Kekeluargaan

10GB Data Internet Percuma: Berita Gembira & Manfaat Hebat Buat Ibu Ayah

Share

Bertuahnya jadi rakyat Malaysia! Ibu ayah, ada berita gembira buat kita semua sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 apabila rakyat Malaysia yang layak bakal menerima 10GB data internet percuma.

Rakyat Malaysia yang layak bakal menerima data internet percuma menerusi Insentif Rebat RAHMAH. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES. Ia melibatkan pengguna perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam kalangan warganegara Malaysia yang layak.

10GB Data Internet Percuma Dibahagikan Kepada Dua Tarikh

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, pemberian data percuma tersebut akan dibahagikan kepada dua tarikh istimewa sempena sambutan negara.

“Sebanyak 5GB data percuma akan diberikan pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026, manakala 5GB lagi pada Hari Malaysia, 16 September 2026.”

Ini bermakna pengguna yang layak akan menikmati keseluruhan 10GB data internet percuma, iaitu 5GB pada Hari Kebangsaan dan 5GB lagi pada Hari Malaysia.

Manfaat Data Percuma Untuk Ibu Ayah Dan Anak-Anak

Bagi ibu ayah, pemberian seperti ini sudah tentu menjadi satu manfaat yang boleh digunakan sebaiknya. Internet kini bukan sahaja untuk hiburan, malah menjadi antara keperluan dalam kehidupan seharian keluarga. Anak-anak memerlukannya untuk mencari bahan pembelajaran, menyiapkan tugasan sekolah dan mendapatkan maklumat, manakala ibu ayah pula menggunakannya untuk urusan kerja, komunikasi serta pelbagai urusan harian.

Dalam keadaan perbelanjaan keluarga yang perlu diurus dengan lebih teliti, data tambahan ini juga sedikit sebanyak boleh membantu menjimatkan penggunaan kuota internet berbayar. Walaupun nampak seperti manfaat kecil, setiap penjimatan boleh memberi ruang kepada ibu ayah untuk menggunakan wang tersebut bagi keperluan anak-anak dan rumah tangga yang lain.

Bagi keluarga yang mempunyai anak bersekolah, 10GB data internet percuma ini juga boleh dimanfaatkan untuk mengakses bahan pembelajaran dalam talian, menonton video pendidikan atau mencari rujukan bagi tugasan sekolah. Ibu ayah juga boleh menggunakan data tambahan tersebut untuk berkomunikasi dengan pihak sekolah atau menguruskan perkara penting secara dalam talian.

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Cara Tebus 10GB Data Internet Percuma

Bagaimanapun, ibu ayah perlu ambil perhatian bahawa kaedah serta tempoh penebusan data percuma itu akan diperincikan oleh syarikat telekomunikasi masing-masing dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.

Fahmi berkata:

“Kaedah dan tempoh penebusan data internet percuma ini akan diperincikan oleh syarikat telekomunikasi, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.”

Soalan lazim atau FAQ berkaitan inisiatif berkenaan juga akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Komunikasi dalam tempoh terdekat. Jadi, ibu ayah disarankan untuk menunggu pengumuman rasmi daripada syarikat telekomunikasi masing-masing bagi mengetahui cara mendapatkan 10GB data internet percuma

tersebut.

Ini penting kerana kaedah tuntutan mungkin berbeza mengikut syarikat telekomunikasi, jenis pelan atau syarat yang ditetapkan. Sebaiknya ibu ayah semak aplikasi, laman sesawang atau saluran rasmi telco masing-masing apabila pengumuman dibuat supaya tidak terlepas tempoh penebusan.

Jom sertai Edutainment Fest 2026! 🎈 Festival kanak-kanak yang menggabungkan pembelajaran 📚 dan keseronokan 🎨 sambil memberi pendedahan tentang kepentingan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak 🌟 📅 Tarikh: 5–6 September 2026 ⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam 📍 Lokasi: Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur Lebih menarik, 500 peserta terawal yang mendaftar akan menerima: 💰 Akaun Simpan SSPN bernilai RM30 🎁 Goodies istimewa 📜 Sijil penyertaan Daftar sekarang dan bawa anak-anak menikmati pengalaman belajar yang menyeronokkan! 👇 https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/

Tajaan Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026

Dalam perkembangan sama, nilai keseluruhan tajaan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang disahkan setakat 12 Ogos 2026 mencecah RM48.63 juta. Daripada jumlah tersebut, RM2.7 juta merupakan sumbangan tunai, manakala RM45.93 juta lagi dalam bentuk barangan dan perkhidmatan.

Gunakan Data Tambahan Dengan Bijak

Alhamdulillah, bertuahnya jadi rakyat Malaysia. 🇲🇾 Bila ada kemudahan seperti 10GB data internet percuma ini, jangan lepaskan peluang untuk manfaatkannya. Ibu ayah boleh gunakan data tambahan untuk perkara yang lebih berfaedah, terutama bagi keperluan anak-anak dan keluarga.

Antaranya, data tambahan boleh digunakan untuk memuat turun bahan sekolah, mengikuti pembelajaran dalam talian, membuat urusan penting keluarga atau digunakan ketika berada di luar rumah. Jika masih mempunyai kuota internet berbayar, pemberian ini juga boleh membantu mengurangkan penggunaan kuota sedia ada sepanjang tempoh berkenaan.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Kadang-kadang penjimatan itu tidak semestinya dalam jumlah yang besar. Sedikit demi sedikit, apabila dimanfaatkan dengan bijak, tetap boleh membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga. Jadi ibu ayah, jangan lupa semak pengumuman rasmi telco masing-masing menjelang 31 Ogos dan 16 September nanti supaya manfaat 10GB data internet percuma ini tidak terlepas!

Sumber: Berita Harian

Published by
Nor Yusoff