Kisah adik Nur Adriana Maisarah, 1 tahun yang menghidap ekzema teruk dan viral baru-baru ini selepas bapanya, Mohd Shahril meminta nasihat dan bantuan di laman sosial mendapat perhatian orang ramai.
Mula disahkan ekzema ketika usia 4 bulan, permulaannya hanya di muka sahaja dan selepas itu merebak ke seluruh badan hingga menyebabkan rasa ketidakselesaan pada Adriana.
Berkongsi kisah adik Adriana, Mohd Shahril menjelaskan setiap kali selepas menyusu, keadaan makin teruk. Lagi-lagi bila isteri saya makan makanan laut lagi teruk gatalnya. Ingatkan hanya ruam susu dan alergi sahaja tapi tak sangka mengalami ekzema yang agak serius.“Setiap kali tengok Adriana saya dan isteri automatik jadi sedih. Pergerakannya jadi terbatas dan tak seperti kanak-kanak normal lain.
Ads
“Dia tak boleh main di luar dan kena cuaca panas. Jadi masanya banyak dalam rumah,” jelasnya.
Ads
Shahril berkata, sebelum kes Adriana viral, memang tak niat pun untuk dapat bantuan yang begitu besar nilainya bagi keluarga kami.
Ads
“Bagaimanapun, selepas Nedim yang juga suami kepada Nora Danish menghubungi saya untuk membantu membiayai rawatan anak, hanya Allah yang tahu perasaan tu.
“Kini keadaan Adriana dah makin baik dan ekzemanya makin kurang. Cuma kena sentiasa pantau dari bab makan, persekitaran dan kebersihan,” katanya.
Nak tahu lagi kisah selanjutnya mengenai derita ekzema saksikan rancangan ulangannya malam ini jam 9 malam di Astro Prima dan Maya HD dengan pelbagai tip dan kaedah rawatan terbaik untuk anak-anak yang mengalaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses melahirkan anak membuatkan isteri menjadi cukup lemah kerana menggunakan tenaga yang banyak ketika bersalin. Beberapa hari selepas bersalin, wanita melahirkan seakan hilang upaya untuk bergerak apa lagi membuat pelbagai aktiviti.
Di saat inilah sokongan suami dan orang sekeliling amat-amat diperlukan. Semua perkara harus diuruskan suami bagi meringankan bebanan isteri yang terpaksa fokus pada bayi dan diri sendiri. Suami jangan abaikan isteri sebaliknya bantulah. Emosi isteri juga harus dijaga.
Menurut Dr Redza Zainol, beberapa perkara bukan hanya isteri bahkan suami perlu pelajari supaya lebih bersedia saat kelahiran tiba. Bantulah!
“Doktor, betul ke suami saya tak boleh masuk ke wad bersalin ni?”
Sambil saya periksa bayinya yang baru lahir, saya mengangguk. Sejak PKP bermula, wad bersalin dah tak terima pelawat. Suami, mak kandung atau mak mertua pun tak boleh masuk ke wad.
Nak hantar barang pada isteri pun hanya boleh disampaikan melalui pegawai keselamatan di setiap blok.
Jadi saya nak kongsikan 5 perkara yang suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin (Post Partum).
✔️ Isteri akan kepenatan yang amat. Dia perlu baring, rehat dan tidur. Tenaga yang hilang perlu diganti semula untuk menyusu anak pula.
✔️ Buang air besar dan kecil kali pertama selepas bersalin tu akan jadi sakit pada isteri. Sakit tu sebab ada kawasan kemaluan dan serviks yang terluka. Boleh jadi juga sebab luka episiotomy.
✔️ Walaupun dah bersalin, isteri tetap rasa sakit pada perut. Sebabnya rahim akan mula mengecut. Rahim akan ambil masa sehingga 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Bukan terus kempis dalam masa sehari.
✔️ Ada darah nifas atau dipanggil Lochia. • Berwarna merah selama 1-4 hari yang pertama. • Jika darah merah turun lebih dari seminggu atau ada ketulan darah, baik rujuk doktor sakit puan yang berdekatan. Risau dah ada jangkitan kuman.
✔️ Selepas bersalin, jangan pelik kalau emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba marah, tiba-tiba nak menangis. • Perkara ni boleh terjadi dalam masa 1-2 minggu selepas bersalin. • Suami wajib bagi sokongan, takut-takut melarat dan jadi Post Partum Depression.
Dalam wad, walaupun ada jururawat tapi tak sama bila suami tak ada. Sebab tu semasa berpantang, jagalah makan minum, rehat dan tidur isteri.
Luka bersalin boleh pulih, tapi yang lebih bahaya ialah tekanan pada emosi isteri.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Kepada anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Penyakit yang berkaitan dengan rahim wanita semakin sering didengan pada hari ini. Malah penyakit kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga tetinggi dikalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kolorektal.
Biasanya penyakit yang berkaitan dengan rahim sering dikaitkan dengan golongan wanita yang berusia 40-an ke atas namun apa yang didedahkan oleh Dr Hamid Arshat ini perlu diambil berat oleh semua wanita.
