Anak-anak yang tengah membesar mereka akan tengok contoh yang paling dekat dengannya. Sebab itu penting tunjuk yang baik-baik depan anak.
Kajian juga banyak buktikan anak kita adalah peniru nombor satu mak ayah. Jika baik tingkah laku yang kita tunjuk dan ajar pada mereka, mereka akan ikut dan membesar jadi anak yang penuh dengan perasaan hormat.
Namun jika ibu bapa sendiri tunjukkan sikap tak baik, jangan salahkan anak jika kita nampak anak kerap tinggi suara dan tiada rasa hormat.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais seorang bapa yang suka berkongsikan ilmu keibubapaan.
3 benda ni memang saya tak akan buat depan anak..
Cakap makanan tak sedap
Walaupun nasi goreng tu rasa macam pasir sekalipun jangan merungut depan anak. Diam-diam je, kalau tak boleh habis tinggalkan. Jangan makan nanti sakit perut pula.
Ads
Nak ajar anak sentiasa bersyukur masa makan la kena ajar. Kalau kita ajar mengutuk makanan, sampai ke tua nanti dia tak pandai nak bersyukur.
Marah Isteri
Yang ni memang haram! Anak memang tak boleh tengok. Sebabnya sekali kita dah marah isteri depan anak sampai besar mereka tak mahu hormat pada ibunya. Tinggi suara pun tak boleh.
Nak berbincang atau bertekak pun pilih tempat yang jauh dari anak.
Ads
Marah anak orang
Marah anak orang pun tak boleh. Walaupun anak orang tu gaduh dengan anak kita. Jangan marah! Tegur baik-baik.
Sekali kita tunjuk guna ’emosi’ marah pada sesiapa pun, sampai bila-bila anak akan ikut cara kita. Ni punca anak tak boleh bergaul dengan orang, asyik nak marah je bila kehendak dia tak di ikuti.
Kenakalan dan keburukan anak-anak tu bukan di warisi. Anak kita bukan lahir lahir je pandai tengking orang, pandai marah-marah orang.
Ads
Tapi mereka belajar daripada ‘icon’ mereka iaitu mak ayah.
Pasangan doktor, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Harlina memang terkenal di instagram apabila sering berkongsi tip keibubapaan dan juga kisah harian anak-anak mereka iaitu Bella, Tasha, Adam dan Noah.
Dr.Harlina berkongsi situasi dimana Noah marah apabila beliau hanya fokus pada telefon pintarnya dan tak mengendahkan Noah.
Lambat pegi sekolah sebab tertidur balik. Noah ni walaupun agak lasak, tp dia memang tak suka kalau I tgk phone when he is around. Dia nak mommy main dgn dia.. kalau I tgk phone in front of him.. he will take the phone and throw it on the floor, then he will pick it up, and throw again, and pick up and throw again… until I play with him. So, no phone in front of Noah!
One thing I really respect about my husband, he never browse his phone in front of our children. Believe it or not. I memang tak pernah nampak langsung dia main phone depan the anak2… *salute*
Perkongisan Dr. Harlina menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang mengikuti beliau di instagram. Ada juga yang telah mempraktikan cara ini.
Mendirikan rumah tangga sejak November 2017, persoalan tentang zuriat tentu sering menjadi pertanyaan peminat terutamanya netizen. Menurut laporan Berita Harian, Izara Aisyah, 26 kini mengambil keputusan untuk berehat sehingga tahun hadapan sebagai persediaan dirinya untuk menjadi seorang ibu.
Menurutnya, dia memang seorang yang sukakan kanak-kanak dan tidak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu. Namun tidak mahu berasa tertekan, dia dan suaminya, Muhamad Adib Khalid menyerahkan segalanya kepada ketentuan rezeki.
“Sebelum ini, saya dan suami mahu meluangkan masa berdua, di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi kami stabil. Kini, kami sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata.
“Saya memang sukakan kanak-kanak, malah tidak sabar menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Saya bagaimanapun, tidak mahu memberikan diri tekanan, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan rezeki,” katanya.
Semoga ada berita baik yang akan kita terima tak lama lagi dari Izara Aisyah dan suami.
10 tip cepat hamil oleh Dr Hamid Arshat:
Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan
Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.
Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.
Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.
Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam. Baca al-Fatiha, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan. Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan. Lakukan senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki, berjogging, mengayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.
Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran. Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan
Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
Seorang ayah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anak-anak. Apa saja yang dilakukan oleh si ayah akan menjadi contoh pada mereka. Malahan, apa saja yang keluar dari mulut ayah akan dipercayai oleh anak. Begitulah besarnya impak kehadiran seorang ayah dalam kehidupan si anak.
Oleh itu, jadilah ayah yang TERBAIK buat anak-anak. Menjadi ayah yang sempurna bukan sahaja apabila anda menyediakan keperluan untuk keluarga. Ia lebih dari itu, kerana figura seorang ayah itu sangat diperlukan oleh anak-anak dari segi emosi juga.
Menurut perkongsian dari Dr Taufiq Razif, ada beberapa cara untuk menjadi ayah yang lebih baik;
Cara menjadi ayah yang lebih baik 1. Be present Kadang tanpa sedar jasad kita bersama anak tetapi anak kita tak merasa pun kehadiran kita. Kenapa? Kerana jasad ada di tepi anak tetapi fikiran dan fokus menerawang jauh entah ke mana. Hanya dengan ‘be present, be here, be now’ maka barulah anak merasa disayangi dan dihargai.
2. Be willing to listen Kadang tanpa sedar kita seakan mendengar tetapi anak boleh rasa yang kita mendengar untuk diri kita, bukannya untuk diri mereka. Anak nak kita dengarkan : – isi hati mereka – emosi mereka – perasaan mereka – pendapat mereka – hajat dan kemahuan mereka ‘listen to understand, not to reply’
3. Be supportive Kadang kita cuba support anak tetapi tanpa sedar kita sedang support keinginan dan ‘expectation’ kita semata mata tanpa kita pedulikan keinginan dan kemahuan anak. Anak adalah individu yang berbeza daripada diri kita. Mereka ada passion dan minat tersendiri yang mungkin berbeza sama sekali dengan apa yang kita fahami selama ini.
Tak selamanya anak perlukan bantuan kita. Kadang mereka cuma nak kita sokong dan galakkan mereka sahaja. Itu sudah sangat membahagiakan mereka. ‘didiklah anak mengikut zaman mereka’
4. Be firm Tegas bukan bermakna garang dan garang tidak selamanya tegas. Tegas bermaksud kita ada pendirian kita sendiri. Tak semua perkara kita kena ikut anak kita.
Ada masanya kita perlu bertegas untuk kebaikan anak kita. Kita tak mahu anak kita menjadi ‘spoiled child’ yang mana akan membesar menjadi ‘spoiled adult’ yang akan menyusahkan ramai pihak kelak.
Tidak dinafikan, anak lebih suka merujuk tentang sesuatu hal pada ibunya. tetapi tidak dapat disangkal kehadiran ayah juga perlu untuk memberi rasa selamat dan dilindungi. Untuk menjadi yang terbaik tidak mudah, tetapi kita boleh sentiasa terus mencuba dan ia pasti TIDAK MUSTAHIL. Semoga dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini dapat memberi manfaat kepada para ayah yang membaca.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!