Melalui pelbagai komplikasi ketika kehamilan seperti Gestational diabetes mellitus(GDM), Puan Hidayah terpaksa melalui ujian besar dalam hidupnya apabila komplikasi yang dihadapi membawa kesan ketika melahirkan cahaya matanya.

Akibat Diabetis Semasa Hamil, Anak Yang Dilahirkan Menghidap PDA. Ibu Ini Merayu Bantuan Ramai

Sy lahir kan anak saya masa 36 minggu… Hari pertama kelahiran doktor ada cakap anak saya ada masalah jantung.

Akibat Diabetis Semasa Hamil, Anak Yang Dilahirkan Menghidap PDA. Ibu Ini Merayu Bantuan Ramai

Anak saya perlu ditahan di wad NICU disebabkan oleh tekanan darah rendah. Seminggu dekat wad NICU doktor cuba bagi ubat untuk tutup saluran darah yang terbuka dipanggil PDA tapi tetap tak tutup juga.

IKLAN

Doktor sarankan saya bawa anak ke hospital Serdang untuk temujanji jantung. Kali pertama pergi saluran darah masih terbuka 2mm, jantung semua ok.

Pada 28.3.19, saya pergi lagi untuk temujanji jantung. Tapi lain yang sy harapkan, rupanya saluran darah tu tak tertutup malah makin besar sebanyak 6mm dan merebak ke jantung kiri, jantung kiri dah mula mebengkak.

Doktor minta anak saya untuk buat pembedahan. Sekarang ni anak saya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pembedahan.

IKLAN

Masalah saya sekarang terpaksa mencari duit untuk kos pembedahan dan saya pun tidak bekerja kerana terpaksa menjaga si kecil ini.

Akibat Diabetis Semasa Hamil, Anak Yang Dilahirkan Menghidap PDA. Ibu Ini Merayu Bantuan Ramai

Semasa mengandung, saya memang ada masalah kencing manis, GDM on insulin. Masa nak lahirkan anak saya, memang ada beberapa komplikasi seperti kurang air ketuban dan berat bayi melebih 4 kilogram.

IKLAN

Menjaga anak yang mempunyai penyakit PDA ni memang mencabar. Ada kalanya dia asyik menangis bila panas, kuat berpeluh, kuat meragam. Saya risau badanya makin kurus. Anak saya jugak kurang tidur dan kadang-kadang saya berjaga malam untuk memantau bayi saya.

Akibat Diabetis Semasa Hamil, Anak Yang Dilahirkan Menghidap PDA. Ibu Ini Merayu Bantuan Ramai

Doktor ada pesan untuk sentiasa tengok keadaan bayi, pantau pernafasanya dan jangan bagi berpeluh. Doktor juga menasihati agar anak saya tidak terdedah dengan keadaan luar, asap rokok sebab jantung anak saya lemah. Dia perlu di kuarantin sebelum pembedahan dilakukan.

Jika ada yang ingin memberikan bantuan, boleh hubungi ibu ini di alaman facebooknya Kiki Claralove (Puan Hidayah).

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI