Cara Hanis Zalikha ucap selamat jalan kepada yusuf wajar dicontohi. Bukan keluar sorok-sorok, tahu-tahu hilang je. Apa pun mama kena tabahkan hati!
Hanis baru-baru ini berkongsi cara beliau meninggalkan anak kesayangan, Yusuf Iskandar tanpa perlu senyap-senyap keluar secara sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan Yusuf menangis.
Early morning shoot for me today. I love you so much anak manja Mommy @theyusufiskandar . I never sneak away from Yusuf sebab nanti dia akan tercari-cari dan rasa kehilangan. So macam mana susah pun nak berpisah, Yusuf kena salam dan bye bye Mommy. Sebab lepas tu dia faham, nangis sekejap, pastu teruskan kehidupan dia yang ceria ? Mommy ni sekarang ni ceria ke tak nak work ni ?
Cara yang digunakan ibu muda ini lebih diplomatik dan baik untuk emosi anak. Sekurang-kurangnya Yusuf tidak terasa kehilangan dan tercari-cari Hanis kerana sudah maklum ibunya itu keluar bekerja. Ini juga sebagai latihan yang baik untuk Yusuf untuk memahami dan mengadaptasi dengan kerjaya ibunya.
CARA BAIK BERPISAH DENGAN ANAK
Cara yang dilakukan oleh Hanis ini juga malahan lebih baik daripada curi-curi keluar tanpa anak menyedari. Kebanyakan kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa yang meninggalkan anak secara rahsia kerana tidak menyebabkan kepercarcayaan kepada ibu dan ayahnya semakin berkurangan.
Ads
Mencipta kebiasaan kepada anak seperti bersalam dan melambai ketika perpisahan juga baik untuk menjadikan si anak rasa selamat dan bagus untuk kestabilan emosinya.
REAKSI DARIPADA RAKAN SELEBRITI DAN NETIZEN
Posting Hanis ini mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan netizen. Rata-rata berkongsi perasaan saat berpisah dengan anak.
Jangan hanya tunggu sahaja dan sedapkan hati sebab tengok anak pakcik sebelah rumah yang kini dah bergelar doktor pun dulunya lambat bercakap.
Puan Ruby Atika yang berpengalaman luas sebagai Speech Therapist berkongsi tip dan panduan berguna kepada ibu ayah yang mempunyai anak masih belum bercakap.
Biasanya pada umur 1 tahun 8 bulan, anak masih belum bercakap, ibubapa sudah perasan yang ada sesuatu tak kena dan mula bertindak.
Bertindak dari segi apa saja. Mungkin ajar anak cakap di rumah. Mungkin selama ni tak pernah nak beli mainan atau buku gambar-gambar, terus beli.
Mungkin juga, bertindak dengan lebih banyak membaca topik-topik berkaitan speech delay atau aktiviti nak guna untuk ajar anak.
Mungkin juga bertindak dengan mula cari appointment untuk jumpa ST.
Jadi….detect awal, anda bertindak awal. Tak kisahlah apa pun jenis tindakan anda.
Berbalik pada kisah ramai sangat dalam waiting list ST, maka biasanya anda hanya dapat berjumpa therapist selepas 3 bulan.
Jadi dalam tempoh itu, ajarlah anak anda di rumah. Jangan duduk saja-saja sementara tunggu appointment.
Ajar dia tunjuk Ajar dia kenal objek, kenal gambar Ajar dia sebut anggota badan Ajar dia sebut bunyi-bunyi haiwan Ajar dia sebut bunyi-bunyi kereta, polis, jet, keretapi
Ajar sendiri di rumah, sambil tunggu appointment.
Tapi ada orang yang anaknya sudah 3 tahun tidak bercakap, dah ibu bapa masih blur saja….tak tau nak bertindak ke, nak tunggu…. Masih rasa yang dulu-dulu pakcik saudara pun bercakap umur 5 tahun, sekarang dah kerja jadi doktor.
Tapi bagi doktor-doktor perubatan, mereka ada senarai MChart. Maka mana-mana budak yang gagal saringan tu, terus dirujuk ke ST. Iaitu pada umur 1 tahun 6 bulan.
Jika dia lulus MChart sekalipun, tapi masih belum ada 1st word, terus rujuk juga pada umur 1 tahun 6 bulan. Kenapa?
Sebab julat normal untuk keluar 1st word ialah 1 tahun 3 bulan. Maka jika sudah 1 tahun 6 bulan dan masih diaaaam saja, kenalah rujuk.
Itu kisah doktor. Bukan semua orang pergi klinik kesihatan kerajaan kan?
