Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi 15 tip keibubapaan yang tentunya terbukti berkesan untuk anak-anaknya. Paling mustahak, jangan bazirkan fasa golden age enam tahun pertama anak !
Melalui posting Instagram, Datuk Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi 15 tip pendidikan yang berguna untuk mendidik anak. Berikut ialah posting beliau;
Say ‘i love you’ pada setiap anak at least 10 times a day.
Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.
Gunakan sebaiknya Golden Age anak2, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak2 sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.
Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.
Strict with your rules at the same time full of love.
Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang.
Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine
Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.
Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.
Never saya ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’.
Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.
Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.
Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.
Identify signs of stress & reschedule.
EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6,BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.
Selain itu beliau juga sempat menjawab soalan-soalan berkaitan dengan keibubapaan yang diajukan oleh para pengikut dan netizen.
Memulakan urusan dengan perkataan Bismillah amalan yang mula. Lara Alana walau pun baru berusia 4 tahun sudah terbiasa menyebutnya secara spontan.
Lara Alana memang petah dan bijak. Buah hati kesayangan Awal Ashari & Scha Al-Yahya ini selalu menjadi perhatian netizen bukan sahaja kerana dia anak selebriti tetapi kerana kebijaksanaan dan telatahnya.
Walau pun baru berusia 4 tahun, Lara nampaknya sudah biasa memulakan sesuatu perkara dengan bacaan Bismillah dan dia telah menyebutnya dalam video penyediaan brownies di Instagram. Ini adalah sesuatu yang mengagumkan bagi kanak-kanak seusianya!
Lara tentunya telah dibiasakan untuk mengucapkannya perkataan mulia Bismillah oleh Awal & Scha. Perkara ini wajar untuk dicontohi ibu bapa yang lain dalam menitikberatkan adab sopan dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Bismillah adalah singkatan daripada Bismillahirrahmaanirrahiim yang bermaksud Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Netizen boleh mendengar dengan jelas perkataan Bismillah yang disebut Lara semasa anak kecil ini memasukkan setiap bahan iaitu air, minyak dan telur ke dalam mangkuk pengadun yang berisi tepung bagi menyediakan brownies.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak dia asyik mengamuk je kan?” anak mengamuk selalu di pandang sebagai anak yang bermasalah dan pasti ada yang menyalahkan ibu bapa dengan alasan tak pandai jaga anak.
Tapi sebenarnya anak kecil mengamuk itu normal, itu cara dia berkomunikasi dan meluahkan emosinya. Ikuti perkongsian daripada Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist.
KISAH MIA YANG BARU BELAJAR TANTRUM 🤯
“Anak Puan Maryam mesti behave je kan tak tantrum macam anak saya”
Pernah dahulu ada klien saya kata pada saya semasa saya sedang melakukan terapi bagi masalah kelewatan perkembangan dan tingkahlaku anaknya.
Tapi tidak, anak saya juga tidak lari dari perilaku yang mencabar walaupun maknya terapis kanak-kanak. 😅
Pernah juga saya hampir hilang sabar sebab Tuhan sahajalah yang tahu macam mana anak saya menangis semasa fasa ini, boleh tahan lebih 1 jam! Lagi stress bila anak menangis atas sebab tak munasabah. Contohnya,
-Tengok gambar kahwin saya dan suami, anak mengamuk tak ada gambar dia. 🤦♀️
-Nak makan ubat demam saya. 🤯
-Stress bila kepala tak muat masa nak pakai baju waktu bayi. 😵
Tak munasabahkan?
Saya pasti tak ramai mak ayah yang mempunyai ketahanan mental untuk mendengar budak menangis. Sebab itulah waktu ini boleh dikira waktu paling genting dalam parenting ataupun di panggil “TERIBLE TWOS”. 😌
Semua anak yang normal akan mengalami fasa ini.
👧 KISAH MIA 👧
Terasa nak cerita ada 1 kes melibatkan masalah tinglahlaku anak.
Mia (bukan nama sebenar), berumur 3 tahun semasa dirujuk untuk masalah pertuturan. Sebelum ini mak ayah masukkan Mia ke taska dengan harapan perkembangan Mia boleh berkembang dengan sendirinya. Tapi setelah lebih 6 bulan di taska, perkembangan Mia masih di tahap yang sama.
Saya tak salahkan taska sebab tak semua yang ada ilmu untuk membantu anak kelewatan perkembangan.
Semasa penilaian, saya dapati Mia mempunyai masalah kelewatan skil pertuturan yang serius. Umur 3 tahun tetapi belum ada walau 1 perkataan bermakna dikeluarkan. Masih lagi di tahap meniru bunyi (1 tahun ke bawah). Ini bermaksud perkembangan Mia terlewat 2 tahun.
Selain daripada itu, Mia juga mempunyai masalah perkembangan yang lain iaitu masih belum boleh melompat (skil motor kasar) walaupun sudah berumur 3 tahun. Untuk kes anak 3 tahun ke bawah biasanya soalan wajib saya
“Anak pernah tantrum atau ada masalah tingkahlaku tak?”
Mak ayah Mia beritahu yang Mia seorang anak yang baik dan menurut kata, tak pernah tantrum langsung.
Mia menyertai Intensive Development Program (IDP) di tempat saya BEYOND Home Therapy ataupun program terapi secara intensif khas untuk membantu masalah perkembangan. Program ini adalah program harian (Isnin-Jumaat).
Semasa 2 minggu pertama, saya dapati Mia mempunyai masalah fokus, masih lagi di fasa bersepah dan pantang barang terkemas tapi dalam masa yang sama Mia memang tak pernah marah bila orang lain ambil mainannya. Baik “behave” dan “happy go lucky” sahaja orangnya.
Selepas 2 minggu melalui terapi secara intensif, perangai Mia berubah menjadi agresif. Jadi pemarah, kuat tantrum, menangis tanpa sebab malah ada pernah hampir memukul kawan yang rampas mainannya.
Mak ayah Mia sedih sebab rasa dah tak kenal anak sendiri, anak yang “behave” berubah jadi kasar dan mula menyalahkan pihak kami. Saya pasti sesiapa yang berada di tempat mak ayah Mia ataupun yang membaca kes ini pasti menyalahkan pihak kami kerana menjadi punca Mia berubah.
Tetapi saya beritahu mak ayah Mia,
“Tahniah puan dan encik! Perkembangan emosi dan sosial anak dah meningkat. Anak dah mula ada perasaan marah, tak puas hati, cemburu, sedih dan nak buat semua sendiri”.
Ya, jika anak mula ada perasaan negatif. Maksudnya perkembangan emosi dan sosial anak dah meningkat ke tahap seterusnya. Purata anak akan mengalami fasa ini semasa 1 tahun 6 bulan, tetapi Mia umur 3 tahun baru mengalaminya.
Sebelum ini Mia dalam zon yang sangat selesa,
Nak makan ada orang suapkan,
Nak mandi ada orang mandikan,
Nak cakap ada orang tolong cakapkan,
Tak perlu berebut mainan sebab anak tunggal kesayangan,
Di taska juga Mia di-baby-kan, terasa dunia ini indah sahaja.
Tetapi di tempat kami, semua kena belajar buat sendiri dan semuanya memerlukan teknik yang betul untuk ajar anak makan, mandi, pakai baju seluar dan sebagainya. Mia terpaksa keluar daripada zon selesa dan secara tak langsung perkembangan emosi dan sosialnya berkembang.
Selepas Mia mula “belajar” tantrum dan mengamuk, barulah perkembangan lain-lain berkembang. Termasuklah perkembangan skil pertuturan, skil motor kasar, skil motor halus malah skil fokus juga meningkat! Mia sudah mula boleh duduk dan habiskan aktiviti yang diberi.
Mak ayah Mia terkejut dengan perubahan skil pertuturan yang daripada tak ada perkataan pertama lagi, kini Mia dah mula mengeluarkan perkataan pertama walaupun ambil hujung-hujung. Tapi tak apa, yang penting ada kemajuan.
Semua ini hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk Mia belajar cara mengawal diri dan hampir mencapai tahap perkembangannya sebenar. Sekarang Mia sudah masuk ke taska biasa, hanya memerlukan terapi secara mingguan untuk memantapkan lagi perkembangannya.
