Walau pun baru 12 hari mewujudkan akaun Instagram, bayi comel ini nampaknya mula mendapat perhatian netizen. Muhammad Zayne Tyler, anak kepada Mat Dan nampaknya mula menjadi pujaan para netizen.
Kecomelan penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Februari 2019 ini boleh membuat sesiapa pun cair. Dengan wajah kacukan England-Malaysia, Zayne tampil comel dengan foto-foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.
Ketika sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini, Zayne memberikan kerjasama yang sangat baik. Mengenakan topi chef, anak kecil ini rupanya sukakan roti. Kata Mat Dan, Zayne memang suka makan roti. Malah dia sangat tertarik dengan roti baguette yang dijadikan props.
Zayne kini masih menyusu susu ibu. Pada usia 8 bulan, dia sudah pun boleh merangkak laju. Berikut adalah posting-posting yang dikongsikan dalam Instagram beliau.
Pemergian ibu tercinta benar-benar meninggalkan trauma buat anak kecil berusia 8 tahun apabila sebelum itu dia menyangkakan ibunya sedang tidur. Di Facebook, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) iaitu Ustaz Rafie Zainal, beliau berkongsi kisah sedih mengenai seorang anak kecil yang kehilangan ibu tercinta akibat kanser hati.
“Saya jaga mak sampai dia tidur”
Petang (15 Julai 2021), setelah 5 jentera SPJM dengan kekuatan 15 orang skuad bergerak ke lokasi hospital masing-masing untuk menguruskan jenazah Covid19, saya menerima panggilan dari seorang wanita muda untuk bantuan menguruskan jenazah ibunya yang meninggal dunia di rumah.
Arwah meninggal dunia di PPR Kota Damansara awal pagi kerana penyakit kanser hati di usia 42 tahun. Dia mempunyai 7 orang anak bersama bekas suaminya sebelum ini.
Menurut Ustaz Rafie, arwah mempunyai tujuh orang anak bersama bekas suami dan tiga daripada mereka menetap bersama arwah. Bercerita mengenai detik sedih yang berlaku, anak bongsu arwah memberitahu bahawa dia telah menjaga ibunya pada malam kejadian dan kakaknya yang berusia 16 tahun sedang tidur.
Malam tadi saya yang jaga Mak. Saya jaga Mak sampai Mak tidur. Kakak sedang tidur. Pukul 3 pagi emak jerit sakit. Saya urut tangan Mak, dada Mak. Tiba-tiba Mak muntah darah lepas tu Mak pun tidur. Bila Mak tidur saya pun tidur.
Tambah anak kecil tersebut, dia tidak mengerti apa-apa pada waktu tersebut. Malah, tidak tahu langsung yang ‘tidur’ ibunya itu adalah tidur yang selamanya. Ujar Ustaz Rafie, anak kecil itu bercerita kepadanya dalam keadaan menangis. Jenazah arwah dimandi dan dikafankan di dalam rumahnya memandangkan kawasan perumahan mereka mempunyai banyak kes positif Covid-19.
Dia peluk ibunya
Disebabkan itu jiran-jiran yang lain tidak keluar rumah demi menjaga keselamatan diri mereka. Mujur ada 2 orang jiran rumah arwah yang berdekatan yang sudi membantu menguruskan jenazah arwah.
Jiran arwah sangat baik. Mereka antara yang sering membantu menghulurkan bantuan keperluan asas buat arwah dan anak-anaknya. Setelah skuad muslimah kami selesai menyempurnakan jasad arwah, kami memberikan peluang untuk anak-anak arwah menatap wajah ibunya dan menciumnya untuk kali terakhir.
Tambah Ustaz Rafie, anak kecil itu turut menangis sepanjang proses menguruskan jenazah ibunya. Mereka mendirikan solat jenazah bersama-sama sebelum membawa jenazah ke tanah perkuburan. Bekas suami arwah juga turut bersama membantu dari awal hingga akhir ujar ustaz.
Ustaz, saya tak mampu nak bayar kos semua ni. Saya baru kematian 2 ahli keluarga yang lain sebab covid. Sekarang simpanan saya dah habis. Keluh bekas suami arwah yang jelas terpapar wajah kerisauannya tentang bayaran kos pengurusan jenazah bekas isterinya itu.