Dalam perkongsian terbarunya di Facebook, Dr Hamid Arshat menyarankan semua wanita untuk mengamalkan makanan yang sihat sejak dari awal terutamanya bagi yang sudah berkeluarga untuk mengamalkan amalan pemakanan yang sihat kepada anak-anak sejak usia muda.
DOAKAN PESAKIT SAYA INI SEMBOH SEGERA
SEMAKIN RAMAI WANITA MENGALAMI KEROSAKKAN RAHIM PADA UMUR MUDA.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK2 KECIL.
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Buat anda yang mungkin belum tahu, flos gigi adalah perbuatan mencuci kawasan di antara celah-celah gigi menggunakan flos – sejenis tali atau jaring halus yang boleh memasuki kawasan celah gigi.
Kebiasaannya, proses mencuci kawasan celah gigi ini dilakukan selepas memberus gigi untuk melengkapkan kitaran atau aturan mencuci mulut. Namun inilah yang menjadi masalahnya kerana individu cenderung menganggap bahawa memberus gigi sahaja sudah lebih daripada cukup.
TIDAK, ini kerana memberus tanpa memflos tidak akan mengeluarkan plak yang tersepit di kawasan celah gigi. Dengan flos, maka segala kotoran tersembunyi dapat dibuang lantas menghindarkan masalah mulut berbau.
Siapa perlu flos gigi?
Hakikatnya, persoalan ini tidak perlu timbul kerana semua orang perlu tahu maksud flos gigi dan melakukannya demi kesihatan oral yang lebih baik. Di sebalik kenyataan ini, mungkin terdapat beberapa golongan yang wajar menitikberatkan soal ini iaitu pemakai pendakap gigi.
Ini kerana pengguna pendakap gigi adalah lebih disarankan untuk memflos gigi ekoran besi yang dipakai pada gigi itu akan menyukarkan atau menyulitkan proses memberus gigi.
Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul pada kawasan celah gigi dan juga celah besi yang digunakan untuk merapatkan atau meratakan susunan gigi itu.
Selain itu, ada satu lagi golongan yang ditekankan iaitu kanak-kanak atau bayi.
Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula membantu si kecil melakukannya?
Umur berapa si kecil boleh mula melakukannya?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Stanford Children’s Health, ibu bapa perlu mula memflos gigi anak apabila si kecil sudah mempunyai 2 batang gigi.
Ini adalah sekitar usia 2 ke 3 tahun di mana proses pertumbuhan gigi susu biasa berlaku. Sebelum 2 batang gigi si kecil anda tumbuh, maka flos gigi masih belum diperlukan.
Kebiasaannya, ibu bapa perlu membantu mereka memflos gigi dari usia 2 ke 3 tahun sehingga 8 ke 10 tahun sebelum mereka boleh melakukannya secara sendiri.
Namun, ini sudah pasti menjadi satu cabaran buat ibu bapa bukan?
Bagaimana ibu bapa boleh membantu si kecil?
Pertama sekali, ibu bapa perlu sentiasa menemani anak anda di dalam bilik air dan membantu gosokkan gigi mereka lebih-lebih lagi golongan bayi.
Berikut merupakan langkah yang wajar ibu bapa ikuti:
-Gunakan berus gigi kecil dan lembut yang boleh anda masukkan ke dalam satu jari sahaja.
-Gunakan ubat gigi khas untuk bayi yang tidak mempunyai kandungan menghakis terlalu kuat.
-Gosokkan gigi mereka dengan perlahan dan menyeluruh di bahagian depan, tepi dan belakang gigi.
-Bilaskan gigi yang telah dicuci dengan menggunakan air bersuhu sederhana.
-Floskan gigi si kecil dengan menggunakan flos yang halus di antara celah gigi.
-Bilaskan gigi sekali lagi untuk membuang kotoran yang berjaya dicungkil.
berus gigi bayi
Bagaimana jika berlaku pendarahan pada mulut mereka?
Sedang ibu bapa asyik membantu si kecil memberus dan memflos gigi, tiba-tiba kalian perasan bahawa keluar darah daripada mulut mereka.
Apa yang perlu dibuat? Yang paling penting, jangan panik!
Ini kerana pendarahan ketika pertama kali flos gigi anak terutamanya yang masih kecil adalah normal. Pendarahan tersebut juga mungkin boleh berlaku kepada orang dewasa yang memflos gigi buat pertama kalinya.
Hari demi hari, pendarahan ini akan berhenti dengan sendiri ketika memflos gigi anak kerana gusi mereka sudah menjadi lebih kuat dan sihat.
Sekiranya pendarahan ini berlaku dengan sangat teruk dan tidak berhenti setelah beberapa hari atau minggu, segera berjumpa doktor gigi untuk rawatan lanjutan.
Akhir kata, jangan lambat sangat untuk mula flos gigi anak ya? Mulakan dari hari ini juga!
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.