Pertussis atau batuk kokol boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia. Namun, bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti hingga boleh maut. Bayi yang tidak divaksin adalah salah satu puncanya mereka dijangkiti.

Dr Muhamad Husni berkongsikan catatannya di Facebook mengenai kes yang dikendalikannya. Kisah pertama melibatkan bayi berusia sebulan manakala kisah dua pula ialah bayi berusia 5 bulan.

Hari ini hari Deepavali, sepatutnya semua orang bergembira kerana dapat bercuti hari ini, tetapi tidak bagi diriku, aku rasa sangat sedih dan bersalah… Seakan ingin aku menangis sepuas-puasnya.

Rasa sedih mengenangkan nasib anak-anak kecil yang bertarung nyawa untuk hidup, rasa bersalah kerana aku tidak mampu membantu mereka walau sudah sehabis baik aku mencuba. 2 kisah yang berlaku dalam selang masa 2 minggu ini sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku sebagai seorang ayah dan doktor.

2 Kes Pertussis Bayi Dalam Masa 2 Minggu Hingga Ada Yang Maut. Doktor Kesal Bila Selidik Puncanya!

KISAH PERTAMA: CLINICAL PERTUSSIS

Kisah yang pertama berlaku pada 25/10/18, seorang budak lelaki berumur sebulan lebih telah dimasukkan ke ICU kanak-kanak kerana jangkitan kuman paru-paru yang teruk (clinical pertussis) sehingga memerlukan rawatan mesin bantuan pernafasan.

Paras karbon dioksida yang tinggi dalam darah beliau memerlukan penggunaan mesin HFOV serta merta, sel darah putih amat tinggi sekitar 80,000 memerlukan pertukaran darah (exchange transfusion) bagi membuang toksin yang ada.

Kesukaran untuk mendapatkan ‘line’ yang besar sehingga memerlukan bantuan pakar on call (thanks a lot) untuk memasukkan femoral line pada pukul 3am, melakukan ET selama 2 jam keesokan awal pagi tetapi akhirnya beliau meninggal dunia akibat ARDS.

KISAH KEDUA: PERTUSSIS (BATUK KOKOL/ BATUK SERATUS HARI)

2 Kes Pertussis Bayi Dalam Masa 2 Minggu Hingga Ada Yang Maut. Doktor Kesal Bila Selidik Puncanya!

IKLAN

Kisah kedua berlaku malam semalam, seorang budak lelaki berumur 5 bulan dimasukkan ke ICU kanak-kanak juga kerana jangkitan kuman paru-paru yang teruk.

Bacaan sel darah putih sangat tinggi hingga tidak dapat dibaca pada mulanya, setelah sampel darah diperiksa semula, bacaan sel darah putih adalah 130,000 kemudian 96,000 dan seterusnya 89,000.

Pertukaran darah turut dilakukan pada malam semalam setelah makmal mengesahkan pesakit positif pertussis (batuk kokol@batuk seratus hari), ada ketikanya ketika pesakit ‘ventilated’ batuk-batuk sehingga biru dan paras oksigen dalam darah menjadi sangat rendah.

Tekanan darah menjadi rendah sehingga memerlukan 4 ubat inotropes, air kencing semakin sedikit dan berkurangan, paras asid dalam darah meningkat, akhirnya memerlukan mesin bantuan pernafasan HFOV juga.

Pesakit pertama telah meninggal dunia setelah 2 hari dimasukkan ke ICU manakala pesakit kedua amat tenat sekarang ini, mungkin akan meninggal dunia pada bila-bila masa sahaja.

SENGAJA TIDAK DIVAKSIN

IKLAN

2 Kes Pertussis Bayi Dalam Masa 2 Minggu Hingga Ada Yang Maut. Doktor Kesal Bila Selidik Puncanya!

Bagi pesakit pertama, dia adalah anak bongsu daripada 6 adik beradik, kesemuanya tidak divaksinkan sejak lahir termasuklah pesakit pertama tersebut.  Ayahnya seorang penceramah agama, menjadi imam dan membaca khutbah di masjid. Bila ditanya kenapa tidak vaksinkan anak, katanya itu pilihannya sendiri. Lidahku kelu untuk mengeluarkan kata-kata berikutnya.

Pesakit kedua bila disiasat (melihat rekod kesihatan pesakit) juga hanya mendapat vaksin ketika lahir sahaja, vaksin pada umur 2,3 dan 5 bulan (termasuk vaksin pertussis diberi) tidak diambil. Atas sebab-sebab apa vaksin tidak diambil, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

ADIK BERADIK JUGA MUNGKIN ADA PERTUSSIS

Bagi pesakit pertama, semua abang dan kakaknya mendapat jangkitan kuman paru-paru ketika itu (kemungkinan pertussis) namun disebabkan sistem imun mereka lebih kuat, keadaan mereka tidaklah teruk berbanding adik bongsunya.

Atau pada masa abang dan kakaknya kecil, perlindungan kelompok (herd immunity) masih tinggi yang secara tak langsung melindungi abang dan kakaknya ketika itu tetapi keadaan sebaliknya bagi adik bongsu mereka iaitu pesakit pertama, ramai yang menolak vaksin dan herd immunity pun menurun, oleh itu ramai kanak-kanak akan dijangkiti penyakit pertussis ini.

IKLAN

Pesakit kedua juga tidak mendapat vaksin yang sepatutnya diperolehi pada usianya. Jika divaksinkan setidak-tidaknya kemungkinan penyakit pertussis yang dialami tidaklah seteruk ini.

KEBANYAKAN KES MAUT PERTUSSIS ADALAH KERANA TIDAK DIVAKSIN

2 Kes Pertussis Bayi Dalam Masa 2 Minggu Hingga Ada Yang Maut. Doktor Kesal Bila Selidik Puncanya!

Kesimpulannya, semakin banyak kes2 penyakit seperti pertussis telah dimasukkan ke wad icu kanak-kanak dan kebanyakan mereka tidak divaksinkan. Kesemuanya mengalami komplikasi penyakit yang teruk dan membawa maut.

Saya sebagai seorang doktor kanak-kanak MERAYU kepada semua ibu bapa, tolonglah vaksinkan anak-anak anda terutamanya di bawah 1 tahun. Kasihanilah mereka ini. Dahulu anda juga telah divaksinkan oleh ibu bapa anda tetapi kenapa sekarang anda sanggup memperjudikan nasib anak2 anda untuk tidak divaksinkan. Janganlah anda berlaku zalim kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa ini. Kelak anda semua akan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan yang anda lakukan.

Buat anak-anak syurga, maafkankanlah diriku, doktor yang cuba hendak menolongmu tetapi apakan daya diriku hanyalah insan yang kerdil, yang tidak berupaya melawan qada dan qadarNya.

Dengan linangan air mata, ku hadiahkan Al Fatihah buat semua ‘anak2-anakku’ yang telah pergi, yang pernahku jaga semasa di wad PICU, NICU, Onkologi etc. Sesungguhnya kalian banyak mengajarku erti sebenar kehidupan.

Andai kata doktormu ini berada di neraka suatu hari nanti, kasihanilah dan bantulah diriku wahai anak-anak syurga sebagaimana diriku cuba membantumu sewaktu di dunia ini supaya kita dapat bergembira di syurga yang kekal abadi.

Al Fatihah

Sumber: Dr Muhamad Husni

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI