Setelah tular video penjelasan tentang suami dayus membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, pelbagai riaksi yang diberikan oleh orang ramai.

Terpanggil untuk memberikan penerangan tentang isu ini, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum berkenaan isteri bersalin disambut oleh doktor lelaki.

“Dengar Baik-Baik Hukum Ni” Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Isteri Bersalin Dengan Doktor Lelaki

“Dengar baik-baik. Hukum yang asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat. Sesama perempuan walaupun aurat haram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina.

“Tetapi dalam berubat dia ada kadar-kadarnya. Bila masuk sempadan darurat, apa yang haram diangkat sekejap. Allah sebut dalam al-Quran, ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi buat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa’

“Asalnya, ‘Allah haramkan kamu makan bangkai, darah dan babi! Tetapi di padang pasir kamu kelaparan, tak jumpa (makanan) tetapi jumpa bangkai. Ada pilihan lain tak? Tak ada!

IKLAN
@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai ♬ Calm Humming – Nasheed

“Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh. Jadi nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. Tetapi jika tidak ada doktor perempuan hanya lelaki. Sedangkan beranak itu kritikal, yang berkait dengan dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

“Oleh kerana tidak ada doktor perempuan, jadi ambil doktor lelaki maka tidak berdosa. Apa pula kata dayus? Tak haram! Yang haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri. Faham tak?” katanya.

Baca artikel:

IKLAN

“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk

Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!

Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak

IKLAN

“Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000.

“Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan. Nasib baik dapat doktor perempuan, kalau tak lelaki.. Hukumnya harus kerana tidak ada pilihan!” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pasangan pasangan suami isteri, Ustazah Siti Afifah dan Ustaz Zaidi Tohirin menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki selain melabel sebagaikan mereka sebagai ‘dayus’.

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI