Menghadapi kontraksi ketika bersalin tanpa sebarang penahan sakit seperti epidural telah dilalui oleh Betty Rahmad. Kelahiran si kecil pada tarikh 19.01.2019 juga sangat ‘cantik’ kata netizen.
Betty telah memuatnaik status di Instagram pada 18 Januari 2019 yang dia sudah pun merasai kontraksi ringan dan bukaan serviks pula sudah 2sm. Dia sebolehnya mahukan kelahiran secara normal dan berharap semua mendoakannya dan bayi.
bettyrahmad Salam hi friends & followers. Here’s an update since ramai dm’s, whatsapp etc. Fyi I am still pregnant. 39weeks today. Alhamdulillah sabar menanti di rumah (2cm dilated yesterday) & melayan my contractions. Memandangkan i wanna go for normal birth (as natural as possible insyaAllah) so i sendiri tak boleh jawab bila orang tanya bila. But i believe i will meet my baby soon when my body & my baby are ready. Terima kasih yang ambil berat. Fikirkan yang best-best & teruskan doa for us ? ❤️ #bettyanddamisjunior
Kemudian pada hari ini, Betty mengesahkan yang dia telah pun melahirkan anak sulungnya yang dinamakan Ardy Wira seberat 3.26kg pada 19.1.19, 6:29 petang setelah berbelas jam menghadapi kontraksi.
Ads
Apa yang menarik, dia langsung tidak mengambil epidural sepanjang 14 jam dari bukaan 3sm ke 10sm. Menurut Betty ia adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Betty juga menyatakan yang dia akan berkongsi foto bayinya selepas habis tempoh berpantang nanti.
bettyrahmad Salam uncles & aunties! Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan our lil hero Ardy Wira pada 19.1.19 at 6:29pm (i was in labor from 4am to 6pm from 3cm dilated to 10cm without epidural) and his weight is 3.26kg. Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila haha! Anyways terima kasih semua selalu mendoakan kami syukur baby & mummy all good. Will share his pictures bila dah habis pantang ya! ? #bettyanddamisjunior #ardywira#bettyanddamis
Selalunya anak-anak yang kena kecacingan akan kerap menggaru-garu bahagian sekitar anusnya (lubang dubur). Jadi ibu-ibu kena cepat rawat supaya keadaan anak tak makin melarat dan teruk.
Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil mohon lebih alert bila anak anda menunjukkan ciri-ciri sudah terkena kecacingan. Nak tahu lebih lanjut teruskan membaca penjelasan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
KECACINGAN
Apakah ia?
Sejenis jangkitan di usus yang berpunca daripada parasit. Selalunya disebabkan oleh parasit yang diberi nama pinworm.
Ianya sangat kecil dan halus, berwarna putih, bersaiz kurang dari 1 inci.
Macam mana anak boleh dapat jangkitan kecacingan?
Pinworm akan berada dalam badan anak apabila mereka ‘makan’ atau ‘hidu’ telur pinworm yang belum menetas.
Rupanya macam mana?
Kita takkan nampak dengan mata kasar sebab telur tersebut terlalu kecil dan hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop.
Jadi sebenarnya, bukanlah cacing tu yang masuk dalam badan, cuma telurnya sahaja.
Telur pinworm boleh berada di mana-mana saja ya.
Cadar katil. Tuala. Pakaian terutama pakaian dalam. Tandas dan apa sahaja di dalam tandas. Makanan dan minuman. Bekas makanan dan minuman. Barang mainan. Dapur.
Apabila telur pinworm ‘masuk’ ke dalam badan, ia akan melalui sepanjang sistem pencernaan dan akan menetaskan telurnya di usus kecil. Daripada usus kecil, pinworm larva akan pergi ke usus besar yang mana lama-kelamaan akan matang menjadi parasit ‘remaja’.
Selepas 1-2 bulan, parasit telah mencapai tahap ke’wanitaan’nya, dipanggil parasit betina. Parasit betina akan memulakan tugas dengan merantau ke rektum dan seterusnya keluar dari tubuh anak melaui anus (tempat keluar najis). Di bahagian kulit sekitar anus, ia akan bertelur lagi untuk meramaikan umatnya, yang mana akan menyebabkan kegatalan yang amat pada anak-anak.
Anak kecil kan, bila gatal garu je lah kerjanya. Telur dari sekitar anus akan di ‘transfer’ ke jari-jari comel. Ia boleh survive dalam beberapa jam jugak di tangan tu ye.
Dari jari comel, berpindahlah telur pinworm ke tempat lain dalam rumah seperti yang dijelaskan tadi. Dan pinworm boleh survive hampir 3 minggu di tempat yang sudah tercemar.
Oh anak kecil. Suka juga masuk barang dalam mulut. Hati-hati ya, kemungkinan barang mainan mereka dah tercemar dengan telur pinworm.
Dengan cara inilah, jangkitan boleh jadi berulang dan berulang.
Bagaimana nak kenalpasti anak dapat kecacingan?
+ Selalu menggaru-garu bahagian sekitar anus
+ Tak selesa di waktu tidur disebebkan kegatalan
+ Sakit, ruam atau radang kulit sekitar anus
+ Kehadiran pinworm di sekitar anus
+ kehadiran pinworm dalam najis
Ada cara untuk elakkan anak dari mendapat jangkitan kecacingan tak?
+ Sentiasa basuh tangan sebelum keluar dari tandas, terutama selepas membuang air besar atau menukar diaper anak.
+ Sentiasa basuh tangan sebelum menyediakan makanan dan makan.
+ Sentiasa pastikan kuku bersih dan tidak panjang.
+ Elakkan habit menggigit kuku.
+ Tukar diaper dan basuh bahagian anal setiap pagi kerana pinworm akan aktif bertelur pada waktu malam.
Kalau dah terkena kecacingan, macam mana nak ubati?
Pertama dan pertama, elakkan;
1. GULA : Makanan kepada parasit dan merendah sistem imuniti
2. MAKANAN PROSES : Makanan tinggi proses tidak pernah support sistem imuniti
3. GANDUM : Punyai kandungan gluten yang mana sangat mudah untuk dipecahkan kepada unsur gula dan menyebabkan keradangan usus.
Makanan yang sangat patut diambil apabila terkena jangkitan kecacingan;
1. Kelapa
– Air kelapa, minyak kelapa, santan – Antara yang paling efektif untuk singkir keluar parasit dari usus
2. Bawang putih
– Tinggi kandungan sulfur yang mana mempunyai kelebihan sebagai pembunuh parasit
3. Kunyit dan bunga cengkih
– Mempunyai kandungan antiseptic, antimicrobial dan antiviral yang membantu dalam penyingkiran parasit
4. Biji labu
– Mengandungi cucurbitacin iaitu sejenis unsur yang boleh menghapuskan parasit
5. Betik dan biji betik
– Betik mengandungi enzim papain dan biji betik mengandungi caricin, terkenal sebagai antihelmintic yang membantu mengeluarkan parasit
6. Delima dan biji delima
– Mengandungi punicine, ianya sangat toksik kepada parasite usus
7. Daun semambu
– Bukan hanya membunuh parasit, tetapi juga boleh mengeluarkan toksin yang ditinggalkan oleh parasit yang telah mati
8. Lobak merah
– Kaya beta-carotene, Vitamin A, Vitamin C dan zink yang membantu keluarkan parasit dari tubuh dan tingkatkan imuniti.
Ini hanya ikhtiar secara alami. Setiap orang berbeza kesannya pada setiap remedies yang diambil. Boleh cuba mana-mana yang rasa mudah untuk diamalkan.
Kisah adik Nur Adriana Maisarah, 1 tahun yang menghidap ekzema teruk dan viral baru-baru ini selepas bapanya, Mohd Shahril meminta nasihat dan bantuan di laman sosial mendapat perhatian orang ramai.
Mula disahkan ekzema ketika usia 4 bulan, permulaannya hanya di muka sahaja dan selepas itu merebak ke seluruh badan hingga menyebabkan rasa ketidakselesaan pada Adriana.
Berkongsi kisah adik Adriana, Mohd Shahril menjelaskan setiap kali selepas menyusu, keadaan makin teruk. Lagi-lagi bila isteri saya makan makanan laut lagi teruk gatalnya. Ingatkan hanya ruam susu dan alergi sahaja tapi tak sangka mengalami ekzema yang agak serius.“Setiap kali tengok Adriana saya dan isteri automatik jadi sedih. Pergerakannya jadi terbatas dan tak seperti kanak-kanak normal lain.
“Dia tak boleh main di luar dan kena cuaca panas. Jadi masanya banyak dalam rumah,” jelasnya.
Shahril berkata, sebelum kes Adriana viral, memang tak niat pun untuk dapat bantuan yang begitu besar nilainya bagi keluarga kami.
“Bagaimanapun, selepas Nedim yang juga suami kepada Nora Danish menghubungi saya untuk membantu membiayai rawatan anak, hanya Allah yang tahu perasaan tu.
“Kini keadaan Adriana dah makin baik dan ekzemanya makin kurang. Cuma kena sentiasa pantau dari bab makan, persekitaran dan kebersihan,” katanya.
Nak tahu lagi kisah selanjutnya mengenai derita ekzema saksikan rancangan ulangannya malam ini jam 9 malam di Astro Prima dan Maya HD dengan pelbagai tip dan kaedah rawatan terbaik untuk anak-anak yang mengalaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia moden hari ini, ramai kanak-kanak yang menghadap komputer berjam-jam setiap hari- seakan-akan ia sudah menjadi rutin harian mereka. Membiarkan mata anak menatap pada skrin komputer dalam tempoh yang lama boleh membawa kepada ketidakselesaan, letih dan kekeringan mata.
Bagaimana komputer menjejaskan mata anak
Mata kanak-kanak perlu berkerja kuat
Apabila anak anda melihat pada skrin komputer, mereka bukan hanya tertumpu pada skrin. Akan tetapi, mereka melihat pada benda yang terpampang pada skrin seperti gambar dan video. Mata mereka perlu beralih untuk memfokus semula apabila gambar pada skrin berubah. Ketika ini, otot mata perlu berkerja lebih keras. Tidak seperti buku, skrin komputer menambahkan silau dan kontras, menjadikan ia lebih teruk.
Tidak mengubah penyusunan
Anak anda mungkin akan mengabaikan masalah mata mereka. Mereka mungkin tidak terfikir bahawa mereka boleh mengubah penyusunan skrin komputer atau meja dan kerusi supaya lebih selesa. Mereka juga menerima semua perubahan atau masalah yang disebabkan komputer kerana mereka anggap masalah itu normal, dan orang lain pun melihat komputer sama seperti yang mereka lakukan.
Kanak-kanak tidak cukup kesedaran diri
Anak anda tidak tahu bila perlu berehat. Mata mereka menatap komputer pada satu jarak terkunci, tanpa berubah aras mata. Ini boleh membawa kepada kekejangan tempat. Mata sepatutnya perlu melihat kepada objek dalam jarak yang berbeza. Apabila anak anda melihat pada skrin komputer, mereka kekal memfokus dan merenung. Oleh itu, mereka sudah mengurangkan kerlipan. Pengurangan kerlipan mata boleh menjurus kepada agihan air mata yang lemah. Jadi, mata akan mengalami keradangan. Skrin selalunya terletak pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding buku atau surat khabar. Jadi, mata anak anda memerlukan lebih air untuk kekal hidrat. Penghasilan air mata yang kurang boleh menjurus kepada kekeringan dan iritasi.
Kanak-kanak gunakan komputer orang dewasa
Kebanyakan komputer direka untuk penggunaan orang dewasa. Jadi, aturannya disiapkan untuk orang dewasa, bukannya kanak-kanak. Lantaran itu, apabila anak anda menggunakan komputer, mereka perlu mengangkat kepala untuk melihat apa yang dipaparkan pada skrin. Malahan, anak anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tetikus, papan kekunci atau menyandarkan badan pada kerusi atau sofa serta kedudukan kakinya tidak sampai ke lantai. Mereka mungkin akan rasa tidak selesa apabila duduk menggunakan meja kerja di tempat orang dewasa.
Tahap pencahayaan di bilik tidak sesuai untuk kanak-kanak
Semasa anda menggunakan komputer, anda hanya memerlukan separuh tahap pencahayaan Jika tahap pencahayaan dinaikkan, mata perlu melaras untuk menyesuaikan keadaan pencahayaan yang berbeza.
Lindungi mata anak anda
Periksa mata anak anda
Anda perlu membawa anak anda ke hospital atau pusat penjagaan kesihatan mata untuk memeriksa jika anak anda boleh melihat dengan jelas. Lakukan pemeriksaan mata anak dengan kerap supaya anda boleh mengesan lebih awal jika mata mereka perlu dirawat. Dalam sesetengah kes, ujian berbeza adalah disarankan.
Jangan biarkan anak menggunakan komputer terlalu lama
Ingatkan anak anda untuk mengambil rehat sebentar selepas satu jam menggunakan komputer. Jangan biarkan mereka menatap skrin komputer selama berjam-jam. Anda perlu hadkan masa mereka duduk menghadap komputer. Ini boleh membantu mengurangkan masalah mata akomodatif.
Periksa kedudukan komputer
Periksa komputer dan meja kerja anda dengan betul. Jika anak hendak menggunakan komputer, laraskan posisi pada skrin, papan kekunci, tetikus, kerusi, dan meja untuk disesuaikan dengan anak anda. Skrin pula tidak boleh diletakkan terlalu tinggi daripada pandangan mata anak. Pastikan papan kekunci dan tetikus mudah dicapai oleh anak anda. Kakinya pula perlu diletakkan mencecah lantai atau letakkan kaki anak di atas bangku.
Periksa pencahayaan
Periksa pencahayaan dalam bilik bagi mengelakkan silau berlebihan pada skrin. Anda juga disarankan untuk mengurangkan jumlah lampu dalam bilik.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!