Jadi disini, sangat penting untuk kita sentiasa ingat dan mengingatkan pasangan yang,
1. Di sebalik anak yang tak “behave” di tempat awam sebenarnya ada banyak sel-sel otaknya sedang berhubung.
2. Jika kita mak ayah yang mempunyai anak berumur 1 hingga 3 tahun dengan tingkahlaku mencabar. Sepatutnya kita perlu bersyukur dan raikan sebab anak berada di tahap yang normal mengikut umurnya. Tak semua negatif itu negatif.
3. Jika sudah 3 tahun masih lagi ada masalah tingkahlaku mencabar, mohon dapatkan bantuan sebelum makin melarat.
4. Galilah ilmu untuk belajar menangani masalah tingkahlaku anak kerana tindakan kita semasa ini mempengaruhi masa depan anak.
5. Percayalah yang kita akan kurang stress menguruskan anak jika kita faham betul-betul fasa perkembangan anak dan cara menanganinya.
6. Berfikirlah sebelum bertindak dan ingatlah yang anak kecil belajar melalui pemerhatian.
Semua peringatan di atas untuk diri saya sendiri juga.
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu. Benar, karakternya berlainan berbanding anak perempuan. Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu, anak lelaki boleh jadi insan yang hebat. 4 sebab yang dikongsikan oleh kaunselor ini amat disarankan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Perkongsian daripada kaunselor, Puan Farhan tentang kenapa anak lelaki perlu rapat dengan ibu ini sebenarnya adalah formula yang amat diperlukan untuk membentuk lelaki yang hebat, positif dan berkualiti dari rumah.
Hasil didikan dari awal daripada ibu sendiri tentunya berkesan membina karakter dan jiwa anak lelaki sebagai pemimpin. Seringkali mendidik anak lelaki diserahkan kepada bapa kerana lelaki tentu akan memahami lelaki, namun sharing yang bermanfaat ini memberikan inspirasi kepada ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Anak lelaki perlu rapat dengan ibu. Keperluan ini adalah untuk membantu anak anda agar membesar dengan seimbang dan mempunyai ciri ciri yang positif sebagai seorang lelaki yang berkualiti.
Anak lelaki yang rapat dengan ibunya akan mendapat manfaat seperti berikut
#1. LEBIH MENGHARGAI WANITA YANG ADA DISEKELILINGNYA
Anak lelaki yang rapat dengan ibu pastinya akan lebih peka pada setiap apa yang ibu lakukan setiap hari. Kepayahan, kegigihan dan keletihan ibu akan lebih dihargai.
Seterusnya, ini akan mendorong mereka untuk menghargai wanita yang ada disekeliling mereka seperti adik beradik dan juga isteri.
#2. BELAJAR SIFAT LEMAH LEMBUT
Anak lelaki yang rapat dengan ibu akan belajar sifat lemah lembut. Ibu pada kebiasaanya mempunyai sifat lemah lembut dan anak akan belajar melaluinya. Jadi, anak anda akan belajar sifat lemah lembut itu dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Contohnya: Lemah lembut dalam percakapan
Anak lelaki itu memang sifatnya sedikit kasar, namun apabila mereka rapat dengan ibu, sifat kasar itu lebih mudah diuruskan.
Sebab itu, ibu jangan segan untuk pelukan anak lelaki dan amalkannya dari kecil. InsyaAllah mereka akan lebih mudah diurus.
#3. LEBIH HANDAL PENGURUSAN RUMAH
Anak lelaki yang rapat dengan ibu juga akan lebih senang untuk diajar menguruskan rumah. Secara tidak langsung, mereka akan membesar menjadi seorang lelaki yang pandai serba serbi contohnya memasak, mengemas dan sebagainya.
#4. BELAJAR MENGURUS PERASAAN DENGAN BAIK
Ibu itu sifatnya suka mendengar dan lebih peka dengan masalah anak. Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu akan bersedia untuk berkongsi masalah dan apa sahaja isu tentang dirinya.
Contoh, andainya dia sedang bersedia dia akan lebih mudah berkongsi dengan ibunya. Seterusnya, dia akan dibantu untuk mengurus perasaan dengan baik.
Anak lelaki yang tidak rapat dengan ibu akan banyak memendam perasaan dan ini akan menyebabkan anak itu sukar mengurus perasaan sendiri kerana tidak ada orang yang membantunya keluar dari setiap isu yang dihadapi. Ini akan membuatkan anak itu menjadi sedikit ganas dan mungkin juga mudah marah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...