Menurut bekas suami arwah pula, dia tidak mampu membayar kos pengurusan jenazah. Ini kerana, dia telah kehilangan dua ahli keluarga disebabkan Covid-19. Kesemua duit simpanannya telah habis. Bagi menghilangkan rasa risau lelaki tersebut, Ustaz Rafie memberitahu bahawa pihaknya akan menanggung semua kos termasuk tanah kubur.
Menangis dia. Nak dipeluk saya tapi segera dia ingat keadaan sekarang membatasi pergerakan sosial. Alhamdulillah, jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 5:30 petang. Terima kasih kepada semua yang membantu memudahkan urusan pengebumian arwah.
Semoga roh Almarhumah Roziah binti Abd Malek ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran Tiara melengkapkan rumah tangga Achey dan isterinya, Anne. Ucapan dari Anne sempena ulangtahun pertama, membuatkan ramai yang sebak. Tiara adalah kiriman daripada syurga…
Achey dan isterinya, Anne telah mengambil Tiara pada Ramadan 2018 sebagai anak angkat selepas 8 tahun berkahwin. Si kecil ini dijaga dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh dan diberikan sepenuhnya kasih sayang.
Sempena ulang tahun kelahiran pertama Tiara semalam, Anne memuatnaik gambar anak kesayangan mereka dan menukilkan ucapan yang menyebakkan.
15 may 2019, genap 1 tahun umur awak Tiara….selamat hari lahir buatmu sayang…setiap kali mama cium awak dalam-dalam, air mata mama akan mengalir.
Awak anak syurga yg dikirimkan untuk mama dan ayah besarkan dan bagi didikan yg sempurna,sayu hati mama bila bercerita tentang awak anak.
Pejam celik,pejam celik…kejap je awak dah membesar. Masa mama ambil awak,awak besar tapak tangan je…tak dapat diungkap dgn kata-kata atas kehadiranmu dlm hidup ini….terlalu banyak istimewanya awak dalam hidup mama dan ayah.
Mama doakan semoga awak membesar dgn sihat dan menjadi anak yg solehah buat kami….mama terlalu sygkan awak….selamat hari lahir anak ku NUR TIARA ZINNIRAH NASIR ❤❤❤ #ANAK #yangterindah #tiarazinnirah #bintangmamaayah
Para peminat sebak membaca ucapan Anne untuk Tiara dan turut mendoakan kesejahteraan anak kecil ini.
@eh_eija Happy BirthdaY Tiara Zinnirah Nasir??????♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️semoga menjadi anak solehah..diberi kesihatan yg baik dan dipermudahkan segalanya..tetiba air mata aunty mengalir deras? bila baca diari hati @anne_achey
@umi4656 Sedeh dgn ungkapan saorg ibu moga tiara membesar sabagai anak yg cerdik dan solehah..amiin
@dapurummi_3a Selamat hari lahir @tiara_zinnirahofficial. Beruntung awk dapat mama ayah sebaik mereka. Sayangi mereka sepertimana mereka menyayangi kamu. Love u ?
Berita baik kepada golongan ibu bapa kerana Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melancarkan program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) kepada golongan B40 dan M40 yang menyediakan subsidi sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak.
1-Siapakah yang layak untuk menerima insentif MyCRS 2023?
a) Isi rumah kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
b) Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
c) Warganegara yang menetap di Malaysia.
2-Anda boleh menyemak kelayakan bagi insentif MyCRS 2023 melalui laman sesawang MyCRS MIROS www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.
3-Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.
4-Anda yang layak boleh menebus insentif ini dengan membuat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).
5-Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.
6-Antara dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:
a) Salinan MyKad pemohon; DAN
b) MyKid/ Sijil lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
c) Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung atau Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)
7-Jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.
8-Ini bermakna, kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi yang berharga RM150 dan ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.
9-Hanya satu kerusi keselamatan kanak-kanak diperuntukkan bawah program insentif ini untuk satu isi rumah.
10-Tempoh penebusan adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.
Pada Januari 2020, kerajaan sebelum ini telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ke atas kenderaan persendirian bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sekiranya terjadi kemalangan.
Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR).
IA TERMASUK R44 ATAU R129 DAN KRITERIA ANAK-KANAK IALAH YANG MEMPUNYAI BERAT KURANG 36 KG, ATAU KETINGGIAN KURANG 136 CM ATAU BERUMUR KURANG 12 TAHUN.
Sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI