Kebanyakan ibu selalu pening fikirkan resipi apa nak masak untuk baby setiap hari. Resipi puri ini cukup mudah dan senang.

Bagi mommy yang bekerja atau suri rumah boleh praktikkan. Lepas ni tak payah nak pening-pening dah.

Cukup 15 minit, mommy dah boleh duduk bersila breakfast atas sofa empuk.

10 Resipi ni penuh khasiat dan dijamin 200% Halal untuk ibu-ibu yang ada anak kecik umur 6 bulan.

Pada usia 6 bulan, anak akan mula lalui proses “weaning”. Maksudnya dari hanya menyusu susu badan atau susu tepung, bayi akan mula makan. Nyum nyum.

Antara zat penting yang mula merosot dalam badan bayi pada usia 6 bulan ke atas ialah zat besi.

Susu ibu dah tak dapat tampung permintaan (demand) zat besi yang mencukupi bila bayi mula cecah usia 6 bulan. Sebab tu proses weaning sangat penting untuk dimulakan seawal umur 6 bulan.

Dari makanan bayi, barulah bayi dapat zat besi yang mencukupi.

Dah start makan ni, susu jangan dilupa pula. Naikkan jumlah makanan yang diberi dan mula kurangkan jumlah susu yang diberi sehingga usia anak cecah 2 tahun.

Yang terbaik kalau awak bagi anak makan dulu sebelum bagi susu. Kalau bagi susu dulu, baby jadi kenyang dan kurang minat nak makan.

Boleh buat banyak-banyak puri ni dan simpan sehingga 2-3 bulan di dalam freezer.

Boleh guna resipi ni secara bergilir sampai baby membesar jadi sihat dan kuat.

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Lobak Merah dan Labu

Bahan-bahan:

• 50 g labu
• 1/2 batang lobak merah ( saiz sederhana )

Cara memasak:

1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.

2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.

3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut. Gigih tak?

4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Keledek dan Bunga Kubis

Bahan-bahan:

  • 1 biji keledek ( saiz sederhana )
  • 50 g bunga kubis

Cara memasak:

  1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.
  3. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.
  4. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim

IKLAN

* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Keledek dan Labu

Bahan-bahan:

  • 1 biji keledek ( saiz sederhana )
  • 50 gram labu

Cara memasak:

  1. Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim

* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 3-4 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Lobak Merah dan Kentang

Bahan-bahan:

  • 1 biji kentang ( saiz sederhana )
  • 1 batang lobak merah saiz sederhana

Cara memasak:

  1. Lobak merah dan kentang dibersih dan dipotong dadu.
  2. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan

* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

IKLAN

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Kentang dan Kubis Bunga

Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang ( saiz sederhana )
  • 50 gram kubis bunga

Cara memasak:

  1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.
  3. Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
  4. Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga kubis bunga menjadi lembut.
  5. Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.

* boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim

* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Saiz hidangan : 3-4 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Epal, Pic Kering dan Kurma

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal merah
  • 4-5 pic kering
  • 1 biji kurma

Cara memasak:

  1. Potong dadu epal.
  2. Hiris kasar kurma dan pic kering.
  3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.
  4. Renehkan semua bahan selama 10 minit atau sehingga lembut.
  5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

IKLAN

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Epal , Pir dan Kayu Manis

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal merah
  • 1 biji pir hijau
  • Sebatang kayu manis
  • 3-5 sudu air

Cara-cara memasak:

  1. Potong dadu epal dan pir
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  3. Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut
  4. Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Pir dan Avocado

Bahan-bahan:

  • 1biji pir hijau
  • 1 biji avocado

Cara memasak:

  1. Potong dadu pir dan renehkan dalam periuk selama 10 minit atau hingga pir jadi lembut.
  2. Masukkan pir dan avocado yang didadu ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Epal dan Pisang

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal merah
  • 1 biji pisang ( saiz sederhana )

Cara memasak:

  1. Potong dadu epal dan renehkan di dalam periuk selama 10 minit atau hingga buah-buahan tadi lembut.
  2. Masukkan epal dan pisang yang telah dipotong-potong ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

10 Resipi Mudah Puri Bayi Sihat Sepantas 15 Minit. Rugi Tak Cuba!

Puri Mangga dan Avocado

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga ( saiz sederhana )
  • 2 biji avocado

Cara-cara memasak:

  1. Potong isi mangga dan avacado dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisarkan sampai sebati. Campurkan sedikit air atau susu ibu jika perlu untuk memudahkan proses pengisaran.

Saiz hidangan : 2-3 hidangan

Usia : Sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

Sumber: Redza Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI