Ads

10 Sekolah Setiap Daerah Bakal Melalui Reformasi, Terima Peruntukan Sehingga RM100,000

Setiap ibu bapa tentu mengimpikan anak belajar dalam persekitaran sekolah yang selamat, selesa dan mampu membantu mereka berkembang secara menyeluruh. Bukan sekadar mengejar keputusan akademik, sekolah juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, emosi, keyakinan serta kesejahteraan anak-anak.

Bermula minggu depan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Program Reformasi Sekolah bagi melonjakkan mutu pendidikan negara melalui perubahan budaya, ekosistem dan tahap profesionalisme seluruh warga sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, menerusi program berkenaan, sebanyak 10 sekolah di setiap daerah akan dipilih sebagai projek rintis bagi mengangkat mutu pendidikan serta meningkatkan kemenjadian murid.

Lima Sekolah Rendah Dan Lima Sekolah Menengah Dipilih

10 Sekolah Setiap Daerah Bakal Melalui Reformasi, Terima Peruntukan Sehingga RM100,000

Menurut beliau, setiap daerah akan memilih lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah untuk dibangunkan sebagai sekolah terbaik di daerah masing-masing.

Setiap sekolah yang terpilih juga berpeluang menerima peruntukan sehingga RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pembaharuan berdasarkan keperluan dan perancangan sekolah masing-masing.

“Setiap daerah akan mengangkat 10 sekolah, iaitu lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah yang harus menjadi sekolah terbaik di daerah masing-masing.

“Saya sudah melalui beberapa sesi bersama sekolah-sekolah ini dan nampaknya masing-masing cukup bersemangat kerana tawaran kita adalah sehingga RM100,000 bagi setiap sekolah untuk melakukan pelbagai perubahan dan reformasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ads

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Trending artikel: Bantuan MamaKerja Kini RM10 Juta! Lagi 5000 Ibu Bekerja Terima Insentif RM1,000

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Reformasi Sekolah Bukan Sekadar Naik Taraf Kemudahan

Fadhlina menegaskan bahawa reformasi sekolah bukan sekadar melibatkan usaha menaik taraf kemudahan fizikal atau menambah teknologi baharu di dalam bilik darjah.

Sebaliknya, reformasi sebenar memerlukan perubahan menyeluruh terhadap budaya kerja, pemikiran, kaedah pengajaran serta cara seluruh warga sekolah bekerjasama dalam membangunkan potensi murid.

“Reformasi ini tidak boleh ambil jalan singkat. Contohnya, memasang pendingin hawa di semua sekolah atau meletakkan papan pintar di setiap kelas, itu bukan reformasi.

Ads

“Reformasi ialah perubahan budaya, perubahan ekosistem dan perubahan mentaliti yang harus digarap oleh seluruh warga sekolah untuk menaikkan martabat sekolah menjadi sekolah terbaik,” katanya.

Beliau berkata, usaha reformasi berkenaan turut merangkumi pembaharuan dalam kaedah pengajaran, pemerkasaan kesejahteraan mental warga sekolah, penyelesaian isu buli serta memastikan kebajikan seluruh komuniti sekolah terus diperkukuhkan.

Bagi ibu bapa, pembaharuan seperti ini amat penting kerana pengalaman anak di sekolah bukan hanya bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Persekitaran yang positif, hubungan baik antara guru dan murid serta budaya sekolah yang sihat turut mempengaruhi emosi, keyakinan dan minat anak untuk belajar.

Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti pendidikan negara secara mampan melalui penglibatan aktif guru, pentadbir, murid, ibu bapa serta komuniti setempat.

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Ads

Garis Panduan Sekolah Selamat Perkukuh Keyakinan Ibu Bapa

Dalam pada itu, Fadhlina turut merakamkan penghargaan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian susulan pelancaran Garis Panduan Sekolah Selamat dan Polisi Perlindungan Murid.

Menurut beliau, garis panduan komprehensif berkenaan merupakan antara usaha penting dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan sekolah, selain memastikan hak dan kebajikan murid sentiasa diberikan keutamaan.

“Kita tidak mahu sekolah dari segi keselamatan, guru-guru kita terus dipersoal, anak-anak kita terus dipinggirkan apabila kita bercakap soal kepercayaan masyarakat terhadap sekolah kita.

“Sebab itu garis panduan ini adalah garis panduan yang komprehensif meliputi semua isu di sekolah,” katanya.

Pelaksanaan garis panduan ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah menangani pelbagai isu dengan lebih tersusun, termasuk keselamatan fizikal murid, kes buli, gangguan, kecuaian serta perkara yang boleh menjejaskan emosi dan kesejahteraan anak-anak.

Bagi ibu bapa, sekolah yang terbaik bukan hanya sekolah yang mencatatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Sekolah juga perlu menjadi tempat anak berasa selamat, dihargai, dilindungi dan diberikan ruang untuk berkembang mengikut potensi masing-masing.

Melalui Program Reformasi Sekolah ini, ibu bapa pastinya berharap perubahan yang dirancang benar-benar dapat dirasai oleh murid, bukan hanya berlaku di atas kertas. Peruntukan yang diterima juga diharapkan dapat digunakan secara berkesan untuk membina persekitaran pendidikan yang lebih baik, selamat dan menyokong perkembangan anak secara menyeluruh.

Sumber: Berita Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Syafiqa Hamil Lima Bulan, Harumkan Nama Malaysia Dengan Pingat Perak Sukan...

Syafiqa Haidar Afif mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat perak Sukan Komanwel Glasgow 2026 ketika hamil lima bulan, sekali gus menjadi inspirasi buat wanita dan bakal ibu di Malaysia.