Bila anak demam, memang ibu bapa risau kan? Kadang-kadang, kita tak pasti sama ada demam tu biasa je atau perlu bawa ke hospital.
Jadi, bila sebenarnya waktu yang betul untuk bawa anak ke hospital bila dia demam? Jom kita tengok tanda-tanda penting yang perlu kita perhatikan! Jom ikuti info yang dipaparkan menerusi facebook Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
11 tanda anda perlu SEGERA hantar anak yang DEMAM PANAS ke hospital atau klinik. Ibu bapa/ penjaga wajib tahu dan ambil tahu, jangan buat tak tahu dan tak mahu tahu.
1.Menangis berterusan yang tidak berhenti. Maknanya ada sesuatu yang kita tak tahu dan diluar pengetahuan kita. Jangan biarkan sahaja di rumah.
2.Merengek tidak selesa yang melampau dan tidak berkurang walau telah dipujuk berulang-ulang. Apabila anak demam, ada kemungkinan akibat jangkitan pada mana-mana bahagian tubuh, tekak, telinga, hidung dan lain-lain. Jangan lewat dibawa berjumpa doktor.
3.Bintik ruam atau ungu yang kelihatan seperti lebam pada kulit (yang tidak ada sebelum anak anda sakit). Ada beberapa punca yang menyebabkan ia berlaku. Jangan dibuat sambil lewa.
Ads
4.Bibir, lidah atau kuku menjadi biru. Ini juga perlu berhati-hati. Perlu segera bawa jumpa doktor.
5.Demam disertai dengan pembengkakan dan benjolan pada kawasan leher dan mana-mana bahagian, serta ada tanda-tanda jangkitan seperti sakit, kemerahan dan sebagainya. Bawa jumpa doktor jika ragu-ragu. Jangkitan yang lewat dirawat boleh menyebabkan komplikasi lain seperti pengumpulan nanah yang memerlukan pembedahan
Ads
6.Leher yang menegang. Ini merupakan salah satu tanda ‘meningitis’. Radang atau jangkitan pada selaput saraf tak boleh dibuat main, ibu bapa perlu ambil perhatian.
7.Sakit kepala yang teruk dan tidak berkurang dengan ubat yang telah diberi seperti paracetamol.
8.Masalah pernafasan yang teruk (sesak nafas). Jangkitan paru-paru boleh disertai sesak nafas bersama batuk dan demam.
Ads
9.Serangan sawan. Apabila anak mengalami demam beserta serangan sawan, jangan biar ia kerap berulang. Ini juga merupakan tanda dan perkara yang perlukan pemeriksaan doktor.
10.Sakit perut berterusan. Cirit-birit atau sakit berterusan bersama simptom seperti demam perlu diambil perhatian juga oleh ibu bapa. Keadaan anak boleh menjadi lebih buruk jika tidak dirawat awal. Kehilangan air berterusan melalui cirit-birit boleh menyebabkan anak mengalami dehydrasi dan masalah-masalah lain.
11.Tidak aktif dan tak mahu makan minum. Apabila anak mengalami demam hingga menyebabkan mereka terbaring dan tidak mahu makan atau minum, perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan biarkan sahaja di rumah.
Benarlah kata orang, apa yang kita ada hari ni sebenarnya rezeki anak-anak. Bukan saja senang dari segi kewangan tetapi kesihatan yang baik juga dianggap rezeki. Hargailah kehadiran cahaya mata yang dikurniakan kepada kita kerana setiap mereka membawa rezeki tersendiri.
Instafamous yang juga merupakan ahli perniagaan, Asyalliee berkongsi gambar dia dan keluarga ketika bercuti di Cameron Highlands. Asyalliee dan suaminya membawa anak-anak mereka bersiar-siar menaiki motorsikal.
Melalui gambar-gambar yang dikongsikan di laman instagram ibu cantik ini, jelas kelihatan kebahagiaan mereka sekeluarga. Paling menyentuh perasaan follower yang melihat koleksi gambar tersebut adalah kapsyen yang ditulis Asyalliee;
“Kita tumpang rezeki anak-anak. Rezeki yang kita ada sekarang adalah rezeki dari mereka, merekalah pembawa rezeki kepada kita.
That’s why I nak anak-anak I always happy, and I nak sentiasa ada masa dengan mereka. Sebab I tahu masa ni takkan lama, masa berjalan dengan pantas. Jadi I nak cipta moment yang indah dan happy dengan mereka.
Terima kasih anak-anak sebab bagi mommy daddy tumpang rezeki hampa.”
Katanya, anak-anaklah pembawa rezeki. Oleh itu, dia mahu mereka semua sentiasa gembira. Asyalliee juga mengatakan yang dia ingin selalu ada masa untuk anak-anak untuk mencipta memori terindah.
Di pengakhiran tulisannya itu, Asyalliee turut melahirkan rasa terima kasih kepada tiga orang anak mereka yang membawa rezeki dalam kehidupan mereka.
Setiap kali kita membahagiakan anak-anak, percayalah Allah SWT akan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Rezeki yang ada, usahlah lokek untuk dikongsikan dengan anak kerana sebenarnya kitalah yang ‘menumpang’ mereka.
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Ciuman terakhir seorang ayah, empat tahun menanti si kecil, pertemuan hanya seketika. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.
Ciuman Terakhir Seorang Ayah, Empat Tahun Menanti Si Kecil, Pertemuan Hanya Seketika
Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.
Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.
Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.
Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.
Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.
Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.
Selepas menyambut kelahiran anak kedua mereka pada tanggal 25 Julai tahun lalu, pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana berkongsi wajah penuh cahaya mata kedua mereka.
Bayi lelaki comel yang diberikan nama Arwa Uthman Affan itu kini sudah pun berusia sembilan bulan.
Jika sebelum ini wajah comel Arwa Uthman Affan jarang-jarang dikongsikan ibu dan ayahnya, kini wajah penuh si comel kesayangan itu dikongsikan bersempena pembukaan akaun Instagram baru anak kecil itu.
“Jemput masuk dan ikut instagram saya ye. Ni umur saya masa 3 bulan. Nak tengok saya yang sekarang tak?,” tulis Nadzmi menerusi kapsyennya.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya wajah Arwa Uthman Affan yang cukup comel di kala usianya tiga bulan.
Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut pasangan ini menyatakan wajah Uthman Affan sama seperti bayi Korea.
Kulitnya putih melepak kemerah-merahan malah matanya yang sepet menambahkan lagi ala Korea. Memang comel.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumahtangga pada 1 September 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Arwa Malaikha Urwa dan Arwa Uthman Affan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.