Penantian Saharul Ridzwan dan isteri untuk menimang cahaya mata kedua berakhir apabila Deena Emir telah selamat melahirkan bayi perempuan yang ditunggu-tunggu selama ini.
Berita gembira itu dikongsi Saharul menerusi laman Instagram miliknya selepas meluahkan rasa syukur atas kelahiran si kecil seberat 3.305 kilogram itu pada Sabtu (13 Jun).
Ali dapat adik perempuan!
“Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang. Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm
Sebelum itu, pada Jumaat, Saharul ada berkongsikan Deena mengalami kontraksi dengan bukaan 1.5 sentimeter.
Namun apabila doktor membuat pemeriksaan, doktor menjelaskan itu hanyalah kontraksi palsu atau false alarm. Jadi pasangan ini dinasihatkan untuk pulang ke rumah dahulu dan datang semula pada 15 Jun.
Bagaimanapun, pada 14 Jun, akhirnya keluar juga puteri yang ditunggu-tunggu oleh pasangan ini.Rata-rata rakan selebriti dan peminat tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi perempuan itu selain mendoakan yang terbaik buat keluarga berkenaan.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 di Putrajaya dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.
Sumber : Saharul Ridzwan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Buat anda yang mungkin belum tahu, flos gigi adalah perbuatan mencuci kawasan di antara celah-celah gigi menggunakan flos – sejenis tali atau jaring halus yang boleh memasuki kawasan celah gigi.
Kebiasaannya, proses mencuci kawasan celah gigi ini dilakukan selepas memberus gigi untuk melengkapkan kitaran atau aturan mencuci mulut. Namun inilah yang menjadi masalahnya kerana individu cenderung menganggap bahawa memberus gigi sahaja sudah lebih daripada cukup.
TIDAK, ini kerana memberus tanpa memflos tidak akan mengeluarkan plak yang tersepit di kawasan celah gigi. Dengan flos, maka segala kotoran tersembunyi dapat dibuang lantas menghindarkan masalah mulut berbau.
Siapa perlu flos gigi?
Hakikatnya, persoalan ini tidak perlu timbul kerana semua orang perlu tahu maksud flos gigi dan melakukannya demi kesihatan oral yang lebih baik. Di sebalik kenyataan ini, mungkin terdapat beberapa golongan yang wajar menitikberatkan soal ini iaitu pemakai pendakap gigi.
Ini kerana pengguna pendakap gigi adalah lebih disarankan untuk memflos gigi ekoran besi yang dipakai pada gigi itu akan menyukarkan atau menyulitkan proses memberus gigi.
Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul pada kawasan celah gigi dan juga celah besi yang digunakan untuk merapatkan atau meratakan susunan gigi itu.
Selain itu, ada satu lagi golongan yang ditekankan iaitu kanak-kanak atau bayi.
Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula membantu si kecil melakukannya?
Umur berapa si kecil boleh mula melakukannya?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Stanford Children’s Health, ibu bapa perlu mula memflos gigi anak apabila si kecil sudah mempunyai 2 batang gigi.
Ini adalah sekitar usia 2 ke 3 tahun di mana proses pertumbuhan gigi susu biasa berlaku. Sebelum 2 batang gigi si kecil anda tumbuh, maka flos gigi masih belum diperlukan.
Kebiasaannya, ibu bapa perlu membantu mereka memflos gigi dari usia 2 ke 3 tahun sehingga 8 ke 10 tahun sebelum mereka boleh melakukannya secara sendiri.
Namun, ini sudah pasti menjadi satu cabaran buat ibu bapa bukan?
Bagaimana ibu bapa boleh membantu si kecil?
Pertama sekali, ibu bapa perlu sentiasa menemani anak anda di dalam bilik air dan membantu gosokkan gigi mereka lebih-lebih lagi golongan bayi.
Berikut merupakan langkah yang wajar ibu bapa ikuti:
-Gunakan berus gigi kecil dan lembut yang boleh anda masukkan ke dalam satu jari sahaja.
-Gunakan ubat gigi khas untuk bayi yang tidak mempunyai kandungan menghakis terlalu kuat.
-Gosokkan gigi mereka dengan perlahan dan menyeluruh di bahagian depan, tepi dan belakang gigi.
-Bilaskan gigi yang telah dicuci dengan menggunakan air bersuhu sederhana.
-Floskan gigi si kecil dengan menggunakan flos yang halus di antara celah gigi.
-Bilaskan gigi sekali lagi untuk membuang kotoran yang berjaya dicungkil.
berus gigi bayi
Bagaimana jika berlaku pendarahan pada mulut mereka?
Sedang ibu bapa asyik membantu si kecil memberus dan memflos gigi, tiba-tiba kalian perasan bahawa keluar darah daripada mulut mereka.
Apa yang perlu dibuat? Yang paling penting, jangan panik!
Ini kerana pendarahan ketika pertama kali flos gigi anak terutamanya yang masih kecil adalah normal. Pendarahan tersebut juga mungkin boleh berlaku kepada orang dewasa yang memflos gigi buat pertama kalinya.
Hari demi hari, pendarahan ini akan berhenti dengan sendiri ketika memflos gigi anak kerana gusi mereka sudah menjadi lebih kuat dan sihat.
Sekiranya pendarahan ini berlaku dengan sangat teruk dan tidak berhenti setelah beberapa hari atau minggu, segera berjumpa doktor gigi untuk rawatan lanjutan.
Akhir kata, jangan lambat sangat untuk mula flos gigi anak ya? Mulakan dari hari ini juga!
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah dengar pesanan doktor gigi anda berbunyi “Jangan kongsi sudu garpu dengan anak anda.”
Selain itu perbuatan ibu bapa meniup makanan anak kecil sebenarnya akan menyebabkan makanan tersebut dicemari dengan air liur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria.
Kesannya, makanan yang telah dicemari oleh bakteria-bakteria ini akan menyerang individu yang makan makanan tersebut iaitu bayi anda seterusnya mengakibatkan kesihatan gigi mereka terjejas.
Apa risiko bakteria ini kepada bayi?
Melalui perbuatan ini, bakteria-bakteria seperti streptococcus mutans dan helicobacter pylori akan tersebar kepada bayi anda.
Bakteria-bakteria ini seterusnya akan menjejaskan keadaan kesihatan bayi anda dengan menyebabkan:
KAVITI PADA GIGI BAYI.
Bakteria yang menyebabkan kondisi ini berlaku adalah streptococcus mutans. Bakteria ini akan meninggalkan asid selepas memakan baki makanan yang tertinggal pada gigi bayi anda.
Asid yang tertinggal pada gigi bayi anda ini akan menghakis gigi dan seterusnya membentuk kaviti (gigi berlubang).
Namun begitu, apa yang lebih membimbangkan adalah bakteria ini menyerang bayi yang masih belum tumbuh gigi.
Ini kerana bakteria ini akan menyerang gigi sekaligus mengakibatkan pembentukan plak dan kaviti pada gigi sebaik sahaja gigi mereka tumbuh.
Elakkan melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan air liur anda mencemari mulut anak anda. Higin mulut ibu yang teruk akan menerukkan lagi keadaan gigi susu anak.
Ingat! Tabiat meniup makanan, kongsi sudu garpu dan mencium mulut anda ke mulut anak juga menyebabkan pencemaran bakteria dari mulut anda kepada mulut anak.
Paling penting, sentiasa bersihkan bahagian mulut anak anda dengan air masak (putih) yang bersih bagi menghalang segala pergerakan dan pertumbuhan bakteria daripada berlaku.
Sekian, bantu saya sebarkan ilmu kesihatan pergigian ini agar lebih ramai ibubapa dan pengasuh anak-anak cakna.
Biarpun seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu dapat melakukan banyak perkara pada satu-satu masa, sebenarnya mereka tetap manusia biasa. Rasa penat dan stres adalah perkara biasa terutamanya jika suami tidak mencuba untuk memahami keletihan mereka. Paling teruk, jika isteri mengalami penat emosi.
Di dalam penulisannya di laman Facebook, Dr Redza Zainol berkongsi tentang pengorbanan seorang isteri. Menurutnya, isteri mungkin akan mengalami Emotional Burnout jika terlalu letih menguruskan rumah tangga. Penat emosi tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Ikuti perkongsian ini.
Saya perhati je dari pagi.
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.
Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”
Best ke?
Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ni sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri yang tahu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan anggota badan yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!