Kehamilan

“159 Hari Lagi, Dengan Izin Allah.” Amar Baharin Doakan Kehamilan Amyra Dipermudah

Share

Setiap kehamilan walau pun anak kedua atau ketiga tetap dinantikan kelahirannya dengan penuh debaran.

Dalam masa lima bulan aktor Amar Baharin dan isteri, Amyra Rosli bakal menyambut cahaya mata kedua mereka pada tahun 2020.

Artikel berkaitan: “Kalau Boleh Pilih Nak Baby Girl.” Amar Baharin Tak Mahu Tahu Jantina Anak Kedua Kerana…

Pasangan  ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan sudah memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang bakal genap 2 tahun pada 15 Oktober nanti.

Dalam posting Instagram, Amar telah berkongsi video pendek yang menunjukkan baby bump Amyra.

159 days to go… Dengan izin Allah, semoga dipermudahkan. Doa daddy sentiasa bersama Mommy & Baby

Perkongsian Amar ini menarik perhatian rakan & para follower yang teruja menunggu kelahiran cahaya matannya. Rata-rata meneka dan berharap jantina bayi adalah perempuan. Malah ada yang perasan ada tendangan kecil ketika video tersebut dirakam!

COMELNYA BABY BUMP

“ololo comelnya baby bump Mira.” @elvinamohamed

NAMPAK MACAM KENA KICK

“Nampak mcm kne kick prut mommy @aamyrarosli ?.” @noraishahii

ANAQI DAH READY JADI ABANG?

“Anaqi dah ready blom jadi abanggg?.” @ieffahafiqah

 

MOMMY NAMPAK BERSERI

“Mira comel sangat..berseri-seri mommy.” @hanna_minaz

“Baby girl.” @ismailsuryana
MOGA DIPERMUDAHKAN

“Moga dipermudahkan.” @aducktive.bangi

Sumber: amarbaharin


IKLAN