! Bila dah besar nanti, bolehlah tunjukkan semula video ni pada dia. Waktu itu, adik ni pun dah hebat mengaji berkat usaha dan kerajinan ibu bapanya memberi tunjuk ajar masa kecil ni.
Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik untuk kedua orang tua awak ya, sayang!