Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berdepan detik cemas selepas ibu jari kanan tersangkut di tombol pintu stor di rumahnya di Permas Jaya.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Mohamad Kamal Shaari berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan 7.38 malam tadi, empat anggota bersama sebuah van EMRS bergegas ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Ads
“Ibu jari mangsa tersangkut pada tombol pintu sehingga menyebabkan kecederaan.
“Dimaklumkan mangsa bermain tombol pintu stor di rumahnya ketika ahli keluarga lain sedang mengemas stor. Selepas jari mangsa tersangkut, keluarga mangsa terus membawanya bersama tombol itu ke HSI.
“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan tombol dari jari mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Ads
Beliau berkata, difahamkan pada awal kejadian mangsa tidak mahu didekati sesiapa kecuali ahli keluarganya dan pihak bomba saja.
Ads
“Selepas memotong tombol, bomba menyerahkan mangsa kepada pihak hospital dan memujuk mangsa supaya tidak takut dengan doktor,” katanya yang memaklumkan operasi ditamatkan sepenuhnya 8.23 malam tadi.
Akhirnya wanita berusia 20 tahun diberkas polis selepas dipercayai membuang bayinya dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, dekat sini, petang semalam.
Wanita berusia 20 tahun itu ditahan selepas ada saksi melihat perbuatannya cuba membuang bayi itu ke dalam mangkuk tandas wanita bahagian Zon Kecemasan hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata saksi iaitu seorang wanita pekerja kilang yang melihat kejadian itu memaklumkan perkara itu kepada pengawal keselamatan.
“Tindakan segera saksi itu memaklumkan pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan nyawa bayi yang mahu dibuang suspek.
“Bayi itu kemudian disahkan oleh doktor berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata wanita terbabit dipercayai baharu melahirkan anaknya semalam namun siasatan lanjut akan dilakukan selepas suspek mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama.
“Pada masa ini suspek ditahan di wad Zon Merah hospital sama untuk rawatan dan enggan memberikan kerjasama ketika ditemubual oleh doktor.
“Dia hanya menangis sejak ditempatkan di wad Zon Merah,” katanya.
Samsor berkata, semakan rekod mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkurung dalam rumah sendiri lebih 7 jam benar-benar memberi trauma buat ibu dan dua anaknya berusia 5 dan 2 tahun apabila terkunci dari dalam bilik air setelah tombol pintu tak boleh dibuka secara tiba-tiba.
Menurut Puan Safra Hussain, pada pagi kejadian, selesai memandikan anak-anak, ketika keluar dari bilik air untuk siapkan anak ke sekolah, tak tahu macam mana pintu tak boleh buka. Dah macam-macam cara cuba tapi tak berjaya. Sehinggalah suami pulang ke rumah kerana rasa tak sedap hati.
Alhamdulillah. Kami anak-beranak selamat selepas terkurung dalam bilik air dengan anak-anak selama 7 jam lebih.
Paling saya risaukan adalah anak, sampai biru kecut tangan kakinya. Cara kita orang nak survive “Buka air heater paling panas” tapi risiko sesak nafas.
Masa tersedar terkunci dari dalam, saya cuba untuk tenangkan diri sebab saya jenis cepat panik, cuba alihkan tumpuan anak-anak main bubble. Macam-macam usaha nak buka pintu sampai hanger towel pun kita cabut untuk ketuk tombol. Segala usaha sia-sia.
Bila Mikayla cakap lapar, kita suruh dia minum air heater, Maleeqa pula menyusu je. Sampai tahap kita dah hypo dan dah lemah. Rasa nak tidur, rasa macam nak tutup je mata.
Hanya Allah je tahu, masa awal-awal cuba nak alihkan perasaan panik, saya basuhlah toilet, bila dah hujung-hujung tak tahu masa tu pukul berapa, rasa tak larat tapi bila fikirkan anak-anak cuba kuatkan diri dan ketuk-ketuk juga tombol. Namun usaha itu tak berjaya juga.
Bila Mikayla cakap “Im cold” maknanya memang dia betul-betul sejuk. Ini kerana Mikayla kalau tidur dalam aircond tak nak selimut sebab dia suka sejuk. Tapi kalau dia cakap “dah sejuk” tandanya dah sejuk sangat lah tu. Luluh hati saya bila dia tanya kenapa tangan dia warna putih. Tangan kaki dia dah kecut.
Pukul 2 suami tak sedap hati dah sebab kita tak update story, tak tengok whatsapp dan tak jawab panggilan telefon. Pukul 4.30 petang dia tergerak hati nak pergi sekolah Mikayla, bila cikgu cakap Mikayla tak pergi sekolah, terus cepat-cepat balik rumah.
Alhamdulillah, bila suami pulang dia yang selamatkan kami. Pengajaran untuk kita dan juga semua. Selain Allah tempat bergantung, bawalah phone ke mana sahaja.
P/s : Rupanya tombol jenis ni memang kena berhati-hati, ramai rupanya dah terkena cuma cerita kita sedih sebab dalam bilik air. Kalau dalam bilik mungkinlah kita boleh terajang. Kebetulan, bilik air pula berada dalam bilik tidur kami.
Lagipun rumah yang kami duduki ni baru 3 bulan. Masih belum ada jiran di kiri dan kanan rumah. Tambah pula bunyi bising sebab banyak rumah tengah buat renovation. Lepas jadi kes ni, pihak pengurusan datang untuk check semua tombol.
Doakan moga anak-anak saya yang masih lagi trauma dan tidur pun asyik mengigau dapat pulih kembali semangatnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut perkongsian daripada bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh yang ketika ini mengerjakan ibadah umrah di tanah suci, keadaan disana juga masih dalam pantauan pihak berkuasa Arab Saudi.
Malah keaadaan di sekitar Kaabah juga lengang sejak semalam. Kejadian seperti ini pertama kali berlaku kerana kawasan tersebut tidak pernah “tidur”, jemaah akan sentiasa melakukan tawaf dan solat di sekitar Kaabah.
Pihak Arab Saudi terpaksa menutup ruang bawah (ruang di sekitar Kaabah) untuk proses pembersihan COVID-19 dilakukan. Tetapi ruang solat di bahagian atas masih dibuka.
Wabak virus korona Wuhan telah dikenal pasti dan dilaporkan ke WHO pada 12 Januari 2020. Ia digelar sebagai novel coronavirus (nCoV-2019) atau virus korona baharu berikutan strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini.
Cara penularan virus korona Wuhan telah disahkan berlaku di antara manusia dengan manusia dan haiwan dengan manusia. Mekanismenya masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa China.
Wabak ini telah melanda banyak negara dan sekarang Malaysia mengalami gelombang kedua wabak COVID-19 dengan mencatatkan peningkatan kes baharu.
Beberapa gambar dan video dikongsi oleh Izwan untuk perkongsian dan perkembangan terkini keadaan di sekitar Makkah.
Kita doakan agar semua jemaah oleh dilindungi-NYA dan Malaysia serta negara lain bebas daripada wabak penyakit ini. Amalkan langkah pencegahan yang betul dan jika tiada keperluan penting, sila berada di dalam rumah.
Sumber: Izwan Azir Saleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.