Memandangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan disambung empat minggu lagi iaitu sehingga 9 Jun depan beliau menasihatkan orang ramai terus mematuhi arahan yang disarankan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Demi memastikan keselamatan rakyat terus dijaga, amalan kebersihan diri harus dititikberatkan dan sentiasa berdisiplin dalam melakukan aktiviti harian berbanding sebelum ini.

Ziarah Raya Sanak-Saudara Dalam Negeri Sama Dibenarkan. Had Maksimum 20 Orang

Aktiviti menziarah dalam negeri sama dibenarkan

Menurut Tan Sri Muhyiddin, berikutan dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuatkuasa dalam tempoh ini.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN [Tak Jumpa Anak Isteri Dua Bulan, Suami Isteri Berpisah Urusan Kerja Boleh Rentas Negeri – PM]

Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan. Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga. Bersabarlah. Bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara.

Stesen-stesen TV dan Radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga. Mainkanlah lagu-lagu Hari Raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok dalam YouTube ada lagu “Jange Kelik La Weii”. Lagu ni pun OK lah. Tetapi ini tak bermakna kita tak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan atau Hari Gawai.

IKLAN

Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka.

Oleh itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing. Walau bagaimanapun, aktiviti ziarah menziarahi dalam negeri yang sama dibenarkan dengan had maksimum 20 orang pada satu masa.

Ziarah Raya Sanak-Saudara Dalam Negeri Sama Dibenarkan. Had Maksimum 20 Orang

Elakkan tempat ramai orang

IKLAN

Rakyat juga dimohon agar mematuhi SOP ketika melawat iaitu dengan memakai penutup hidung dan mulut selain menjaga jarak sosial.

Setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini. Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir.

Kementerian Kesihatan juga menyarankan agar saudara-saudari elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup.

Kalau nak bersembang dengan tetamu pun, jarak-jarakkan sedikit. Tidak perlulah duduk terlalu rapat. Aktiviti jamuan seperti rumah terbuka juga adalah tidak digalakkan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI