Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi telah selamat melahirkan bayi keempatnya secara pembedahan pagi semalam. Menerusi instagramnya, Oki memaklumkan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya.

Sungguh pun begitu, kesihatan bayi keempat yang diberikan nama indah, Sulaiman Ali Abdullah itu tidak memberangsangkan kerana mengalami sedikit masalah pernafasan. Bayi Sulaiman kini masih dirawat di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal).

“Tak Mahu Bersedih Tapi Saya Masih Terus Menangis,” Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin, Anak Masih Di NICU!

“Alhamdulillah telah lahir putra ke-4 kami, Sulaiman Ali Abdullah pagi tadi (semalam), Isnin, 16 November 2020 pukul 5.46am.

“Berbanding kakak-kakaknya yang cenderung besar, Sulaiman tergolong agak kecil iaitu lahir dengan berat 2.9 kilogram (kg).

“Alhamdulillah proses persalinan berjalan sangat baik, saya sangat sihat, semua berjalan lancar,” katanya berkongsi.

Mohon Doakan Perkembangan Positif Sulaiman

IKLAN

Biar pun masih belum berkesempatan bertemu dengan bayinya disebabkan masalah itu, namun Oki tetap cekal. Sehingga ke hari ini yang sudah memasuki hari ketiga, bayi Sulaiman masih berada di NICU bagi meneruskan rawatan sehingga pulih.

Kata Oki, dia sebolehnya tidak mahu menangis mengenangkan anaknya. Namun sokongan suami yang tanpa henti meredakannya, keluarga serta teman-teman membuatkan dia semakin kuat sambil mendoakan agar bayi keempatnya itu segera dibenarkan keluar hospital.

“Tak Mahu Bersedih Tapi Saya Masih Terus Menangis,” Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin, Anak Masih Di NICU!

“Qadarullah, Sulaiman memiliki masalah masalah adaptasi pernapasan atau secara perubatan disebut dengan Transient Tachypneu of the Newborn (TTN).

IKLAN

“Sampai saat ini saya belum bertemu Sulaiman, kerana Sulaiman dirawat di NICU dengan menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu entri terkini, Oki memaklumkan perkembangannya dan bayi Sulaiman yang masih lagi berada di NICU.

“Tak Mahu Bersedih Tapi Saya Masih Terus Menangis,” Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin, Anak Masih Di NICU!

“Saya dan Sulaiman masih di sini. TTN nya sudah membaik, namun ternyata harus ada pemeriksaan lanjutan. Kemarin dokter anak mendatangi saya dan menyampaikan bahwa Sulaiman harus diobservasi oleh 6 dokter. Sampai hari ini.. selalu berdebar dada ini saat ada dokter yang mengumumkan hasil pemeriksaannya.

IKLAN

“Walaupun tak ingin menangis, nyatanya saya masih terus menangis sementara suami menenangkan dan berkata, “ Kemarin Allah sudah memberikan begitu banyak kebahagiaan, kita jalani skenario Allah ini,” katanya lagi.

Oki juga turut memohon para pengikutnya agar mendoakan kesejahteraan bayi keempatnya itu. Semoga bayi Sulaiman semakin menampakkan perkembangan yang positif. Doakan yang baik-baik sahaja buat Oki dan bayinya.

Terdahulu, Oki Setiana Dewi berkahwin dengan suaminya, Ory Vitrio Abdullah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan empat orang cahaya mata, dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 5, dan Khadeejah Fatimah, 4 serta dua orang anak lelaki, Ibrahim Muhammad Abdullah, 3 tahun dan Sulaiman Ali Abdullah.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @okisetianadewi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI