Selepas bersalin, anda bukan lagi makan untuk dua orang. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang anda boleh kembali makan makanan ringan kerana bayi anda masih perlu mendapat nutrien daripada anda, melalui susu badan.

11 Makanan Yang Baik Untuk Ibu Lepas Bersalin, Barulah Si Manja Dapat Nutrisi Dari Susu Badan!

Jika anda mahu si manja membesar dengan sihat, anda perlu mengambil berat akan pemakanan anda. Sekiranya anda masih belum pasti makanan apa yang boleh dimakan selepas bersalin, teruskan membaca artikel ini.

Makanan untuk ibu selepas bersalin

1. Oatmeal
Oatmeal adalah kaya dengan zat besi, yang melindungi anda daripada mendapat anemia kekurangan zat besi, yang boleh meninggalkan kesan buruk pada penghasilan susu anda.

Oatmeal juga boleh memastikan perut anda kenyang untuk masa yang lama, selain boleh meningkatkan penghasilan susu badan anda.

2. Kacang badam
Kacang badam kaya dengan protein dan kalsium.

Ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil kira-kira 1000 mg kalsium setiap hari untuk memastikan bahawa melalui susu ibu, si manja mendapat cukup kalsium untuk membesar dengan baik.

IKLAN

3. Aprikot
Aprikot penuh dengan serat pemakanan, vitamin A, vitamin C, dan potassium, yang kesemuanya merupakan nutrien penting.

Dengan memakan aprikot dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan anda kerana buah ini mengandungi prolaktin, yang merupakan hormon yang mengawal selia penghasilan susu badan.

Baca: Betuk Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi? Jom Baca Untuk Ketahui

4. Salmon
Ikan berlemak yang lazat ini amat baik untuk wanita yang menyusukan bayi, kerana salmon mengandungi tinggi protein dan banyak DHA, sejenis lemak yang penting untuk perkembangan sistem saraf bayi.

5. Yogurt
Yogurt ialah sumber terbaik protein dan kalsium. Yogurt juga mudah dimakan dan mengandungi pelbagai perisa untuk anda pilih.

Walau bagaimanapun, berhati-hati jika bayi anda didiagnosis dengan alahan protein susu, jadi anda tidak boleh makan yogurt.

IKLAN

Baca: Tak Boleh Keluar, Hanya Duduk Di Rumah. Sistem Imun Anak Terjejas?

6. Sayur kacang
Sayur kacang adalah baik untuk sistem penghadaman anda. Sayur ini juga kaya dengan zat besi dan protein.

Oleh itu, keraplah makan sayur kacang untuk menambah pengambilan protein dan zat besi anda.

7. Bayam
Bayam ialah nutrien-tumpat dan tinggi kalsium, yang membantu pembentukan penuh tulang bayi. Tambahan pula, bayam juga mudah dimasak dengan pelbagai cara.

8. Kurma
Kurma ialah satu lagi sumber lain makanan kaya-kalsium. Kurma dipercayai boleh meningkatkan penghasilan susu badan anda memandangkan ia menyediakan prolaktin pada tubuh anda, sama seperti aprikot.

IKLAN

Kurma juga ialah buah yang manis yang dapat memenuhi rasa ‘mengidam’ anda.

9. Biji bijan
Bijan adalah makanan yang penuh kalsium, serat, zat besi, magnesium, fosforus, mangan, dan kupur.

10. Telur
Telur bukan sahaja mengandungi lebih daripada 12 vitamin dan mineral, tetapi juga penuh protein berkualiti, kolin, lemak omega-3 dan DHA, yang memastikan tumbesaran dan perkembangan bayi anda, baik fizikal mahupun mental.

11. Beras perang
Beras perang mempunyai banyak serat dan nutrien. Selain itu, beras perang juga adalah karbo kompleks yang akan memastikan anda kenyang dan mengekalkan paras glukosa darah anda.

Kredit: Hello Health

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

11 Makanan Yang Baik Untuk Ibu Lepas Bersalin, Barulah Si Manja Dapat Nutrisi Dari Susu Badan!

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI