Foto: Freepik.com

Seronoknya mama papa bila anak mula tumbuh gigi. Bila senyum comel je nampak gigi di depan. Tapi bila anak sudah makin berusia dan semua giginya tumbuh, ada yang susunan menjadi jarang dan tidak cantik.

Menurut Dr Iqbal Rosali dalam satu perkongsiannya di Facebook, perkara ini bukanlah sesuatu yang serius untuk si kecil yang masih mempunyai gigi susu. Pada usia sebegini apa yang paling penting adalah penjagaan dan kesihatan gigi si kecil.

Jelasnya lagi ibu bapa seharusnya mendapatkan pemeriksaan gigi berkala buat anak-anak dari awal tumbuh gigi dan membiasakan anak-anak dengan doktor gigi untuk kesihatan gigi yang baik sehingga mereka dewasa.

Gigi Anak 5 Tahun Jarang-jarang, Boleh Ke Pakai Braces? Doktor Pesan Paling Penting Jaga Kesihatan & Kebersihan Gigi Anak Dulu!

Ini perkongsian daripada beliau:

“Kenapa gigi anak saya umur 5 tahun makin jarang-jarang? Boleh ke pakai braces masa ni untuk rapatkan balik?”

Gigi susu jarang-jarang begitu kerana saiz gigi susu ini kecil sahaja. Tidak berubah saiznya. Sedangkan tulang rahang mulut anak itu membesar. Makin besar anak memang akan nampak jarang pada gigi susu.

Gigi susu ada 20 batang.
Gigi kekal paling kurang akan ada 28 batang.

Saiz gigi kekal juga lebih besar. Ruang antara gigi susu, dan rahang yang membesar adalah untuk persediaan untuk gigi kekal tumbuh.

IKLAN
Gigi Anak 5 Tahun Jarang-jarang, Boleh Ke Pakai Braces? Doktor Pesan Paling Penting Jaga Kesihatan & Kebersihan Gigi Anak Dulu!
foto: Freepik.com

Pakar Orthodontik mencadangkan untuk mendapatkan konsultasi tentang susunan gigi bila anak umur 7 tahun. Masa ini gigi geraham kekal dan gigi kacip (kapak) kekal sudah mula tumbuh.

Jadi kalau umur 4 tahun tak ada nak bimbang pasal susunan gigi kekal ni.

Lebih kurang umur 7-9 tahun, gigi anak kecil kita ni makin tak cantik susunannya. Ada gigi nak tumbuh, ada gigi nak tanggal. Lagi-lagi bila gigi kacip tumbuh. Nampak besar semacam. Orang putih panggil ‘ugly duckling stage’.

Sebab tu penting mak bapa tahu bila gigi susu tanggal, bila gigi kekal keluar.

Gigi Anak 5 Tahun Jarang-jarang, Boleh Ke Pakai Braces? Doktor Pesan Paling Penting Jaga Kesihatan & Kebersihan Gigi Anak Dulu!
foto: Freepik.com

Kalau ada mak ayah yang bimbang tentang susunan gigi anak, itu bagus. Mak ayah prihatin. Tapi pada umur 4 tahun macam tu, adalah lebih baik pentingkan dulu penjagaan kebersihan gigi. Jangan bagi rosak. Ajar anak gosok gigi dengan betul. Itu sepatutnya. Susunan gigi ni nanti-nantilah duk bimbangnya.

Apa yang penting, dapatkan pemeriksaan gigi berkala untuk si anak sejak tumbuh dua batang gigi susu. Biasakan anak dengan klinik gigi, dengan doktor gigi. Walaupun gigi tak rosak, tak ada mengadu sakit, bawa sahaja. Kita periksa. Kalau semua okay, anak happy, mak bapa pun happy.

IKLAN

Sumber: Iqbal Rosali

Baca: Kalau Anak Tantrum, Kita Jangan Ikut Tantrum, Umur 1 sampai 6 Tahun Fasa Berkembang & Beradaptasi Si Kecil. Ini Yang Ibu Ayah Kena Selalu Buat

EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

IKLAN

Gigi Anak 5 Tahun Jarang-jarang, Boleh Ke Pakai Braces? Doktor Pesan Paling Penting Jaga Kesihatan & Kebersihan Gigi Anak Dulu!

Jom join Virtual Merangkak Race kami. Mudah je kali ni hanya hantar video anak merangkak secara virtual. Dengan Tema SUPERHERO video paling kreatif dan menarik akan berpeluang dipilih sebagai pemenang dan memenangi hadiah berupa wang tunai yang akan dikreditkan dalam akaun SSPN anak.

Jangan lepaskan peluang dan cepat-cepat hubungi nombor telefon yang tertera! Siapa tahu rezeki anak yang baru boleh merangkak tu!

Gigi Anak 5 Tahun Jarang-jarang, Boleh Ke Pakai Braces? Doktor Pesan Paling Penting Jaga Kesihatan & Kebersihan Gigi Anak Dulu! Gigi Anak 5 Tahun Jarang-jarang, Boleh Ke Pakai Braces? Doktor Pesan Paling Penting Jaga Kesihatan & Kebersihan Gigi Anak Dulu!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI