Tiada yang lebih menggembirakan untuk setiap pasangan suami isteri selain daripada berita kehamilan sang isteri. Walaupun bukan kehamilan yang pertama, keterujaan hati tetap sama tatkala dimaklumkan isteri hamil lagi.
Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang berbadan dua.
Berita tersebut dikongsi oleh pelakon Bukan Gadis Biasa ini melalui akaun Instagramnya.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Idzham dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.
Idzham dan Bella yang bekerja sebagai pramugari MAS diijabkabul pada Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Sofea Inara yang kini sudah berusia 3 tahun.
Ads
Tahniah diucapkan kepada Idzham dan Bella dengan kehamilan anak kedua ini. Pasti kaka Sofea juga tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang bakal dilahirkan oleh ibunya kelak. Semoga semuanya dipermudahkan!
“Syukur rezeki Allah nak bagi..” Itu yang dikongsikan Datin Seri Shahida apabila diberikan rezeki 5 orang cahaya mata di usianya 23 tahun hinggalah sekarang dalam umur 34 tahun.
Berkongsi gambar kenangan sewaktu hamil anak pertama ketika tahun 2008 hinggalah sekarang anak kelima, ternyata tiada perbezaan ketara dan tetap cantik.
Bersalin sakit, bila tengok muka baby terus hilang sakitnya
Shahida juga akui walaupun semasa kehamilan ada ibu-ibu yang kuat alahan atau terpaksa jumpa doktor dengan kerap, namun bila sampai masanya melahirkan bayi dan tengok muka anak terus rasa hilang sakitnya.
Dari umur 23 tahun (2008) start hamil anak pertama sampai lah umur 34 tahun (2019).
“Kalau sakit bersalin tu memang sakit, tapi kan bila tengok je muka anak hilang terus kesakitan melahirkan….betul tak?
Hebatkan seorang wanita yang bergelar ibu. Nampak je kita ni lemah tapi bila proses mengandung dan melahirkan anak, automatiknya wanita boleh jadi kuat rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kini usia kandungan Shahida dah masuk 7 bulan dan setakat ini belum lagi berkongsi jantina bayi dalam kandungannya.
Semoga urusan Shahida dipermudahkan sepanjang mengandung dan melahirkan bayinya nanti.
Sumber: ig Datin Seri Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami gejala ‘morning sickness’ yang teruk ketika awal trimester kehamilan. Semuanya jadi serba tak kena dan sukar bagi ibu hamil melalui rutin harian.
Muntah dan mual menjadi “sahabat” baik ibu hamil sepanjang tiga bulan pertama atau ada yang lebih teruk gejala mual dialami sehingga saat hendak melahirkan bayi. Bertabahlah!
Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menyebabkan ibu hamil mengalami mual dan muntah-muntah. Anda perlu tahu apa punca menyebabkan mual berlaku, barulah tahu cara untuk mengatasi mual yang sangat meletihkan. Antara penyebab mual berlaku pada ibu hamil adalah seperti berikut:
1. Gejala asid gastirk
Bagi ibu hamil yang memang mempunyai sejarah gastrik, dia akan mudah terkena mual dan muntah. Apatah lagi sekiranya ibu sering membiarkan perutnya kosong dalam waktu yang lama. Dia akan mudah mengalami mual dan muntah disebabkan paras asid gastrik yang naik.
2. Hormon meningkat
Punca asid gastrik naik berulang disebabkan hormon dalam badan meningkat. Hormon yang meningkat adalah hormon estrogen. Hormon ini mempengaruhi keadaan asid gastrik seseorang. Ketika asid gastrik meningkat maka ibu pun mula merasa mual. Hormon estrogen lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi, itulah sebabnya ramai ibu mengalami mual pada waktu pagi.
3. Hormon HCG
HCG adalah hormon yang boleh mengesan kehamilan seseorang. Perubahan inilah yang menyebabkan berlaku tanda kehamilan dan ibu mula mengalami mual dan muntah.
4. Metabolisme berubah
Kadar metabolisme dalam badan boleh mempengaruhi sistem imun. Ketika awal kehamilan, metabolisme di dalam badan akan berubah. Metabolisme menjadi lebih lambat dibandingkan sebelum positif mengandung. Itulah yang menyebabkan bakal ibu mual dan muntah.
5. Sistem penghadaman tertekan
Ada juga ibu yang mengalami mual di akhir kehamilan apabila kandungan semakin membesar. Perkembangan bayi yang menekan organ penghadaman dan saluran penghadaman menyebabkan ruang menjadi sempit dan ibu mudah terasa mual.
6. Psikologi
Ada juga ibu yang mengalami mual dan muntah kerana faktor terlalu kerap memikirkannya. Perasaan tertekan dan stres menjadi punca utama ibu rasa mual dan hendak termuntah.
Biarpun gejala mual ketika hamil dianggap sebagai perkara normal di kalangan ibu hamil, tetapi ada petanda bahaya pada nyawa ibu yang mengalami masalah mual luar biasa.
Petunjuk tersebut mesti difahami oleh bakal ibu dan ayah supaya segera mendapatkan rawatan untuk mengelakkan daripada gejala menjadi lebih buruk dan membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Bakal ayah juga perlu lebih prihatin dan jangan menganggap isteri anda mengada-ngada atau sengaja melayan mual dan muntah yang dialaminya.
Berikut adalah petunjuk bahaya mual pada ibu hamil yang mesti segera mendapatkan rawatan lebih lanjut.
1. Ibu hamil akan terus mual dan muntah sebaik makan atau minum.
2. Jumlah air kencing sangat sedikit.
3. Badan terus lemah dan lesu sehingga tidak boleh bangun dari tempat tidur.
Sekiranya ibu hamil ada mengalami ciri-ciri tersebut ia menunjukkan anda bukan mengalami gejala mual dan muntah biasa tetapi lebih kepada penyakit hiperemisi gravidarum.
Penyakit ini adalah masalah mual dan muntah yang berlebihan. Rawatan intensif di hospital sangat diperlukan untuk mengembalikan keadaan ibu seperti sedia kala. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan membahayakan nyawa ibu hamil kerana kekurangan cecair dan tenaga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas isteri tersayang mengalami keguguran pada November tahun lalu, cef selebriti dan pengacara program masakan, Cef Naem baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila suri hatinya itu sudah hamil dengan usia kandungan mencecah hampir lima bulan.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Cef Naem sendiri tidak menyangka isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli disahkan hamil secepat ini.
“Alhamdulillah berita yang amat menggembirakan, namun saya masih lagi terkejut apabila rezeki untuk menimang cahaya mata diberi dalam tempoh yang singkat kerana isteri baru saja keguguran sekitar November, tahun lalu.
“Namun, saya anggap rezeki ini sudah tertulis selepas hampir setahun menantikan kehadiran zuriat. Mungkin lain orang, berbeza-beza keadaannya.
“Apapun, sukar untuk saya gambarkan perasaan ini apabila bakal bergelar bapa tak lama lagi. Doakan semoga proses kehamilan ini berjalan lancar dan Inshaa-Allah bayi dijangka lahir pada Oktober depan,” katanya.
Menurut Naem, isterinya juga mengalami alahan teruk apabila tidak boleh menghidu minyak wangi yang dipakainya.
“Pada peringkat awal kehamilan, dia (isteri) mengalami alahan teruk apabila sering muntah-muntah.
“Malah dia juga tidak boleh menghidu minyak wangi yang saya pakai walaupun dia yang menghadiahkannya.
“Jadi apabila saya keluar memang tak sembur minyak wangi lah. Kalau perlu pakai pun saya akan guna di dalam kereta,” katanya pada akhbar tersebut.
Terbaru, menerusi Instagram miliknya, Cef Naem berkongsi tentang perkembangan terbaru kandungan isteri tercinta dengan memuat naik video imbasan ultrasound.
Dalam postingnya itu, Cef Naem mengucapkan rasa syukur dan dalam masa yang sama turut berasa gementar. Dia memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat isteri dan anak yang sedang dikandung.
Dia juga turut memaklumkan bahawa anak yang bakal lahir pada Oktober nanti adalah anak perempuan.
“Alhamdulillah. thank you ya Allah. nervous pulak rasa nya . apa pun tolong doa kan yang baik baik utk wife @syazwanizulkaffli dan bakal anak ya thanks guys ️. oh yaa. btw, its a Baby Girl #blessed”
Naem dan Syazwani mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2018 di Jempol, Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga isteri Cef Naem menjalani proses kehamilan dengan lancar dan semoga ibu dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan baik.