Selama 28 jam dalam labour room. Itu kenangan yang tak dapat dilupakan oleh pelakon Ezzaty Abdullah yang mengimbas kenangan melahirkan puteri sulungnya Harum Dalia dua tahun lalu.
Menurut Ezzaty, dia terpaksa menantikan kelahiran anaknya itu selama 28 jam di dewan bersalin dengan pelbagai perasaan yang berdebar.
“Ingatkan anak ibu lahir 5 Disember 2017, tapi Lagi 24 jam (10.30pm) baru anak ibu selamat dilahirkan secara normal with induce.
“28 jam ibu dalam labor room tunggu anak ibu,” tulisnya.
Ads
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya sempena tarikh kelahiran yang ke-2 bagi anak sulungnya. Harum telah dilahirkan pada 6 Disember 2017.
Rezeki setiap orang melahirkan anak tak sama. Ada yang mudah, ada yang ambil masa berhari-hari menahan sakit kontraksi dan inilah membuktikan seorang wanita itu sangat kuat.
Bukan mudah bagi seorang isteri berjuang melahirkan anak tetapi jika suami memahami dan melihat sendiri proses kelahiran ini, boleh menitik air mata melihat perjuangan isteri melalui saat ini. Hargai dan sayangilah isteri!
Sumber: IG Ezzaty Abdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari mula awal mengandung hingga setelah melahirkan dalam pantang, bermacam-macam kesakitan yang isteri alami. Pengalaman setiap kali melahirkan anak adalah berbeza. Sakit pun tak sama.
Ketika diawal kehamilan ada ibu yang dah mula sakit. Pening, lesu, loya, mabuk, muntah, badan lemah. Hilang selera makan. Kadangkala rasa nak pitam.
Di tengah kehamilan saiz badan semakin berubah. Ada juga kulit jadi sensitif kehitaman, mengering dan gatal. Rambut juga gugur. Ada pula yang mengidam tak dapat menahan teringin itu ini bila selera dah kembali.
Di akhir kandungan mula sakit pinggang, bawah perut & pinggul, kaki juga bengkak & cramp (tarik mengkarung). Pusing kiri tak kena kanan tak kena. Tak boleh tidur. Sukar bernafas. Tidur tak nyenyak. Asyik nak bangun ketandas buang air kecil.
Allahuakhbar. Besarnya pengorbanan seorang isteri untuk menjadi ibu.
Tiba saat turun tanda, contraction mula datang menyerang. Separuh nyawa menahan sakitnya sikit demi sikit bukaan serviks. Sakit yang teramat..
Bila dah sampai masa untuk melahirkan, saat nyawa dihujung tanduk, sepenuh tenaga sedaya upaya meneran hingga hujung nafas. Ketika itu ibarat 20 tulang dipatahkan serentak. Allahuakhbar. Bila bayi selamat dilahirkan isi dan kulit di vagina pula dijahit hidup2 kerana terdapat koyakan. Darah mengalir laju.
YaAllah ampunkan dosa ibuku.
Belum berakhir lagi kesakitan saat bertarung nyawa melahirkan, ada pula yang kena komplikasi tumpah darah, tekanan darah naik, setelah itu ada juga yang kena rengat atau batu merian. Rahim pula berdenyut denyut nak mengecut. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Macam disiat-siat.
Bersambung lagi dengan kesakitan payudara bengkak, badan lemah dan ada yang demam. Ada juga yang puting luka melecet & berdarah. Terketar ketar nak memberi susu pada bayi. Kuatnya seorang ibu menahan semua itu.
Luka jahitan masih belum sembuh. Ada yang bentan, jahitan terbuka. Sakit satu badan dari dada, perut, ke kaki. Namun isterimu tetap kuat dan tersenyum. Bangun malam beri susu, walau hakikatnya badan terasa dah tak mampu tetap membelai anak dengan penuh kasih sayang.
Banyaknya pahala yang mengalir untuk isteri yang kuat, sabar, ikhlas & reda demi zuriat mu wahai suami. hargailah isterimu, sayangilah ibumu.
Semoga para suami diberi juga pahala besar kerana menghargai isterinya. Aaamiinnn
Terdapat beberapa petunjuk waktu subur yang boleh anda guna pakai untuk membolehkan diri hamil lagi. Maklum sahajalah, dalam usaha mendapatkan cahaya mata lagi, anda perlu mengetahui tahap kesuburan diri.
Mari ketahui tanda-tanda yang boleh anda jadikan petunjuk. Berikut adalah beberapa ciri-ciri kesihatan fizikal yang boleh menunjukkan anda mudah untuk hamil lagi.
Haid yang teratur menunjukkan wanita mengeluarkan telur setiap bulan. Sekiranya haid anda datang setiap 25 hingga 35 hari (haid yang tidak dikawal oleh sebarang jenis alat pencegah kehamilan), ia bererti tubuh anda subur. Kitaran yang lebih panjang juga pun boleh memberi erti anda mempunyai telur yang banyak dan subur.
Simptom haid atau PMS bukan sesuatu yang menyeronokkan kerana individu yang mengalaminya akan mengalami simptom-simptom seperti sakit perut dan/atau sakit belakang. Namun, ini sebenarnya tanda yang baik.