Ha….kat situlah yang tercicir. Maka, biasanya ibu bapa akan terus tunggu. Tapi apabila sudah masuk 1 tahun 8 bulan, masih tiada perkataan, maka di saat itulah ibubapa sendiri kena bertindak.
Ajar dia.
Budak-budak umur kecil ni, cepat dapat. Laju otaknya proses.
Dalam tempoh 2-3 bulan saja, dia boleh progress banyak.
Dengan harapan apabila umur sudah masuk 2 tahun, dia sudah ada perkataan. Bukannya eh eh uh uh ek ek saja.
Tapi kalau diikutkan, jarak dari 1 tahun 3 bulan ke 1 tahun 8 bulan tu…jauh juga. 5 bulan lamanya, ruang yang ada untuk ibubapa berfikir, adakah anaknya terlewat?
Penggunaan kiri dan kanan badan penting untuk proses menyalin (dalam menulis) dan keberdikarian kanak-kanak.
Jika anda perasan, bayi di usia 3 bulan sudah mula memasukkan tangannya ke dalam mulut. Kebiasaannya, bayi mula memilih tangan yang mana satu dia nak masukkan ke dalam mulut. Proses ini berlaku dalam keadaan “symmetrical” atau simetri; di mana bayi tahu dia ada dua bahagian badan; iaitu kiri dan kanan lalu dipilih untuk dibawa ke tengah badan untuk dihisap tangannya.
Semakin meningkat usia, semakin dia dah mula “nampak” persekitarannya dengan jelas, dia akan mula mengutip.
TOLONG JANGAN HALANG BAYI MEMASUKKAN OBJEK KE DALAM MULUTNYA. KITA HANYA PERLU PANTAU APA YANG DIKUTIP, BUKAN HALANG!
Sebab…kat sini ada satu “kebesaran” ciptaan Tuhan yang kita tak nampak. Bayi yang mengutip dan memasukkan barang ke dalam mulut ni dia “nampak” objek, lalu dia pilih untuk pegang objek tu dengan tangan yang dia sendiri pilih. Dia dah start tahu dah: satu tangan dia akan capai barang, kemudian satu tangan lagi akan sokong pegangan untuk masukkan barang tersebut ke dalam mulut. Kalau perasan kat sini, yang mencapai tu adalah tangan dominan, yang menyokong tu adalah tangan yang tidak dominan.
Penting dia decide tangan mana dia nak capai dan pegang barang sebab dia nak guna ni nanti masa proses menulis, pegang gunting, pegang pisau, sapu jem atas roti, sikat rambut, dan sebagainya bila dia membesar kelak.
Proses ini dinamakan sebagai “laterality”; iaitu menjadikan satu bahagian badan sebagai dominan dan bila dah ada satu bahagian dominan, satu lagi bahagian badan akan digunakan untuk menyokong apa sahaja “kerja” yang dijalankan oleh bahagian dominan ni tadi.
Kiri dan kanan badan kemudiannya “bekerjasama” lagi dalam proses MERANGKAK.
Sebab tulah merangkak tu WAJIB!
Tak ada istilah “cepat jalan” bagi seorang kanak-kanak ya! Merangkak tulah proses paling kritikal untuk kanak-kanak. Wajib buat!
LAGI LAMA MERANGKAK, LAGI BAGUS!
“Alah, dulu saya tak merangkak…ok je. Takde apa masalah pun!”
Memang takde masalah sebab semakin membesar, kita banyak guna badan kita untuk buat aktiviti fizikal. Dulu kita ada persekitaran yang memberangsangkan untuk kita bergerak. Selagi belum tiba waktu Maghrib,selagi itulah kita bergerak tanpa henti bermain dengan rakan-rakan. Anak-anak zaman sekarang macam itu ke?
Sebab itulah sering menjadi kerisauan bagi saya apabila anak-anak kurang merangkak atau tidak langsung merangkak di zaman ini. Zaman di mana keluar bermain di luar rumah sudah tidak lagi selamat dari segi keselamatan, cuaca, & penyakit berjangkit. Namun, ini bukan alasan untuk anda tidak “menggerakkan” anak anda.
Walau hanya di rumah, pastikan kanak-kanak menggunakan kesemua otot dan sendi badan dia untuk bergerak. Dengan bergerak, badan mula sedar adanya kawasan kiri, kanan, atas dan bawah yang membantu banyak proses akademik dan keberdikarian bila dah besar nanti. Jangan tunggu anak besar baru nak bergerak!
FASA MENCONTENG ADALAH FASA ASAS MENYALIN!
Haaaa ni confirm ramai yang tidak akan percaya bahawa menconteng itu adalah antara fasa awal menyalin kat buku.
Selain daripada kena tiru pergerakan & Bahasa orang dewasa (fasa “imitation” yang bermula di usia 8 bulan lagi)….fasa menconteng tu sendiri sebenarnya merupakan fasa awal kanak-kanak nak mula menyalin. Ketika menconteng, kanak-kanak belajar ada “banyak kawasan” untuk diterokai. Maka, pada waktu inilah, pantang nampak dinding yang kosong, maka pastinya mereka mula bereksperimentasi dan meneroka kawasan dinding melalui contengan.
Menconteng; selain daripada meneroka kawasan kiri,kanan, atas dan bawah….ianya juga adalah merupakan satu bentuk interpretasi emosi dan perasaan.
Kerana itulah, dalam bidang Psychology, melukis dijadikan satu terapi bagi mereka yang mempunyai masalah psikologi dan emosi melalui cabang “Art Therapy”.
Untuk kanak-kanak, menconteng membantu mereka membina keyakinan diri, memberi ruang ekspresi diri dan juga memberi ruang untuk mereka “menyalin semula” apa yang mereka lihat dan rasa di persekitaran mereka.
JADI, ANDA RASA NAK HALANG ANAK ANDA DARI MENCONTENG?
JANGAN HALANG! Hargai “hasil karya” mereka. Fikirkan cara bagaimana anda boleh galakkan anak anda menconteng. Tampal kertas mahjong di dinding, catkan dinding rumah dengan cat yang mudah padam, atau “merelakan” sahaja dinding rumah dijadikan kawasan contengan anak-anak. Terpulang. Fikirkan cara.
Percaya atau tidak, jika anda beri laluan kepada mereka untuk menconteng, sehingga usia mereka meningkat ke 3 tahun, mereka sudah mula mengenali objek dan warna sekeliling. Waktu ini, mereka sudah boleh meniru objek yang ada dengan menggabungkan garisan-garisan di atas kertas, bercerita mengenainya, dan mula membentuk tangan yang dominan dalam memegang pensil.
Kiri dan kanan badan sudah diketahui oleh anak anda pada waktu ini. Solid dan concrete dalam pemikirannya.
Jadi, bila di usia 5 tahun nanti, percayalah…disebabkan dia dah tahu kiri dan kanan badan, maka proses menulis dan menyalin menjadi lebih mudah. Ini kerana, pada waktu ini, apabila anak sudah tahu bahagian kiri dan kanan badan melalui semua fasa yang saya sebutkan di atas, jadi, kalaulah dia nampak sesuatu objek,tulisan atau lukisan berada dalam kawasan yang bertentangan dengannya (seperti di buku lain, papan hitam atau putih), sudah tentu dia tahu nak tuliskan/lukiskan semula, sama seperti apa yang dia lihat, tanpa terbalik sana sini pun.
Jelas, bukan? Kena faham ye…Allah tidak jadikan sesuatu perkembangan itu untuk dibanggakan “kecepatan” nya atau digusarkan “kelewatan” nya. Setiap fasa perkembangan yang Dia ciptakan di badan manusia itu sendiri ada kesannya untuk proses pembelajaran dan keberdikarian seseorang manusia.
Tapi…kenapa ada kanak-kanak yang masih terbalik terbalik menulis, “confuse” kiri dan kanan, masih belum ada tangan yang dominan terutamanya untuk menulis dan makan?
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan proses hamil & melahirkan cukup menyakitkan. Hadirnya anak dalam keluarga sebuah rahmat, punca mengalirnya keberkatan & rezeki dalam keluarga.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini menyentuh sanubari ibu & ayah yang kadangkala terlupa detik sukar mengandung & melahirkan dan tidak menghargai anak-anak. Dalam kesibukan urusan dunia, jangan abaikan tanggungjawab memberikan kasih sayang & perhatian kepada mereka.
Main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Tak sabar nak jumpa umi & anak-anak.
Pandanglah anak-anak & isteri dengan kasih sayang. Sakit sangat untuk dapat seorang anak, bersyukurlah. Ada yang diuji tanpa anak. Hargailah pasangan kerana Allah.
Ingat suatu hari nanti anak-anak akan meninggalkan rumah & pasti kita akan terpisah.
Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Jangan pandang rendah, cari emas dalam diri mereka, hargai, puji & doakan mereka.
Jika kita tak hargai anak, siapa lagi nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’.
Pegang & dukung anak rahmat Allah, Allah sayang kita. Bila mati anak yang akan doakan kita. Doa mereka membawa kita kepada reda Allah.
Sarapan Percuma Pelajar Selangor bakal memanfaatkan 120,000 pelajar mulai Ogos ini, membantu keluarga yang berdepan kos sara hidup tinggi serta memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan tanpa berlapar.