Jika anda mempunyai kitaran haid yang lancar dan mengalami simptom haid seperti payu dara sakit, perut kembung dan sakit perut, semua ini menunjukkan anda masih mempunyai kitaran ovulasi.
Waktu paling subur ialah di pertengahan kitaran haid. Ketika ini, akan keluar lelehan faraj atau keputihan yang jernih. Namun, ia tidak berbau tetapi banyak. Peranan lelehan ini adalah untuk memudahkan perjalanan sperma melalui serviks sebelum persenyawaan terjadi.
Dalam pada itu, keputihan yang banyak menunjukkan pengeluaran estrogen dan fungsi kelenjar pangkal rahim adalah pada tahap yang baik.
Setiap wanita melalui pengalaman haid yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengalami aliran darah yang banyak untuk tempoh tertentu. Ada juga yang sedikit sahaja.
Mempunyai aliran yang sedikit tidak bermakna anda tidak subur. Walau bagaimanapun, aliran yang normal dan sederhana banyak adalah petanda baik bahawa diri adalah subur.
Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesuburan seseorang individu. Jadi, anda perlu perhatikan tanda-tanda yang mungkin menunjukkan hormon dalam tubuh anda tidak stabil.
Kerap rasa panas dan berpeluh pada waktu malam, mungkin menunjukkan hormon dalam sistem tubuh tidak normal. Jika anda tidak mengalami tanda sebegini, ia menunjukkan bahawa anda adalah normal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangkitan dan demam adalah perkara biasa dalam kehidupan anak kecil. Namun, apabila anak kerap demam berulang atau demam tidak sembuh lebih daripada tiga minggu, ia mungkin menjadi isyarat kepada sesuatu yang lebih serius.
Ibu bapa perlu lebih peka terutamanya jika demam berpanjangan disertai tanda lain seperti bengkak atau ketulan luar biasa di tangan, kaki, atau mana-mana bahagian badan yang semakin membesar tanpa sebab yang jelas.
Walaupun kebanyakan kes melibatkan jangkitan biasa, dalam situasi tertentu, anak kerap demam berulang boleh menjadi salah satu simptom awal kanser kanak-kanak yang tidak boleh diabaikan.
Sistem imun kanak-kanak masih dalam proses matang, sebab itu mereka lebih mudah mendapat jangkitan. Namun, jika demam berlaku terlalu kerap, berlarutan lama atau tidak menunjukkan respon terhadap rawatan biasa, pemeriksaan lanjut sangat disarankan.
Demam yang berulang bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal anak, malah memberi tekanan emosi kepada ibu bapa yang sentiasa risau akan keadaan anak.
Selain anak kerap demam berulang, antara simptom lain yang perlu diberi perhatian termasuk sakit sendi, mudah lebam, pendarahan hidung atau gusi, serta penampilan pucat.
Ada kalanya perubahan ini hanya disedari oleh orang luar atau saudara terdekat kerana ibu bapa sudah terbiasa melihat keadaan anak setiap hari.
Dr Eni Juraida Abd Rahman, Pakar Hematologi Pediatrik dan Onkologi di sebuah hospital swasta terkenal, menjelaskan bahawa kanser kanak-kanak boleh menunjukkan tanda yang berbeza-beza dan selalunya tidak spesifik.
Walaupun anak kerap demam berulang selalunya disebabkan jangkitan biasa, demam yang berpanjangan atau berulang memerlukan pemerhatian rapi serta ujian lanjut bagi mengenal pasti puncanya.
“Setiap kanser mempunyai tanda tersendiri, dan ada juga penyakit lain yang menunjukkan simptom sama tetapi bukan kanser,” jelas beliau.
Apabila kanak-kanak disyaki menghidap kanser, ibu bapa disarankan untuk menjalani semua ujian yang diperlukan bagi mengesahkan diagnosis. Penerimaan awal ibu bapa amat penting supaya rawatan dapat dimulakan tanpa kelewatan.
Rawatan kanser kanak-kanak biasanya melibatkan gabungan pembedahan, kemoterapi dan dalam sesetengah kes, radioterapi.
Setiap rawatan mempunyai kesan sampingan tersendiri. Sebelum rawatan bermula, ibu bapa akan diberi penerangan lengkap tentang kesan ubat terhadap organ penting seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, serta sistem saraf dan otak.
Sesetengah ubat juga berpotensi menjejaskan kesuburan kanak-kanak lelaki. Oleh itu, keluarga akan dimaklumkan lebih awal supaya bersedia dari segi emosi dan perancangan jangka panjang.
Kanak-kanak yang bebas penyakit selama beberapa tahun boleh dianggap sembuh, namun rawatan susulan jangka panjang tetap diperlukan bagi memantau kesan sampingan rawatan.
Berita baik untuk ibu bapa, kadar pemulihan kanser kanak-kanak semakin meningkat dengan rawatan moden.
Dr Eni menekankan bahawa pemerhatian awal ibu bapa terhadap perubahan kecil pada anak amat penting. Apabila anak kerap demam berulang disertai tanda lain yang mencurigakan, tindakan pantas boleh meningkatkan peluang pemulihan dengan ketara.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.